::..Refill dan refresH..::

sumber : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Dialog klise omputih cakap ni..alahai kejapnya dah nak masuk bulan 11 ni..esok jekan dah melangkah 1 November..cepatnya dah hujung tahun..dah nak masuk 2014 pun..alahai..dah semakin tua kita-kita nikan..hehehe..empunya PC la khasnya..dan ajal pulak semakin hampir..terdetik dalam hati..umur kian meningkat..dah cukup ke amalan..dah bersediakah nak menjawab segala pertanyaan malaikat ..Allahuakbar..kecut perut..

Kalau sesetengah daripada kita sedang giat dan bersungguh berusaha realisasikan  niat,,gara-gara nak menututup 2013 dengan 1001 kemanisan..tak kurang juga yang sedang dan telah menyediakan rangka baru untuk membina landasan baru dalam meniti pahit manis kehidupan untuk jangka hayat yang dikurniakan ILAHI dalam saat dan tempoh terhampir ini..amin..ini bermakna ada yang sedang berusaha berkayuh untuk sampai ke tebing..dan ada yang sudah berpatah balik untuk ke destinasi berikutnya..next station you..

Belum pun 2013 melabuhkan tirainya..5 hari lagi 1435 Hijrah akan muncul..yeyyy..maka bermulalah bulan Islam yang baru..1 MUHARRAM 1435 HIJRAH..hati terasa girang,,walaupun tiada percikan bunga api di angkasaraya,,tiada acara hiburan untuk meraikannya..namun mampu buat hati riang ria..**haa ada la yang sambung raya tuekekekeke..doa awal dan akhir tahun itu lebih dan sangat bermakna..yang penting keberkatannya yang kita cari..no countdown..no  colourful..kan doa itu senjata mukmin..


Ada yang yang menderita kerana kehilangan..ada yang gembira kerana kehadiran..itulah resam kehidupan..apa yang penting kita mesti berusaha memanfaatkan setiap nikmat yang Allah pinjamkan sebaiknya..berusaha untuk menjadi seseorang yang semakin baik..dari segenap aspek..kalau pun kita tidak mampu untuk terus berubah..berdikit-dikitlah..yang negatif kita nyahkan dan refill dengan kebaikkan..muhasabah..refresh hati dan minda..wassalam J
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bulan 11 ni pun menandakan pertambahan umur saya... hu hu hu... betul persoalan tu, cukup bersediakah kita sedangkan umur semakin meningkat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah selamat ulangtahun kelahiran ye farah..moga kita sentiasa berlumba-lumba mengejar redha Allah..amin :)

      Padam
  2. insyaAllah.. setiap hari kita mengharapkan hari yang barakah :)

    BalasPadam
  3. amin..Ya Rab :) dan moga Allah ambil nyawa kita dalam keimanan dan ketakwaan..

    BalasPadam
  4. Dikatakan negara Islam tetapi sambutan Maal Hijrah terasa tak segah/meriah macam 1 Januari. Tapi kita sendiri kena buat sendiri di rumah. Doa akhir dan awal tahun buatlah dgn anak-anak. Kalau ada majlis ilmu di masjid pergi..

    Jadikan teladan mana-mana yg telah terjadi sebagai pedoman hari-hari yg bakal dilalui (termasuklah kakak ni juga)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang jua rasa ralat kak..alhamdulillah di masjid,,surau masih ada lagi yang mengimarahkan sambutan awal Muharram ni kak..tak pun cukup sekadar di rumahkan kak..Allahuakbar..kita tidak mampu mengubah dunia tapi kita boleh ubah dunia kecil kita sendiri.. :)

      Padam
  5. tajuk glamer tu... selamat menyambut awal muharam ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe..tq kak mia..slamat menyambut tahun baru juga..

      Padam
Terbaru Lebih lama