31 July 2013

::.. BerMAnFAaT tAk..::

7:31 PM 4

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Esok dah masuk bulan Ogos..ini bermakna tinggal beberapa hari saja kita berpuasa..dan Ramadhan kian meninggalkan kita perlahan lahan..terasa hiba..terasa sebak..sentiasa berdoalah agar kita bertemu juga lagi Ramadhan mendatang..berdoa daripada sekarang..jangan lupa ye..sedih kerana Ramadhan kian menjauh..girang tatkala menanti Syawal menjelma juga hari kemerdekaan negara tercinta..pantas masa berlalu atau kita leka selalu..hehehe..mudahannya tidak begitu..amin..

Melalui Ramadhan..sejauh mana kita berjaya mentarbiah hati,,mendidik nafsu,,istiqhomah dan tawadhuk dalam segala urusan duniawi..untuk menenpah syurga Ilahi..ke biasa biasa je..dulu,,kini dan selamanya..habislah..keras la jawabnya ye..takuk tu sampai kesudah..ngeh..ngeh..jangan la macam tu..tak banyak pun sikit sikit berubah kearah yang lebih positif ye..kan kita nak duduk lama dalam syurga..betul tak??ketuk ketampi 2 kali.. J..

Kita ni insan yang hebat!!..betul tak??alhamdulillah..daripada pelbagai sudut..penampilan,,perwatakkan,,pemikiran..dan percakapan..maklumlah lidah tidak bertulang..tapi umpama sebilah pedang..zass..zass..zooroo..hihi..seronok tak bila bercakap..bersembang..gelak gelak..menyampuk sana sini,,lawak itu ini..tambah perisa begitu begini..ermm lazat..lazat pada pendengaran kita..tapi owh pedihnya pada pendengaran orang lain..habislah dapat dosa tak pasal pasal ye..rugi rugi..

Al Quran itu terlalu suci..kan wahyu ILAHI tu..jadi jangan jadikan alasan perkukuh apa yang diperkatakan tujuan menguji..nampak seakan jenaka takut kelak merawat luka..kelihatan seperti sinis takut kelak sakan menangis..kembang mengalahkan spongebob serap air..lebam..berusrahlah dengan tulus..lillahitaala..kita tidak boleh menidakkan wahyu Allah kerana ia benar belaka..dalam kita menyanjung Kalamullah itu..biarlah sepenuh jiwa..biarlah kulit bertemu kulit..sampai meresapi jiwa..yang anehnya bab kawin kawin bukan main melompat lompat sampai juling mata..bab ibadat jatuh tertiarap..ermm moga Allah tidak murka dengan hambaNYA..

Gunakanlah lidah dengan sebaiknya..ucapkanlah kata kata yang baik kerana setiap patah yang lahir itu adalah doa..bila ianya doa maka sewajarnya yang molek molek saja..tak apalah andai pernah tersilap kata..untuk undur semula itu mustahil..cukuplah sekadar beristighfar  dan bertaubat pada Allah..jangan risau..peluang menjadi penghuni syurga itu sentiasa ada..namun dari pintu mana kita memasukinya sebenarnya kita tentukan sendiri di dunia lagi..

Wassalam.. :)

28 July 2013

::..buKaN sAjA kiTA yANg tAhu..::

9:14 PM 4

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Jom Peah kita pegi solat sunat tarawih..teman mak ni ha..ala mak Peah sakit perut la..hari ni hari pertama..hihi..faham..faham..kalau memang betul ok..pass..tapi kalau alasan..zass..zass..Seman dah Peah dot..dot..kamu saja ikut mak..ish mak..Leman pun sakit perut mak..hari ni hari pertama..huhu..tak faham..tak faham..dari celah mana pulak datangnya tu..kalau macam tu hari ni hari pertama dalam sejarah seorang ibu bertukar jadi bigfoot nak heret anak jantan pegi surau..ko pilih..hihihihi..habislah..

Macam macam ragam..pelbagai idea..banyak cara..ada saja..hebatnya insan bergelar manusia ciptaan Allah..kreatif dan inovatif..segala neuron yang berkembang baik pada minda kita..lantaran cernaan idea yang baik baikkan..tak gitu..cuba kalau ajak Peah dengan Seman pegi jenjalan..zaapppp..mak terkial kial tutup pintu..mereka dah tercegat di laman..standby katanya..tak elok buang masa..eceh..ceh..gitu pulak.. Jtengok..genius tak??

