Ooopss..aStarghFiRullaHaLazIM^^


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ingat tak kali pertama melangkah kaki ke sekolah?sekolah tadika la biasanyakan..atau ada yang taknak masuk tadika tapi terus sahaja masuk ke darjah 1??wah hebat..memang hebat la sebab biasanya di peringkat tadika atau tabika ni akan di ajar asas asas penting..ABC,,123..mengeja,mengira,membaca dan menyanyi..tak lupa ada makan makan..haa ni part yang paling suka sekali..layanan superb..thumb up la pendek kata..setiap hari menu yang berbeza..wah..bila orang tanya..suka tak pegi sekolah?sukaaaaa..kenapa suka pergi sekolah..sebab dapat maaakaaaan..hah..bila imbas semula..Ya Allah rupanya niat pergi sekolah sudah jauh menyimpang..dan sekarang bila tanya pada adik adik sepupu juga beri jawapan yang sama..eh copy paste jawapan kita ke awak??hihihihihi J 

oh rupanya kita dulu sebelum mereka dan kita telah lewati apa yang mereka sedang alami kini..kita dah tahupun niat itu silap maka perbetulkan niat adik adik atau anak anak baru mengenal dunia ini ke lorong sebetulnya..pergi sekolah menuntut ilmu kerana ALLAH..bukan kerana extra kuih donot yang aka cikgu beri kerana dapat jawab soalan dengan betul..bukan kerana boleh dapat pemadam hadiah daripada cikgu disebabkan cantik mewarna..kihkihkih.. Di sekolah..guru juga mainkan peranan..dan asasnya adalah ibu bapa di rumah..ok bila dah mengantuk saja semua mesti ada menyanyi pulakan..lagu famous salah satunya..bangau oh bangau..ingat lagi tak.

Oh bangau kenapa engkau kurus,sebab ikan taknak timbul
Kenapa ikan taknak timbul,sebab rumput panjang sangat
Kenapa rumput panjang sangat,kerbau tak makan aku
Kenapa kerbau tak makan rumput,sebab perut aku sakit
Kenapa perut sakit,makan nasi mentah
Kenapa nasi mentah,kayu api basah
Kenapa kayu api basah,hujan timpa aku
Kenapa hujan timpa kayu,katak panggil aku
Kenapa katak panggil hujan,sebab ular nak makan aku
Kenapa ular nak makan katak,dah memang makanan aku

Hati riang tatkala menyanyikan lagu ini..balik sekolah pun menyanyi juga,,lebih kuat..lebih bersemangat..konon bayangkan diri tu artis..mikrofon tajaan dapur sendiri..sudip buruk yang dah kontot..pun boleh..peminat..oh mesti ada walau terpaksa minat..kucing,mainan disusun..pentas..coffe table..5 minit kemudian..melalak bukan nyanyi tapi nangis kena cubit kat betis.. J..sebenarnya melewati usia yang semakin meningkat mengimbas memori dulu mampu dijadikan tauladan dan sempadan hidup kita..baik buruk suatu perkara itu adalah berdasarkan tafsiran diri kita sendiri..

kadangkala dalam hiburan itu ada tersirat seribu makna bagaimana ia berguna tafsiran kita tentukannya..hidup ini indah andai kita memudahkannya..dan menjadi serabut jika sentiasa kalut..setiap orang Allah beri ujian..setiap orang juga Allah beri kebahagiaan..namun cara untuk mendapatkannya juga mengatasinya atas usaha sendiri..justeru itu carilah kekuatan diri dan gilap ia agar tidak dilindungi kelemahan  sendiri..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Menelusuri hari-hari hingga dimamah usia kalau masih tak tahu nak aplikasikan apa yg diperolehi sangat merugikan. Macam juga lagu yg cikgu ajar masa tadika tapi di sebalik itu terselit pengajaran. Sebagai org yg lebih dewas kenalah beri tunjukajar. Yg dah baligh tu jgn pula macam budak tak mummayyiz lagi tak faham-faham - sedih bila kenang hal begini dah tua tapi tak baligh-baligh lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah hakikat akhir zaman ni kak..cukup umur tapi masih tak boleh beza baik dengan buruk..bila di tegur..di nasihat..kubur masing2 katanya..tapi mereka lupa dari awal kematian hingga bersemadinya jasad dengan bantuan orang lain yang menguruskan..moga kita sama2 memuhasabah diri..

      Padam
  2. dulu. setiap kali nak kluar umah nak gi sekolah. ayat yang walid selalu pesan : belajar tuh niat kerana Allah baru dapat pahala :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la tu..dapat pahala dan keberkatan ilmu yang di tuntut..hingga akhir hayat..lagi2 ilmu yang bermanfaatkan.. :)

      Padam
  3. rindu plak zaman tu...tapi semua tu tak bisa kembali...tapi kta boleh belajar darinya untuk menghadapi masa akan datang~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..tak apa..bila anak mr and mrs krole sekolah nanti..beri semangat yang baik2..moga anak itu menjadi lebih baik daripada ibu bapanya..amenn

      Padam
Terbaru Lebih lama