::..GigiH..::

sumber : Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Setiap orang insyaAllah mesti ada visi dan misi.. Bukan misi kampung yang naik motor pasola tu ye..hehehe..iyelah setiap orang ada angan-angan dan impian..ye tak?? J..tercapai atau tidak itu berdasarkan usaha ,doa dan tawakkal kita..perancangan juga penting..susun strategi betul-betul..kan nak capai impian..setuju tak?

Kalau kita tahu kita kurang cerdik dalam suatu perkara..usaha lebih,,ulangkaji lebih masa..belakang parang pun kalau dah hari-hari diasah akan menjadi tajam juga..boleh la buat sembelih ayam jantan yang selalu sleeping beauty atas dahan rambai belakang rumah tu..kihkihkih..

Kekurangan diri itu bukan alasan..tak kiralah kekurangan daripada segi fizikal atau kemampuan..bila nak tu pastinya seribu daya di usahakan..tapi kalau dah tak nak tu bermacam dalih..cakaplah walau sampai mulut tu tumbuh ulser..daripada bau colgate sampai dah  bertukar bau asam jawa..bersungguh bagi motivasi tapi sendu saja penerimaannya ye..tak apa..baca ayat kursi,,selawat tiga kali..tu tiup sikit pada umbun-umbun dia..sebelum tiup pastikan gosok gigi dulu..gigi palsu terpasang elok ye..hehe J

Dalam kita mengharungi ranjau kehidupan..kita akan menemui banyak dugaan dan rintangan..betul tak..kalau kita patahkan ranting pokok..insyaAllah  esok lusa akan bertunas semula,,dan kalau kita terpatahkan pensil anak jiran sebelah yang kuat menangis tu..kita boleh ganti yang lain..patahkan hati anak dara atau teruna orang??..siap sedia kena kejar dengan parang panjang la ye..hehe..tak apalah dah tak jodoh..jumpa dan jelaskan sebaiknya ye..J..apa yang paling utama jangan sesekali patah semangat..walaupun beribu kali jatuh tersungkur..terlentang,,tergolek..gigihkan diri usaha untuk bangkit semula..Allah sentiasa menilai kita..bagaimana Allah nak hadiahkan kita pelangi kalau kegigihan kita itu ibarat sekadar mengelap peluh didahi.. Kita mesti sentiasa gigih ok..wassalam J

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Entri yg sangat bertepatan buat anak dara kecik kakak sekarang ni PC. Malam tadi kami hilang selera makan gara-gara keputusan periksa adik kurang memberangsangkan. Tak pernah dapat nombor ada dua angka ini kali pertama dia dapat no ada 2 angka. Tak ke terkejut kami sekeluarga. Motivasi hingga masing-masing mengalir airmata.

    Sekali tidak berjaya bukan bererti akan gagal selamanya. Ada kafarah yg Allah beri dari kesalahan yg tak sedar. Segera kena bangkit itu nasihat seorg mama/papa.

    BalasPadam
  2. Secara kebetulan pulak ye kak..inilah peranan ibu bapakan kak..PC belum ada cahayamata tapi PC ingat dan lihat cara baba dan mama PC dulu..bila PC capai apa yang disasar..keluarga tumpang gembira..dan apabila PC menemui sedikit kegagalan..keluarga sentiasa memotivasikan seperti mana yang akak buat pada adik..kata-kata baba dan mama PC..``sekali jua gagal bukan alasan untuk baba dengan mama melupakan setiap kejayaan yang telah jua hadiahkan pada baba mama walaupun kecil,,yang penting kena sentiasa bersedia..terutama menerima kegagalan dalam hidup``
    Moga adik terus bangkit..bangkit dan bangkit..moga akak dan suami menjadi tulang belakang dan vitamin untuk anak-anak..amin :)

    BalasPadam
  3. sama-sama yana..tq singgah dan baca entry PC.. :)

    BalasPadam
  4. masa buat degree..saya pernah hadapi situasi nk give up study sebab banyak yg x faham.tp akhirnya saya grad jugak berkat doa ibu bapa dan usaha gigih.alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..kerana kuat semangat..dan akhirnya..kejayaan menjadi milik putri kan..syukur..

      Padam
Terbaru Lebih lama