::..Kejar masA..::

by Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sedang elok usha you tube..tengok upin ipin..ke spongebob eh tiba-tiba lari melulu bukan main pecut lagi..ada big question mark nih kat kepala..kenapa ek..dia macam tu ek??ek..ek..la ambil wudhuk..nak solat asar katanya..haishhh solat maghrib tinggal 10 minit je lagi..ermm itulah ragam manusia..sering lalai..sering leka..kalau betul-betul memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan penting mahupun kerja..mungkin boleh di terima dan dimaafkan..tapi jika alasannya adalah hiburan..sangat mengecewakan..lain kali jangan buat lagi..kalau tidak kena makan sup selipar saiz 8..hehe..

Pergi kerja..balik kerja..pergi ke mana-mana pun..kita sering dibelenggu dengan kesesakkan lalu lintas..lagi-lagi bila musim perayaan atau cuti umum..serabut kepala..sesak dada..pin..pin..ponn..ponn..motor tu ok lagi perpeluang untuk kelit-kelit..salah kelit tersepit..ermm..sabar la wahai hati..masa..semua nak tiba awal ke destinasi..masa terus berputar..walaupun kita tak berganjak ke mana..lainlah jam kita tu rosak..mati pada angka tu saja..owh tipah tertipu ye..

Ada orang sangat menjaga masa..seminit pun berkira..lambat..ketuk ketampi 60 kali..dapat kawan macam ni..mudah nak dapat berat badan idel..ada yang berlebih kurang kerana sikap toleransi..tapi jangan pulak kita ambil kesempatan..bila dia mula marah..harimau pun sukarela cabut taring..dan paling sedih ada yang langsung tidak ambil peduli..ini hebat..hebat tahap gaban..suka buang masa..ingat masa yang dah berlalu takkan boleh dikembalikan..kejarlah sampai terputus selipar..koyak rabak seluar tu..past is past..no more return..omputih ni dah datang balik.. J..

Orang yang mensyukuri nikmat Allah adalah orang yang sentiasa menjaga setiap saat masa pemberian Allah,,dengan melakukan perkara-perkara baik..tiada tempoh masa yang di tetapkan..tiada catuan detik yang ditentukan..sepenuhnya digunakan untuk agamanya..kerana masa itu juga amanah..jika kita suatu ketika dulu pernah lagha membuang masa..tak apa..boleh berubah..kalau suatu saat dulu kita habiskan masa dengan maksiat..tak apa kita masih boleh bertaubat nasuha..tiada istilah terlewat selagi mana masih mampu bernafas..wassalam J
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. untuk berjaya memang kena pandai manage masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes..betul..orang yang bijak pastinya cerdik dalam mengurus masa..hehe :)

      Padam
  2. Macam dlm exam kita buat sebaik mungkin masa diberi. Kalau boleh jawapan diberi mestilah tepat dan mengikut skema pemarkahan diperlukan. Begitulah dlm kehidupan kalau tak digunakan sebaiknya keputusannya sendirilah tanggung. Kakak ni pun selalu berkira-kira bimbang juga masa dicabut nyawa bekalan dibawa tidak mencukupi lagi.. Allah.. takut bab itu PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak..dalam exam seboleh mungkin kita belajar tepati masakan kak..sangat berdisiplin..nak ke tandas pun berkira-kira..insyaAllah kalau kita uruskan masa sebaiknya..pastinya ada keberkatan dan kebaikkan yang akan kita perolehi..saya pun kadangkala takut kak..Allah dah beri 24jam..tapi kadangkala macam tak seimbang..

      Padam
  3. Sometime kita lalai dengan masa yang Allah beerikan pada kita. Bila Allah sempitkan masa kita baru la rasa menyesal

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahkan..lapang sebelum sempit..kadangkala masa kita lapang kita bazirkan dan sia-siakan masa yang Allah beri pada kitakan..kita tak ambil peduli pun apa yang berlaku di sekeliling kita..dan bila kita dirundung musibah..tatkala itulah kita cuba untuk mengembalikan apa yang telah telepas..

      Padam
  4. Assalamualaikum, bak kata orang masa itu emas...maka pandai2lah dalam pengurusan masa..agar kita tak rugi..

    BalasPadam
  5. Waalaikummusalam bunda..betapa kita bernilainya emas itu..bernilai jugalah setiap detik waktu yang Allah kurniakan pada kita..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama