17 June 2013

##aDA keBenaRannYa jUgA**


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Zaman kecik kecik..sama sama pergi sekolah,naik bas,kakak jaga adik,abang jaga kakak dan adik..maklumlah abang kan..tugas berat sikit..mak tunggu depan kampung..ayah kerja,pergi sebelum ayam bangkit,balik lepas burung pulang ke sarang..semua lancar..mak senang hati,ayah lapang dada..opss dan sasa jugalah.. J..kita??bukan seronok malahan beronok ronok..mindset..nak fokus pada pelajaran saja..pakaian,alat tulis boleh kongsi..tak ada hal..makan pun,satu dulang..selera saja..alhamdulillah rezeki.. J.

Dah besar gedabak,dah kerja,dah berumahtangga,pun masih tinggal di rumah mak ayah..maklumlah tempat kerja dekat saja..tapi kali ini berbeza la sebab dulu adik beradik kita saja,sekarang adik ipar,biras,kakak ipar semua sekali satu rumah..mak ayah memang tiada halangan..larang tidak,suruh pun tak..ibu bapa lagi mereka gembira bila anak anak sentiasa dekat dengan mereka..sehari dua ok,,sebula dua masih harmoni..alhamdulillah..

Eh kenapa tiba tiba tu..sorang hulu sorang hilir,,satu depan satu belakang,sorang di luar sorang di dalam..cewah..ha ni yang tak mau ni..kan ke sepakat membawa berkat..biasalah,,lebih ramai orang maka lebih banyak juga ragamnya,dilema dilema..takkan masak pun dapur asing asing kot..wah melampau ni..ngada la tu..tau la awak tu selalu tengok masterchef..hehehe..ke selalu bangun lewat mak yang masak,,mak yang basuh pakaian..memang nak keja jirus dengan air panas ni ..

Dan yang paling merana mak ayah kita,,dalam senyum,dalam tawa,dalam slumber,tapi tengok mata mereka..mesti dok menjelingkan..hihihihih..dan kita sentiasa dalam murka Allah..kenapa??kerana selalu buat hati mak ayah terluka..patutlah ada saja masalah,rasa hati sentiasa tidak tenang,rezeki sentiasa sempit..haishh..tau tak pe.. L.. Masa ni mak ayah kita tak perlukan ubat diet pun..dek kerenah anak dan menantu boleh slim melim ko..heebaaattttttttt sangat!!!..macam dalam dramakan..namun realitinya ada..

Sedihnya..biarlah kita makan lauk belacan hari hari sampai tanggal hidung,atau tempoyak setiap masa sampai sembab muka,tak pun ikan bilis kicap sampai lebam muka,,tak apalah asal jangan sakiti mereka..jangan ambil kesempatan pada mereka,,cukup mereka jaga kita dari kecil sampai dewasa,,cukup!cukup!!..kadangkala kesannya kita tak rasa sekarang,,apa yang paling sengsara kita terima akibatnya setelah mereka tiada di dunia ini..di mana kita nak hulur salam mohon kemaafan,di mana kita nak minta doa restu mereka?di mana?di kubur?..sudah pun terlewat..

Adalah lebih baik lebih banyak rumah,,daripada banyak orang dalam satu rumah..sekali sekala bertemu itu lebih manis dan lebih nikmatnya,,daripada selalu dekat tapi jauh hatinya..

Terima kasih luangkan sedikit waktu sudi membaca,,wassalam  vJv

8 comments:

  1. Banyak teladannya dari isu ini. Kakak rasa sebaiknya memang asing-asinglah duduk dgn ipar-duai sebab masalah aurat pun satu juga. Tak kan sepanjang masa nak tutup. Nak pasang aircond sepanajang masa jawablah bil letrik dtg.

    Selera makan pun tak sama baik sesekali jumpa dari tiap hari, mak-ayah pun happy sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata org tua tua kak..duduk sekali..wanginya sekejap..tak dinafikan ada yang boleh bertahan lama tapi adat kita ini manusia..ada pelbagai rasa..betul kak..isu aurat dan kebebasan peribadi..
      mula mula senyum,,lama lama jeling jeling paku..biarlah tak mewah mana namun susah senang hidup berdikari..

      Delete
  2. huhuhu~ menarik wak, dalam lucu banyak prkara yg kita boleh jdikan ikhtibar/pmbakar smngat utk mmajukn diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kalau buat permulaan perkahwinan tu ok je nak tinggal dgn parents sementara waktu..tp dalam masa sama usahalah untuk membina rumahtangga sendiri..tiada siapa yang terluka..insyaAllah kita semua boleh lakukan..ciyok..caiyok..

      Delete
    2. yes! amat stuju ngan kenyataan itu...caiyok!

      Delete
  3. Akak duduk bersama ayah mertua selama 6 bulan sesudah kawin. Pertamanya kerana semua family di sebelah suami bekerjaya dan ayah mertua sakit. Sesudah dia meninggal, akak pujuk hubby untuk pindah. Bukannya apa, itulah salah satu cara untuk berdikari dan merasa pahit manis kehidupan. Satu artikel yang baik untuk dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai ada suatu sebab yang memang wajar untuk kita duduk sebumbung andai tiada siapa untuk menjaga kebajikan ibu bapa/mertua..ok sebenarnya..biasanya akan banyak masalah bila terlalu ramai orang dalam satu rumah..tapi seeloknya biarlah tinggal berasingan kak..itu yang terbaik..apa pun bergantung pada individu..

      Delete
  4. bila dah ramai sangat, memang kena tahan dengan banyak ragam.. tapi, bila dah tak ada orang, sunyi pulak.. huhu..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..