29 September 2013

::..tUnAs bARu..::

1:34 PM 16
from mr google..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pergi hospital..tanya pakar kesihatan,,tok pawang,,tok mudim,,mak bidan,,salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan,,kecergasan dan kecerdasan minda adalah tidur yang cukup..8jam..kalau terlebih itu over..kalau terkurang itu something wrong..hehehe..cewah ayat..tak boleh tahan..perasan bagus ye..astarghfirullahalazim..jangan riak..jangan ujub..jauhkan takbur ye..syohh..syohh..pergi jauh-jauh..kita nak jadi insan yang baik..

Setiap hari bangun je tidur tu mesti ucap syukur ye..alhamdulillah..lepas tu senyum sikit J..hehe melampau pulak..lepas tu nak berguling atas katil sampai roboh pun terpulanglah..nak lompat katak sampai koyak rabak cadar pun ikutlah..yang asasnya mesti ucap syukur pada Allah..tanpa izinNYA  mana mungkin kita boleh hidup semula setelah dimatikan seketika..fikirkan..hidup dan bernafas di alam nyata itu juga satu nikmat..kalau tertinggal solat subuh tu cepat bertaubat ye..

Jaga pemakanan,,makan vitamin itu ini..mahal murah..minum susu kambing,,makan kurma,,kismis..alhamdulillah sunnah tu..teruskan..nak lagi best..tu cantas ke..tebang ke..potong ke..gergaji ke..mana dahan,,ranting,,pelepah..yang dah sepatutnya..bagi nampak kemas sikit..bagi berpeluh badan..kalau yang suka tot atau kacuk pokok..ok on..tapi pastikan mandi dulu wangi-wangi..takut nanti terkacukkan pokok orkid dengan pokok cempedak..tak ke haru..kalau dulu disangka cempedak rupanya nangka..ni dah bertukar.. cempedak berperisa orkid..kan unik tu..hehe..7 hari 6 malam muka terpampang dalam berita..surat khabar..ha glamour sudah..sekadar di duniakan..ujian semata-mata..

Setiap hari adalah hari baru..walau masanya..harinya sama namun yang telah lepas dan berlaku itu sudah menjadi sejarah..manis,pahit,masam,kelat..itulah kenangan..hari ini yang sedang kita lalui adalah kenyataannya..realiti..sedih pilu mesti lalui..esok..entah kita sendiri tidak mampu meramal..yes sememangnya kita sakan merancang tulis panjang berjela..sampai berbelit kertas pada arial atas bumbung rumah pun namun itu sekadar rancangan manusia..rancangan Allah yang kita tak terlihat dek mata ini itulah realitinya..apa yang penting kita kena sentiasa bersedia..berlapang dada redha..bukan mudah..tidak senang..tapi itulah warna warninya hayat kita..

Andai semalam kita terleka,terlalai..tidak mengapa..jangan terusan bermuram durja..bangkit semula..perbaiki diri,,insafi apa terjadi..lakukan perubahan..tiasa istilah terlewat bagi insan yang ingin berubah ke jalan ILAHI..wassalam..

27 September 2013

::..TerLuPa..::

9:35 PM 12

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pagi-pagi lagi dah kecoh cari barang ye..rasa letak atas almari..tapi cari atas meja..mesti tak jumpakan..owh faktor umur pulak katanya ye..umur-umur jangan sebut..sensitif bagi sesetengah orang..tapi itulah hakikat..kalau dah umur tu 60tahun takkan nak cakap 18 kot..hehe..terima jelah..nak terlupa ni tak kira umur la dik..kalau anak-anak yang terlupa..berbiratlah telinga kena piat..dah la terlewat nak pergi sekolah..stokin masam entah mana..kasut macam belacan ghaib hilang..sengih kerang jelah jawabnya..waktu pagi ramai para ibu yang ayu sopan bertukar menjadi nyonya mansor..

