31 October 2013

::..Refill dan refresH..::

4:29 PM 8
sumber : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Dialog klise omputih cakap ni..alahai kejapnya dah nak masuk bulan 11 ni..esok jekan dah melangkah 1 November..cepatnya dah hujung tahun..dah nak masuk 2014 pun..alahai..dah semakin tua kita-kita nikan..hehehe..empunya PC la khasnya..dan ajal pulak semakin hampir..terdetik dalam hati..umur kian meningkat..dah cukup ke amalan..dah bersediakah nak menjawab segala pertanyaan malaikat ..Allahuakbar..kecut perut..

Kalau sesetengah daripada kita sedang giat dan bersungguh berusaha realisasikan  niat,,gara-gara nak menututup 2013 dengan 1001 kemanisan..tak kurang juga yang sedang dan telah menyediakan rangka baru untuk membina landasan baru dalam meniti pahit manis kehidupan untuk jangka hayat yang dikurniakan ILAHI dalam saat dan tempoh terhampir ini..amin..ini bermakna ada yang sedang berusaha berkayuh untuk sampai ke tebing..dan ada yang sudah berpatah balik untuk ke destinasi berikutnya..next station you..

Belum pun 2013 melabuhkan tirainya..5 hari lagi 1435 Hijrah akan muncul..yeyyy..maka bermulalah bulan Islam yang baru..1 MUHARRAM 1435 HIJRAH..hati terasa girang,,walaupun tiada percikan bunga api di angkasaraya,,tiada acara hiburan untuk meraikannya..namun mampu buat hati riang ria..**haa ada la yang sambung raya tuekekekeke..doa awal dan akhir tahun itu lebih dan sangat bermakna..yang penting keberkatannya yang kita cari..no countdown..no  colourful..kan doa itu senjata mukmin..


Ada yang yang menderita kerana kehilangan..ada yang gembira kerana kehadiran..itulah resam kehidupan..apa yang penting kita mesti berusaha memanfaatkan setiap nikmat yang Allah pinjamkan sebaiknya..berusaha untuk menjadi seseorang yang semakin baik..dari segenap aspek..kalau pun kita tidak mampu untuk terus berubah..berdikit-dikitlah..yang negatif kita nyahkan dan refill dengan kebaikkan..muhasabah..refresh hati dan minda..wassalam J

30 October 2013

::..GigiH..::

4:02 PM 6
sumber : Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Setiap orang insyaAllah mesti ada visi dan misi.. Bukan misi kampung yang naik motor pasola tu ye..hehehe..iyelah setiap orang ada angan-angan dan impian..ye tak?? J..tercapai atau tidak itu berdasarkan usaha ,doa dan tawakkal kita..perancangan juga penting..susun strategi betul-betul..kan nak capai impian..setuju tak?

Kalau kita tahu kita kurang cerdik dalam suatu perkara..usaha lebih,,ulangkaji lebih masa..belakang parang pun kalau dah hari-hari diasah akan menjadi tajam juga..boleh la buat sembelih ayam jantan yang selalu sleeping beauty atas dahan rambai belakang rumah tu..kihkihkih..

Kekurangan diri itu bukan alasan..tak kiralah kekurangan daripada segi fizikal atau kemampuan..bila nak tu pastinya seribu daya di usahakan..tapi kalau dah tak nak tu bermacam dalih..cakaplah walau sampai mulut tu tumbuh ulser..daripada bau colgate sampai dah  bertukar bau asam jawa..bersungguh bagi motivasi tapi sendu saja penerimaannya ye..tak apa..baca ayat kursi,,selawat tiga kali..tu tiup sikit pada umbun-umbun dia..sebelum tiup pastikan gosok gigi dulu..gigi palsu terpasang elok ye..hehe J

Dalam kita mengharungi ranjau kehidupan..kita akan menemui banyak dugaan dan rintangan..betul tak..kalau kita patahkan ranting pokok..insyaAllah  esok lusa akan bertunas semula,,dan kalau kita terpatahkan pensil anak jiran sebelah yang kuat menangis tu..kita boleh ganti yang lain..patahkan hati anak dara atau teruna orang??..siap sedia kena kejar dengan parang panjang la ye..hehe..tak apalah dah tak jodoh..jumpa dan jelaskan sebaiknya ye..J..apa yang paling utama jangan sesekali patah semangat..walaupun beribu kali jatuh tersungkur..terlentang,,tergolek..gigihkan diri usaha untuk bangkit semula..Allah sentiasa menilai kita..bagaimana Allah nak hadiahkan kita pelangi kalau kegigihan kita itu ibarat sekadar mengelap peluh didahi.. Kita mesti sentiasa gigih ok..wassalam J

29 October 2013

::..Menjeruk rasA..::

10:14 AM 10
from google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sekali sekala makan jambu batu dengan asam boi..huhu..sedapnya lahai..pecah air liur orang kata..tak boleh buka mulut silap-silap mengences bak kata orang jawa..bukan jambu batu saja..buah lain pun boleh juga la..tapi jangan amalkan..sekali sekala ok..tapi pada kanak-kanak atau anak-anak kecil..skip terus..no junk food..tak elok untuk minda dan perut..faham Jgood..

Bak kata pepatah..``lain padang..lain belalang``,,lain orang lain ragamnya walaupun seibu sebapa sepusat sepusing..haah..si abang bila marah terus luah..pendek kata street to the point..tak ada nak simpan-simpan..dah luah kira settle..tak mau dendam-dendam..alhamdulillah..lain pulak dengan adik..bila ada tak kena amboi muncung panjang..boleh la nak sumbang bakti jadi tempat sangkut tuala muncung tu..tahan berhari sentapnya..tapi boleh diperbaiki lagi..maklumlah dah jadi buluh betong..hehe..

Hidup bermasyarakat..mesti sensitif pada persekitaran..kalau cabut rumput..tak dengar rumput menjerit..kalau petik daun pun tak dengar daun tu menangis..dan kalau kita dengar??apa lagi..cabutttt..hehe..tapi kalau silap cakap boleh nampak pihak lain tak puas hatinya tu..espresi tu mudah untuk dikesan..tak payah nak menyorok dibalik dinding bak detectiv conan la oii..kalau kita rasa tersalah cakap cepat minta maaf..cepat..yes kita comel bila saling memaafkan ok J..ubah mentaliti nak bermaafan tunggu hari raya..ajal tu bila-bila je..

Kita boleh bercakap..memberi pendapat..boleh..kita boleh menasihati dan memarahi namun penggunaan intonasi dan bahasa itu perlu dijaga..walau pun dalam keadaan bergurau..terutama apabila berbicara dengan orang yang lebih dewasa..dan yang paling utama bila mana bercakap dengan ibu bapa kita..yang mana ada ibu bapa mertua..yess sama seperti ibu bapa kita sendiri..elakkan daripada mereka menjeruk rasa takut-takut kita merana diri kerana tidak mendapat redha ILAHI…wassalam J