29 November 2013

::..Tiang serI..::

11:19 AM 11
sumber : Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah masih boleh lagi tersenyum hari ni..syukur alhamdulillah..J..bertemu lagi Jumaat yang barangkali Jumaat yang terakhir..siapa tahukan..berdoa moga Allah lanjutkan usia kita..beri kesihatan yang baik..agar kita dapat melipat kali gandakan ibadat padaNYA..juga memohon keampunanNYA..amin..apa sahaja yang kita terima hari ini..itulah rezeki kita..bersyukur dan redha..rindunya PC pada semua..PC  bercuti seketika kerana beri tumpuan menjaga bonda mertua yang dimasukkan ke wad kerana kesihatan yang agak kurang memuaskan hati..

Allah jadikan kita cukup sempurna..ada rangka yang boleh menyokong struktur tubuh dan melindungi organ dalaman..alhamdulillah..begitu juga sebuah rumah..mesti ber``tiang``kan..tak kiralah saiz dan rekabentuk rumah tersebut bagaiman rupanya..tiang itu umpama sendi..sangat penting..seperti mana solat itu dianggap tiang agama..kerana di akhirat kelak solat soalan pertama yang akan disoal..tak apa..mulai hari ini sematkan dalam hati..kita kualitikan lagi solat kita..amin J

Nak berubah ke arah lebih baik tidak mudah..yang senangnya ke arah yang kurang baik..sekelip mata..maklumlah ada dana daripada syaitan dan iblis..tapi bila nak berubah ke arah yang lebih..dan lebih..sangat lebih baik..ada saja peluru berpandu yang menikam kalbu butir bicara daripada orang sekeliling..sedikit sebanyak kadangkala membantut..buat kawan tu tersipu malu..``eh dia tu puji ke perli``..style cakap macam gurauan..hehehe..terdetik dalam hati ye..alololo..kesian la hai..tak pe..kan hijrah itu bermula daripada HATIàNIAT..jadi mulakan daripada sekarang..jangan niat je tau..mesti laksanakan juga..

HATI kita umpama tiang..tegak dan tegap ia maka luruslah jalannya..biar sederhana rupa..tapi cantik hati..biar sakit mata asal tidak sakit hati..Allah tak pandang jenama handbag kita..sunglass kita..tapi Allah sentiasa pantau HATI kita..tubuh kita umpama sebendang tanah..dan HATI itu ibarat benihnya..saling berantaian..salam Jumaat..penghulu segala hari..wassalamJ

24 November 2013

::..Labur laH..::

3:59 PM 7
sumber : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Selamat berhujung minggu semua sahabat PC..jauh dekat..menu apa hari ni semua sahabat..tak kiralah masak di rumah tak pun berjimba-jimba makan di luar bersama keluarga atau rakan..asalkan setiap apa yang kita masukkan ke dalam mulut itu makanan yang berkhasiat..halal dan suci lagi bersih..ha..dah macam motivasi ye..yelah kan PC sayang semua..Jalhamdulillah..yang mana masak sendiri di rumah tu,,masak la lebih sikit..boleh beri pada jiran sebelah..kesian cium bau je sampai penuh air liur sebaldi..bagi rasa sikit pun jadilah..yang dah beri tu..tahniah..teruskan..semakin banyak kita memberi..semakin bertambah rezeki kita nanti..

Nak memberi tidak terhad hanya pada wang ringgit saja..makanan..pakaian..kasih sayang..tempat tinggal..tapi semua tu bergantung pada keadaan,masa dan siapa yang memerlukan bantuan dan pertolongan la ye..kalau anak bujang bawa balik anak dara orang nak tumpang tidur sebab lari dari mak ayah yang suka mendera..itu bala namanya..jangan ye..tu pergilah balai polis..yang sentiasa berkhidmat  24jam..buat baik berpada-pada..jahat jangan sekali-kali..

Rezeki yang ada anugerah Allah..milik Allah..semua pinjaman saja..ingat tu..ingat sampai bila-bila..orang tak tentukan pun berapa yang perlu kita keluarkan untuk membantu..asalkan kita ikhlas untuk membantu..asasnya ilmu..nak mentadbir harta perlukan ilmu..bukan melulu semata-mata..pergi supermarket beli barang harga RM2..mentang-mentanglah awek cashier tu cun sakan..nak tunjuk awak tu pemurah..tu dia..RM 100 dibaginya..duit baki..tak payah katanya..sedekah..adoii..nak isi duit minyak dah tak ada..haii..makkk juga..ayah jugak..dah tau kan ke esok baru nak bergajinya..eceeceh..sabar jelah..J

Selagi kita boleh bersedekah,,memberi hadiah..berilah walau sedikit..selagi hayat dikandung badan..kalau niat kita ikhlas nak memberi..jangan pandang latarbelakangnya..jangan fikir sisi lain dalam hidupnya..kita fikir untuk kehidupan di akhirat kelak..asalmana kita tidak menggadaikan maruah diri..agama dan syariat Islam..insyaAllah Allah akan sentiasa memberkati kita..wassalam J

22 November 2013

::..Bak kelopak mawaR..::

11:05 PM 10
sumber:google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bila kita mula bersungguh untuk mempelajari sesuatu itu maka giat usahanya..siang malam..pagi petang..kadangkala yang penting pun kita terlupa..apa bau masam je ni..owh rupanya tak mandi daripada semalam..adoii..hehehe..*pengsan kejap..Allah memang suka pada hambanya yang kuat semangat dan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya..dengan syarat tidak mengabaikan segala suruhanNYA..setuju??kenyit mata sikit..J

Antara perkara yang tidak disukai adalah apabila seseorang itu mula lupa diri..lupa makan,,lapar..lupa simpan barang,,hilang..tapi bila lupa diri tidak mustahil kita akan hilang semua yang kita ada..sedihkan..sebab itu hiduplah dalam besederhana..cukup..andai miliki kemewahan sekalipun sebagai contoh..cukuplah sekadar untuk pengetahuan secara peribadi sahaja..sekiranya ada sedikit kelebihan ilmu pun..bersyukurlah kerana itu hadiah Allah..jangan diguna untuk menindas dan memperkecilkan insan lain..cukuplah bijak dalam  pelajaran..dalam kerjaya..jangan juga bijak dalam bab yang tak comel..tak nak ok..tak molek begitu..

Bila dapat 3 kuntum mawar..wah hidung kembang je taknak kuncup-kuncup..2 minit kemudian..pengsan..semput tak boleh nak bernafas banyak sangat air hujan tu bertakung dalam lubang hidung ea..hehehe..maklumlah buat babak romantik tengah hujan lebat..mood romantiklah ye tu kononnya..hehe..3 kuntum itu simbolik..``I love you..tak pun I miss you``..wah style..terkucil sikit bertukar``I hate you..dah pulak..jadi adalah lebih baik first itu tujukan rasa cinta pada Allah..Rasulullah SAW dan ibu bapa kita sendiri..lebih sweet la..beli sekuntum lagi untuk dia pulak..ha gitu..mahal???bunga raya pun boleh..kan bunga kebangsaan tu..

Sesuatu yang mahal itu..kita akan sentiasa jaga dan pelihara..sedari awal kita belai..bak sekumtum mawar..untuk mendapatkan kuntuman yang cantik menawan..tanahnya,,bajanya,,airnya dan pengudaraannya sentiasa yang terbaik..berkembang mekar..mampu menawan pandangan mata dan hati..bijak merawatnya maka lamalah mekarnya..sekiranya tidak..maka dengan kadar segeralah kelopaknya berguguran..moga kita tidak begitu..wassalam J