15 March 2013

SanDArAn



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Di kampung kampung biasanya..bawah pokok sebahagiannya ada tempat beristirehat..buaian,,atau kerusi kecil,,paling tidak pun..bentang tikar corak dam haji..sambil sembang..sambil main dam haji..ha boleh kan macam tu..tak gitu..dalam satu hari tu berapa banyak kali boleh naik haji..tapi tawaf atas tikar tu sajalah ye..pun boleh.. J..yang ada duduk bersandar pada pangkal pokok..menghirup udara segar..sambil menghirup secangkir kopi o panas..jangan tersilap pangkal pokok..takut gatal punggung dek getah pokok yang miang..habislah..menggaru tak sudah ye..

betigulah resamnya tatkala tubuh terasa letih dan berusaha untuk menghilangkan dan meredakan kepenatan..seharian bekerja..tapi macam mana pula kita sandarkan hati kita ini kepada kebaikkan dan ke arah yang betul..bagaimana kita berusaha mengurangkan lelah tatkala hati berasa letih dah lesu dalam menanggung bebanan tekanan perasaan,,bagaimana cara kita berkongsi rasa hati itu pada tempat dan dalam  keadaan yang betul..soalnya hati..

rahsia..kecil,,sederhana,,besar..semua orang ada rahsia..rahsia hati..rahsia diri..cuma kita,Allah dan dot..dot..dot..yang tahu..kalau dengan sesama insan mungkin kita masih boleh mengelak bila di tanya..seribu satu alasan boleh direka,,macam macam kata boleh dicipta..namun dengan Allah mungkin tidak..terlalu dan tersangat telus dan tulus..betullah,,kitakan orang ISLAM,,punya iman dan pegangan yang teguh pada ikrar sebagai janji kepada pencipta..DUA KALIMAH SYAHADAH..janji kita..

justeru itu setiap apa yang berlaku pada kita..sandarkan kepadaNYA..tidak salah andai kita ingin berkongsi dengan rakan,sahabat mahupun ahli keluarga kerana mungkin ia juga membawa manfaat kepada orang lain..disebalik ujian yang melanda kita itu mungkin memberi sedikit pengajaran pada orang lain..sempadan juga tauladan..sesetengah perkara perlu di kongsi..dan ada pula biarlah hanya kita dan Allah saja yang tahu..

tapi kalau bercerita kerana bergaduh dengan boyfriend sebab tak jadi menonton wayang..tak apalah.tunggulah menjadi yang halal dulu..bertanyalah bagaimana cara membina keluarga bahagia..ha masa tu sangat digalakkan..sangat sangat..kita mesti bijak mengurus hati tatkala dirundung pilu,sayu dan layu..agar tidar terbabas ke lembah aib yang teramat sangat..

wassalam

2 comments:

  1. last word tu zizie suka.. at least zizie boleh pegang kata-kata tu sebagai kata nasihat atas apa yang melanda zizie sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu masalah dan musibah yang melanda kita itu pasti ada kemanisan kemudian hari..untuk kita dan orang sekeliling kita..cuma kita kena sentiasa sabar dan redha.. :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..