02 February 2013

Ohh KesEMpatAn..aduh keSEmpiTAn


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Mula kita lahir ke dunia..di hospital..kiri kanan kita,,jiran jiran kita satu wad..ada baby boy handsome kacak bergaya..ada baby girl comel gebu dan ayu..masa tu nak sembang pun tak pandai lagi maklumla sama sama baru tengok dunia..ok kami balik dulu ,,jumpa lagi..itu ibu saya yang cakap sebelum kami discharge dari hospital..bukan saya ok J..

kalau saya siap tinggal no phone dan address sekali boleh berjimba jimba..ahaii siap kenyet mata lagi you J..amboi kecik lagi dah gatai..hehehe..bila besar sikit masuk sekolah,,dapat lagi jumpa kawan sekolah..kira sahajalah berapa ramai..di sekolah sahaja 11 tahun..sambung lagi ke universiti..alam pekerjaan..jiran tetangga,,sedara mara,,sepupu,,saudara bau bau bacang,bau belacan,bau timun dan bau nangka lagi..wah ramai..memang sangat ramai..

kita kaya,,kita kaya,,kita kaya..itu belum lagi teman di laman muka buku,,tweter la..ramai..ramai oooo..alhamdulillah..panjang dan luaslah empayar silaturrahim kita.. Tapi dalam ratusan atau ribuan kawan yang kita ada,,berapa ramai sahabat kita..ada tak yang marah kita bila kita buat silap,,ada tak yang nasihat kita supaya buat baik,ada tak  yang sanggup susah dan senang dengan kita..berapa ramai yang betul betul tulus dan ikhlas hatinya berkawan dengan kita kerana Allah..ke jalan kebaikkan..

dan macam tu juga saudara mara..berapa ramai saudara mara kita datang lap air mata kita masa kita sedih,,suapkan makanan di mulut kita masa kita terlantar sakit..dan ada tak saudara mara kita yang bersungguh sungguh ikhlas bantu kita kerana Allah..jangan risau..ada!!..terlalu ramai orang yang baik,,terlampau banyak sahabat dan saudara mara kita yang ikhlas..namun tempoh waktu itu kadangkala buat manusia tewas dengan kebaikkan,kalah dengan keikhlasan dan rebah dengan kejujuran..kerana apa..kerana kita mudah berasa jemu dan putus asa..

hidup yang singkat ini ada pasang surutnya,ada kala di atas,,adakala di bawah..kadangkala senang,kadangkala susah..tidak hairan andai di sekeliling kita ada juga saudara mara,rakan taulan dan sesama insan yang kadangkala mengambil kesempatan dalam kesempitan..mungkin mereka juga tidak berniat begitu namun kerana terdesak dan buntu dalam mencari penyelesaian..maka itulah yang berlaku..sama ada ia secara sengaja atau tidak..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..kita tidak berhak untuk menghukum tetapi kita masih lagi boleh menasihati..

sakit hati??mestilah..macam nak lempang lempang aje sampai muntah..siapa yang hatinya tidak hancur luluh berkecai dan remuk redam kalau dianiaya..kucing jantan tua pun tengah tidur dalam bilik beraircond perut kenyang..kalau kena kacau boleh bertukar jadi bigfoot..inikan kita manusia biasa..tahap kesabaran manusia itu ada had dan batasannya..lagi lagi kalau kita buat baik dengan orang..tapi ada pula yang ambil kesempatan..walaupun tak berada dalam kesempitan..ha ni mamang nak kena rendam dalam air telur tembelang ayam mengeram..4 malam berturut turut tidur malam mimpi ngeri..

tak kirala apa pun keadaannya,,adalah lebih baik kita bermuzakarah..bukan mengambil kesempatan..kemaafan itu tidak mampu ditaksir juga ditafsir..terlalu mahal nilainya..tidak semudah kita buka menu,,dan order..tidak semudah kita beratur  dikaunter nak beli KFC..kalau hari cuti umum pun semut semut juga lutut berbaris..hoii..kesempitan boleh berlaku di mana saja..macam tu juga mengambil kesempatan..tidak kita masa,tempat dan keadaan..dalam kesesakan lalu lintas..

kecemasan..ada ambulans..semua kenderaan mesti beri laluan pada ambulans tersebut..untuk memecut laju..tapi ada juga kenderaan lain mengambil kesempatan menunda rapat ambulans tersebut untuk mendapat laluan lancar malah lebih laju dari ambulans..gayanya macam nak menenggek atas ambulans tu je..tapi tak apalah mungkin pemandu kenderaan tersebut sakit perut..terlebih makan buah betik ke pisang agaknya tu..kita maafkan sajalah..walaupun  masa tu kita dah empat lima kali kentut sampai jiran sebelah lebam muka tanggung racun yang berkeliaran menyengat hidung..kita tak tahu tapi Allah tahu..akal yang Allah beri kita guna sebaiknya..sahabat yang baik itu anugerah Allah..bersyukurlah..
wassalam

12 comments:

  1. betul tu kak.. kdg2 Allah hantar kita kat seseorang tu untuk belajar daripada dia atau untuk bersama dengannya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. justeru itu kita wajar mendidik hati kita agar sentiasa redha dan berfikiran positifkan..kadangkala nikmat kemanisan itu kita perolehi setelah melalui musibah dan ujian.. :)

      Delete
  2. Allah swt maha mengetahui, dalam hidup ini silaturahim adalah satu perkara yg amat susah dibina...tp amat mudah dihancurkan..so wasatiyaah dalam segala-galanya insyallah ok semuanya~suke entri wak ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu..untuk membina kebaikan perlukan masa yang sangat panjang..tapi untuk menghancurkan dengan hanya umpama sekelip mata..jadilah kita manusia yang membina kepada kebaikkan bukan menghancurkan..tq..

      Delete
  3. sweetnya entri ni... luahan dari hati yang ikhlas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih kak mia..sudi luangkan masa baca entry saya..

      Delete
  4. moga Allah bagi kesempatan sifat sabar walaupun dalam masa tu sedang dalam kesempitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..itulah yang kita harapkan..sebagaimana sabarnya Rasulullah SAW,SUMAYYAH dan para sahabat Baginda.. :)

      Delete
  5. entry yang menarik dan sngat byk nilai :) terima setiap yang Allah beri itu dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yaya..betul la kalau Allah kurniakan kita sahabat atau saudara mara yang baik..kita kena hargai..sebab mereka tu anugerah Allah :)

      Delete
  6. Begitulah semakin ramai umat manusia semakin bermacam ragam yg boleh dilihat. Apa yg penting hidup berlandaskan syariat jgn buat org susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kak..macam2 ragam dan sangat susah untuk kita jangka..yang penting semua berusaha untuk bersam2 mencari redha Allah dan tidak menganiaya orang lain..ameen

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..