SeJaRAh KeKaSiH kItA..



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Terlalu lama telah dia meninggalkan kita..sejarah riwayat hidupnya menjadi peneman..pemangkin semangat..tak pernah jemu kami membicarkannya..menjadi kisah berabad..berzaman..dikisahkan pada anak cucu..sampai mereka jatuh cinta..cinta berputik walau sekadar mendengar kisah riwayat..dan jiwa teringin sekali bersua..bertentang mata..pasti..di sana nanti..dia setia menanti kita..ingin membantu..menyelamat juga meringgankan hukuman..dengan syafaatnya..dengan kasih sayangnya,,dengan janjinya..untuk umatnya..

Hari ini 27 Rejab..sejarah kisah kembali bertandang..berbunga riang ingin berkisah..sejarah..kekasih Allah ini hidupnya penuh kisah..kisah yang tak mungkin dilupa..obor cinta kian membara..peristiwa istimewa dalam lembarah kisah hidupnya..ISRAK dan MIKRAJ..
Peristiwa membuktikan kekuasaan Allah juga kenabian Baginda Rasulullah SAW..sebelum melalui perjalanan ini,,malaikat Jibrail dan Mikail terlebih dulu membedah dada/perut baginda..ketulan hitam tempat di mana syaitan bisikan rasa was-was itu dibersihkan dengan air zamzam..digantikan dengan hikmat,ilmu dan iman..kemudian dijahit dengan kahtimin nubuwwah..

Perjalanan luar biasa baginda(Israk) itu bersama Buraq yang ditunggangi baginda..perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa baginda di temani malaikat Jibrail dan Israfil..baginda solat sunat 2 rakaat di tempat-tempat yang mulia dan bersejarah(Negeri Thaibah,Bukit Tursina,Baitul Laham)..dalam perjalan tersebut,baginda turut diganggu oleh api jamung jin Aprit serta menyaksikan peristiwa simbolik yang ajaib..antaranya

--700 kali ganda bagi mereka yang berjihad fisabilillah
--tempat yang berbau harum dan itulah bau kubur Masyitah
--sekumpulan orang memecahkan kepala sendiri,mereka ini yang berat untuk sujud
--sekumpulan orang yang menutup kemaluan kerana tidak keluarkan zakat harta
--lelaki berenang dalam sungai darah,,kerana memakan riba

Tiba di masjid Al Aqsa baginda mengimamkan solat 2 rakaat..hingga suatu saat baginda berasa dahaga..Jibrail bawa 2 jenis air,,susu dan arak..lalu baginda memilih susu..
Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah(Mikraj-tangga indah dari syurga),,baginda naik hingga ke langit kesepuluh dengan menyaksikan pelbagai keajaiban Nabi-nabi terdahulu..dan pada langit kesepuluh itu..Allah memfardhukan solat 50 waktu namun Baginda merayu sebanyak 9 kali hingga menjadi 5 waktu sehari semalam..demi cinta kasih dan sayang pada umatnya..

Dan kita..pernahkah kita terfikir..apa yang kita korbankan demi membalas pengorbanan Rasulullah SAW..sunnahnya,,akhlaknya atau mengingati baginda pada hari kelahirannya saja..hanya kita yang tahu sedalam mana cinta kita pada Baginda..

Wassalam J
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kalau sunnahnya diperlekeh, sekadar ulangtahun saja di sambut besar-besaran semua itu bukan tuntutan dan yg baginda rasulullah mahu. Kasih baginda sehingga sakratulmaut 'ummati..ummati..." tapi umat baginda lalai. Kasih baginda merayu Allah kurangkan jumlah solat 5 waktu tapi itu pun masih tak dihargai.

    Allah... bersama kita muhasabah diri kita ini dik. Dapat mendidik keluarga dan teman terdekat pun jadilah... kalau ada kemampuan/kelebihan cari ruang-lingkup saudara yg lebih ramai utk sama-sama mencari jalan mengamalkan sunnah-sunnah dan ajaran baginda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak komen..alhamdulillah..tak tahu la kak bila nak sedar dan betul-betul hayati sunnah baginda..sedih kadang-kadang..yang sering disebut..yang sering diperdebat hebat sunah Nabi..beristeri lebih dari seorang..yang lainnya..ke mana..ke mana..Nabi dah bantu kita..tinggal kita bantu diri sendiri..
      moga kita istiqomah dalam merubah diri dan insan yang disayangi..ke arah yang lebih baik..lebih mulia..amin..

      Padam
  2. Ya Allah kuatkanlah kecintaan kami kepadaMu dan Rasulullah s.a.w. setuju dengan komen kak zakie tu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri agar mengamalkan sunah baginga.

    BalasPadam
  3. Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad saw, para sahabat dan keluarga baginda.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama