31 May 2013

.::JaNgAn PuDaRkAn sInAr ItU::.

9:53 AM 6
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Cit cat sana,,cit cat sini..majlis sana..majlis sini..owh sangat cepat putarnya waktu..yang mana boleh hadir..kami datang..yang mana antaranya ada kekangan,,huluran salam dan maaf diminta..jangan marah hadiah sekali J,,jangan berkecil hati..kerana kita pasti bertemu nanti..amboi lupa ke..kan tak lama lagi puasa..lepas tu raya..senyum-senyum tu..dah qada puasa belum??..maklumlah banyak undangan perkahwinan..tapi tidak semua mampu untuk dihadiri..ermmm pasti ada yang terluka..jangan majok-majok..si isteri si suami datang memujuk..kihkihkih.. J..

Dah kawin budak ni..dulu kecik aje budaknya..bonceng basikal..maknya kayuh pagi petang..nak pandaikan anak..tahun ni sambut raya dengan menantu baru la yek..L oppsss puasa dulu..baru raya..itulah yang selalunya kita terlupa..RAMADHAN dulu..baru SYAWAL J..adatlah kita ini..yang gembira pasti sentiasa diingati..adakah RAMADHAN itu menyedihkan..TIDAK sekali-kali..bulan penuh penyucian hati..membersihkan rohani..beruntunglah bagi kalangan kita yang menjaga hari-hari sepanjang di bulan Ramadhan..menanti malam-malam berkat penuh ganjaran..


Excited tak nak puasa ni..Ramadhan dah dekat sangat ni..countdown tak  hari-hari menanti puasa..teruja tak..nak bertarawih..nak bertadarus..nak pergi masjid dan surau..bersyukur tak kerana Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk topup pahala..ada yang tidak menemui Ramadhan tahun ini kerana ajal mendahului..moga kita dipanjangkan usia..diberi kesihatan yang baik..amin J..

Kalau kita teruja buat persiapan raya,,beli kain pasang berela-ela,,berwarna warni,,bermanik-manik, bersulam-sulam,berabaya,,berjubah dan berpeplum..terapkan juga keterujaan itu dalam menanti dan menyambut Ramadhan..telekung yang bertahi lalat itu diganti dengan yang baru..kalau sulam dibaju tebal 2 inci..apa salahnya sulam di telekung 4inci..sejadah yang berlubang gantikan dengan yang baldu..untuk beribadah juga mesti punya semangat..caiyok..caiyok..

Tidak salah kita membuat persiapan awal untuk meraikan kegembiraan dan kemenangan..namun tidak rugi juga andai kita memberi ruang untuk diri mengecapi nikmat rukun Islam ketiga ini terlebih dulu..berjuanglah,,bertempur dan binalah acuan..membina sahsiah diri,,membentuk hati juga jiwa..kemudian baru akan terasa nikmat kegembiraan dan kemenangannya..nikmat itu akan lebih terasa andai kita hargainya spenuh jiwa raga..setiap apa yang kita lakukan..perlukan jawapan..kerana soalannya sedang menanti kita di akhirat kelak..

Wassalam J

29 May 2013

::..SeBElAh mAtA^^

10:02 AM 2

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

First day..semua baru,,tempat baru,,suasana baru,,kawan kawan baru..semua new la bak kata orang putih..kihkihkih..pengalaman??ha yang ni susah sikit nak cakap la sebabnya..tahun lepas si upin kerja berkaitan scan barang barang..ermm kontrak habislepas tu dapat lagi tawaran..kali ini menjurus pada bahagian failing pula..haaa kan lain tu..jadi lain tempat lain jawatan maka lain la pengalaman dan ilmu yang di timba..betul tak..

berbeza dengan ipin..sejak pertama kali dapat tawaran pekerjaan sampai la sekarang ni..tak pernah tukar jurusan..always pentadbiran..huhuhuhu jadi abang surat..serah saja apa bentuk surat menyurat termasuk surat cinta..zassss siap..tabik spring buai la.. J..ada sesetengah  daripada kita mudah menyerap dan mencerna ilmu ilmu baru walau pun luar daripada bidangnya..memang superb la..tahniah..ada pula sebahagiannya agak sukar untuk mengadaptasi ilmu ilmu baru di luar bidang kuasanya..haaa guling guling hempas pulas belajar daripada senior..

tak kiralah apa pun situasinya..tak kisahlah apa pun keadaannya..apa yang penting???ha nak jawab kerjasama la tubetul la itu pun salah satu aspek..namun selain itu semangat rajin dan bersungguh untuk belajar dan suka bertanya pun perlu juga..sangat sangat perlu..anggap menuntut ilmu baru..cari dan bertanya sifu yang betul bukan yang botol..gah dan tegak berdiri..semua orang hormat namun zero..tak nak macam tu ye..

dalam apa situasi,,tua muda,,kecil besar..seharusnya saling membantu dan membimbing..kan muafakat membawa berkat..tak gitu..sebaiknya tiada perbezaan apa pun dalam tunjuk ajar..tak rugi andai kita berkongsi ilmu..tak sia sia segala ilmu yang kita sebarkan malahan Allah akan melipat gandakan lagi ilmu dan ganjaran pahala kita..Allah sentiasa memberi kita peluang dan ruang..

justeru itu siapa kita untuk menyempitkan peluang dan ruang orang lain kan..kanjangan pandang sebelah mata kerana mungkin dia lebih baik daripada kita..mungkin dia lebih berjaya daripada kita..kalau tidak di dunia mungkin di sana kelak..masa tu nanti jeling jeling la sampai juling..haluan kita telah berbeza..

wassalam 

27 May 2013

^^SeMuSiM^^

10:42 AM 4

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Siapa suka makan buah buahan??angkat tangan..ok ok..thank you..you..very much ha..tak semua buah akan ada sepanjang masakan..ada yang sepanjang tahun ada..dan ada juga yang berbuah mengikut musimnyabetul tak..tapi kalau dah teringin sangat nak makan tu ada je jual kat mini market atau super market..carilah insyaAllah jumpa..sebelum makan baris dulu kat kaunter bayar ye dik non dan abang non sekalian..janganlah bila dah nampak tu teruja terus terkam..ngap..ngap..sampai lupa nak bayar..tak comel..tak comel..tak gitu.. J..jadi lepas bayar baru anda boleh menikmatinya ye..ha kan comel gitu..

sekarang nikan moden lagi canggihkan..buahan yang jauh pun boleh ada di sekitar kita..yang penting beli tau..kalau nak free pastikan minta izin pada tuannya dulu sebelum makan..ha gitu ye cik kuntum..alahai comel cik kuntum si pipi gebu..ahaaakk..ok..sayur pulak..suka makan sayur tak???baik cakap cepat..cepat..yezz goyang lutut sikit..laju laju bukan sampai tercabutkan lutut tu nak guna lama..ala selagi ada hayatkan..tak gitu..perasan tak..sayur ni pun ada musim..kadang kadang bergantung pada keadaankalau musim kacang panjang tu..hai merata kedai la kacang panjang saja..maka hari harilah dok makan kacang panjang..kalau masa bayambayam saja la jawabnya..dan kalau kobis..maka kobis saja selalu la pulak ye..

bukan kita saja makan kobis tau..ikan pun makan kobis la cik kak oiii..huhuhuh..tak kisahlah apa pun..untuk mendapatkan tubuh badan yang seimbang dan sihat..pemakanan juga mesti dititikberatkan..mesti seimbang..kadangkala sebahagian kita terlalu focus pada keseimbangan kesihatan dalam soal pemakanan..namun tercicir dalam soal yang lain..kalau buahan,,sayuran dan an..an yang lain bermusim dan ada musimnya..namun dalam kita berusaha memperbaiki diri dan memantapkan keimanan langsung tiada istilah bermusim..

mesti istiqhomah dan tulus..mungkin ada sebahagiannya yang boleh berubah mengikut peredaran masa seperti fesyen bertudung,,fesyen pakaian..dan lainnya..namun perubahan yang dilakukan itu wajarlah berlandaskan syariat dan hukum yang sebagaimana telah termaktub dalam Al Quran..

Dalam beribadat kepada Allah tiada langsung istilah bermusim ye..harap maklum..

wassalam :)