Bila nampak kawan-kawan slim melim..tinggi lampai..aduh persis model gitu..sentap..nak jugak..hentak-hentak kaki..aduhai standard nak tinggi memang dah tak boleh..tapi harapan nak melebar sangat tinggi peratusnya..tak apalah itu semua genetik..alhamdulillah..yang nak slim melim tu boleh adjust..yang tak berapa nak cerah boleh putih gebu..yang tak berapa nak mulus..boleh halus licin dan berkilat kulit tu ha..berkemampuan..berkeinginan..go on..yang penting niat kena betul.. J

Betul semua itu hak kita..milik kita..namun semuanya berbatas..Allah izinkan kita berubah dan mengubah namun mesti punya alasan yang kukuh..faktor kesihatan mungkin..jangan sampai perubahan yang kita lakukan dan alami itu turut buat kita terlupa pada batasan dan landasan asal..dulu sepanjang hari berjubah..berabaya..manis bertudung labuh..Allah suka...setelah tiada ketul sana sini sinun..eh sentiasa berkebaya sendat la pulak ye..woooo seksi..sebelum tak berapa nak cerah..comel berhijab..sungguh manis..setelah mulus..amboi kiah..tu dia..sanggul bukan satu..2 sekali you..kanan kiri..2 inci make up berkepuk pada muka tu..hehehe..budak kecik nampak lari lintang pukang cirit birit..masyaAllah..alhamdulillah usaha untuk berubah berhasil..namun cukuplah fizikal berubah..namun jangan ubah landasan asal..kekalkan la menjaga batasan aurat..bertambah ayu..manis..comel dan sangat sopan..

Pernah tak kita terfikir..kadangkala kenapa Allah tak makbulkan permintaan kita..selain salah satu cara Allah nak jadikan kita ini penyabar..dan Allah nak beri kita yang lebih baik..mungkin Allah terlalu sayangkan kita kerana Allah tidak mahu kita menjadi kufur nikmat..adalah lebih menyedihkan bila Allah penuhi impian kita namun Allah tarik sedikit rahmatNYA daripada kita..nauzubillah..tak nak macam tukan..jadi kita kena sentiasa bersyukur..fizikal yang tak cantik akan jadi comel bila akhlak kita sweet..

Wassalam J

25 September 2013

::..KePuAsAn..::

3:24 PM 6
 
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Cuaca panas terik..mesti tekak sentiasa rasa dahaga..anak tekak menjerit-jerit minta dimandikan..pantang nampak air..sedapnya..nampak sirap bandung nak minum..nampak laici nak minum air laici..air tebu..air kelapa..pantang melintas depan mata..wah..terasa nikmat kepuasan bila dapat minum tu ye..ditambah dengan ais..tak apa..sekali sekala..tapi amalkan banyak meminum air putih saja tau..bukan jelous tapi untuk kesihatan..alololo..senyum sikit J..ha macam tu la..ingat ikut nafsu lesu jadinya..hehe..
Setiap orang ada cara berbeza untuk mendapatkan kepuasan dalam diri dan kehidupan..ada orang kerja siang malam untuk mendapatkan kesenangan..kemewahan..sanggup tu buat 2..3 kerja dalam satu masa..panda pun senyum je..sebab mata dia dah macam mata aku kata panda tu..tak apalah asal rezeki yang diperolehi itu halal dan berkat..ada yang sakan menuntut ilmu..ilmu mengumpatlah..eh salah..memasaklah..ilmu dan seni mempertahankan dirilah..ha..bagus-bagus..bila kena ganggu boleh buka kekuda tu ha..alhamdulillah untuk keselamat diri..tapi jangan lah salah guna..jadikan anak pokok pisang ibarat musuh..haishhh..ujikaji ye..kihkihkih..
Tahap dan nilai kepuasan ni terlalu luas untuk kita tafsirkan..mengikut individulah..dalam urusan dunia..kejarlah  dan carilah seberapa banyak kepuasan..akan sentisa berasa tidak mencukupi..percayalah..nak lagi..dan lagi..dan lagi..sampai semput la nampaknya..kerana dunia ini mengasyikkan..kadangkala mampu mengaburi mata dan mata hati kita..kelabu sepanjang masa..kabur..lama-lama boleh jadi buta..semakin kita pelajari..dalami
dan gali..semakin itu tahap keinginan untuk mengetahui itu tinggi..kebijaksanaan bagaimana untuk kita mengasingkan antara lorong keburukkan dengan landasan kebaikkan..bergantung pada ilmu,,dan iman kita..yang utama kita mesti berusaha untuk menikmati kepuasan itu  bersertanya istiqhomah dan kesungguhan..kepuasan yang bermakna adalah apabila segala doa dan permohonan kita pada Allah dimakbulkan..dan seandainya ia tidak terlaksana..nantikanlah pasti ada yang lebih baik sedang menanti..
WassalamJ