Yang manis dan sedap itu kadangkala buat kita sengsara..yang pahit itu pula buat kita gembira..penyakit itu biasanya datang daripada yang manis manis..dan biasanya penawar itu yang pahit belaka..betul tak..tak semua yang kita suka itu berakhir dengan keindahan juga tak bermakna kepahitan itu tiada cahaya kebahagiaan..kan..buat la apa sahaja..begitu begini..itu ini..walau orang lain tidak tahu..tapi jangan lupa..Allah tahu..betul tak??tak apa..jangan takut berlaku jujur..jujurlah..sebelum buat pengakuan tu..minta maaf dulu..minta maaf bebakul bakul..kalau niat kita ikhlas..Allah bantu..jangan takut..jangan risau..sekuran kurangnya kita tidak tanggung dosa lantaran berbohong..kurang sikit dosa tu kan..

Jangan frust bila last last Ramadhan ni dot dot macam Peah..kalau kita dah jatuh cinta..tak jumpa orang..tengok bumbung rumah pun jadilah..bila bercintan cintun bukan main lagi ye..jadi tiada alasan untuk kita sentiasa mengingati Allah dan sentiasa beribadat padaNYA..kalau tak boleh solat..kan boleh berzikir..semarakkan cintan cintun dulu dulu tu pada Allah juga tau..kan Allah yang cipta kita..jadi Allah lebih tahu siapa kita..buat elok  elok la ye..tapi kalau lelaki yang bagi alasan..tunggu bigfoot datang lenyek..

J Wassalam J

27 July 2013

::..meStI cOoL..::

10:52 AM 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Masuk saja bulan Syaaban..kita ternanti nanti bulan Ramadhan..bersungguh ni tunggu..dah pun masuk ni ha bulan Ramadhan..bulan penuh kerahmatan..bulan pengampunan..ni dah penghujungnya..sekejap rasanya dah menemui detik detik terakhir Ramadhankan..kan..10 hari terakhir ni mungkin juga hari pertama bagi sesetengah orang..tak pelik la..apa taknya yang ada tu baru habis berpantang melahirkan..haa logikkan..bagi wanita la..dan tak mustahil juga bagi lelaki..hari ni hari pertama berpuasa..kan rahmat Allah itu tidak terjangka..alhamdulillah tu..jangan dok ejek ejek pulak..bagi sokongan..doakan sahabat kita..sama sama dapat pahala..

Biasanya 10 malam terakhir inilah saat yang paling ditunggu tunggu..tak mudah..bukan senang..tapi langsung tidak mustahil..dengan izin Allah semua boleh berlakukan..yakinlah..MALAM LAILATULQADAR..tidak semua orang mampu mengharunginya..tidak semua orang terdaya melepasinya..dan bila kita berniat yang baik baik..maka kita juga mesti bersedia untuk menerima ujian Allah..syaitan dirantai..hantu cuti..tapi NAFSU siangnya memang lesu..namun bermula detik azan Maghrib saja..super duper power you..yyeehh katanya..

Bila kita mula nak fokus pada amal ibadat nilah datang pelbagai ujian…sale sana sini..diskaun merata rata..offer itu ini..haihh..dan kadangkala ujian itu Allah hadirkan melalui insan insan yang paling hampir dengan kita..yang sangat menguji keimanan kita..ujian pertama adalah rasa kasih sayang kita pada Allah atau sesama insan itu lebih utuh..yang mana..dilema kita di buatnyakan..
Kita nak fokus ni..tup tup isteri,,suami,,anak anak atau ibu ayah kita ajak pulak keluar shopping..ajak pulak ambil tempahan kuih semprit,,kak tijah dah nak balik kampung katanya..ha kan ujian tu..kang merajuk..nangis masuk bilik..kuih semprit punya pasal..sampai kelopak mata bengkak bercantum dengan hidung..hihihi..

Kita rasa susahkan..tension woo..ermm itulah sebabnya sebelum mendirikan rumahtangga lagi kita kena menuntut ilmu alam rumahtangga secukupnya..buka mudah menjadi suami dan imam dalam rumahtangga..dan tidak mudah menjadi isteri serta ibu dalam perkahwinan..tapi tidak sukar andainya masing masing tahu peranan dan tugas masing masing pada Allah terutamanya..isteri cerdik yang solehah apabila bergabung dengan suami soleh yang bijaksana maka akan terciptalah rumahtangga yang sakinnah,,mawaddah,,warahhmah,,suami tak pening..isteri tak pitam..kerana pandai mentarbiah nafsu..memang cap jempol la..yihu..sama sama mengimarahkan mala LAILATULQADAR kan..barulah cinta sejati..sampai hujung janggut ikan keli katanya..

Sesuatu yang sukar kita perolehi itu biasanya sesuatu yang sangat besar ganjarannya bila kita berjaya memilikinya..tidak semua yang kita harapkan itu kita perolehi namun andai kita berusaha dan berjuang kerana untuk mendapat kebaikkan itu maka sebenarnya kita juga telah mendapat ganjaran seumpamanya..

JWassalamJ