30 March 2013

~~ bErTUaH sUnGgUh~~

3:07 PM 2


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semua orang nakkan perkara yang baik baik lagi molek molek je berlaku dalam diri masing masing..betul tak?..perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain..kepada orang sekeliling..tak gitu..barulah hidup ini begitu bermakna..kalau boleh biar kenangan kebaikkan  itu setia hingga nafas terakhir..kalau tak..kesian family kita..yelah..bila kita dah tak ada..tinggal pula nama kurang elok..ermm kan kesian tu..jadi jom kita berusaha menjadi insan yang baik..melakukan kebaikkan di mana mana..tapi biar pada tempatnya..sebab terlalu ramai orang suka ambil kesempatan dalam kesesakkan,,hihihi..tiba tibakan..namun..beruntung la bagi insan insan ini..dan sememangnya mereka ini selayaknya mendapat gelaran ULUL  AZMI..

NABI NUH  AS

NABI IBRAHIM  AS

NABI MUSA  AS

NABI ISA  AS

NABI MUHAMMAD SAW

Lantaran memiliki kesabaran yang tinggi dalam jiwa semasa berdakwah juga sering berdoa kepada Allah untuk melindungi kaum mereka dari ditimpa musibah dan azab serta berharap kaum mereka mrndapat hidayah daripada Allah..justeru itu Allah menganugerahkan gelaran tersebut kepada insan insan bertuah ini..begitulah nikmatnya andai berdakwah  dengan keazaman yang tinggi..jelous tak?ermm namun mereka ini melakukan kebaikkan tanpa minta balasan..jangan risau kalau kita buat sesuatu itu kerana Allah maka ganjarannya juga tidak disangka sangka..

wassalam
 

24 March 2013

seHaTi..seJiWa^^

12:37 PM 8


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sayidina Abu Bakar  As Siddiq ra
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut dan menarik,dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.

Ssyidina Umar bin Khattab ra
 Rasulullah SAW menggelarnya Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. menegakkan ketauhidan dan keimanan, merobohkan kesyirikan dan kekufuran, menghidupkan sunnah dan mematikan bid'ah. Beliau adalah orang yang paling baik dan paling berilmu tentang al-Kitab dan as-Sunnah setelah Abu Bakar As Siddiq.

Sayidina Utsman bin Affan ra
Sahabat Nabi yang sangat pemalu, paling jujur dan rendah hati diantara kaum muslimin, seorang yang saudagar yang kaya tetapi dermawan,

Sayidina Ali bin Abi Thalib ra
 Berhikmah, bersikap lembut, terkenal dengan kefasihannya, berpendirian teguh,jiwanya penuh kasih sayang
Thalhah bin Ubaidillah ra
salah seorang pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud, mendapat julukan "Burung helang hari Uhud."

Zubair bin Awwam ra
pengikut setia Rasulullah, salah seorang tentara Islam yang kuat yang selalu berdiri di barisan depan dengan harapan agar negeri-negeri yang musyrik dapat di takluki

Saad bin Abi Waqqash ra
orang ketiga  paling dulu masuk Islam, dan orang pertama yang memanah musuh di jalan Allah, sangat suka memanah,

Said bin Zaid ra
memegang teguh janjinya kepada Rasulullah SAW untuk memerangi kaum musyrikin di negeri Persia

Abdurrahman bin Auf ra
mempunyai banyak keistimewaan, antaranya  beliau diberitahu masuk syurga oleh Allah s.w.t. ketika masih hidup serta termasuk salah seorang dari enam orang anggota syura,  berbuat baik, kepada Ummahatul Mukminin,mahir dalam masalah agama

Abu Ubaidah bin Jarrah ra
banyak meriwayatkan hadits dan selalu aktif dalam setiap peperangan umat Islam, banyak mengumpulkan Al Qur`an,  memiliki akhlak yang mulia, santun, dan tawadhu
Dan kita??..siapa sahabat sahabat kita..yang membina atau meruntuh..yang sentiasa melurus atau suka membengkok..kita bukan insan sempurna namun kita boleh berusaha untuk perbaiki diri..bermula dengan menyucikan hati..kerana hati sumbu kepada jasad..
Wassalam J

21 March 2013

^^MaHaL SaNgAt..

8:58 PM 4


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Macam tak biasa jekanpadahal dah berpuluh kali ulang alik pergi kedai beli barang,,dah beratus kali pergi pasar beri keperluan dapur dan lainnya..dan dah beribu kali juga pergi shopping mall sakan bershopping..orang lain cukup satu troli..kita bertroli sekali berbakul dan berplastik bagai..masuk matahari celik..keluar bulan mengambang..tapi masih lagi mengeluh duit banyak habis dan dok membebel harga barangan mahal bagai harga emas..termasuklah ikan emas dan pisang emas..hihihihi..amboi..asal ada emas..semua mahal la ye..ewahewah..salah siapa??salah diri sendiri ok..sebab apa?? Siapa suruh pilih dan beli barang barang yang harga mahal dik non..kan pilihan di tangan kita..

macam tu juga kuasa beli cik embun oiii..siapalah cik embun ni..kenal pun tidak..apatah lagi wujudnya jauh sekali..nama pun watak rekaan you..boleh??kalau pertikai harga barangan di pasaran mahal..memang munasabah la..bila permintaan tinggi maka penawaran pun tinggi secara tidak langsung harga akan naik kerana dari situ peniaga memperoleh keuntungan..kalau nak cepat untung..tiru Mail upin ipin..2 seringgit..2 seringgit..2 seringgit..untuns sekali rugi sepanjang hayat..namun macam tulah adat dalam perniagaan sebenarnya..

biarlah..biarlah ada isu mahal dalam aspek itu namun janganlah mahal dalam memberi senyuman..janganlah mahal dalam mengucapkan kata salam dan janganlah mahal dalam menyebut kalimah kalimah indah seperti zikrullah dan tasbih tasbih suci memuji kebesaranNYA..andai kita memakai pakaian yang mahal..makan produk kesihatan yang mahal..namun mahal juga dalam soal amal ibadat dan mahal untuk menjalin silaturahim..maka kita bukan sahaja  rugi di dunia malahan kerugian itu terpaksa juga kita tanggung di akhirat kelak..

percayalah..justeru itu..kita mesti bijak dalam mengurus diri dan emosi..cerdik dalam mentarbiah diri..jual mahal biar pada tempat yang sewajarnya dan murah pun jangan samapi langsung tidak bernilai..

wassalam