21 February 2013

JoM..OnE StEp AHeAd>>>


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bila duduk sorang sorang..sambil dengar lagu jawa ke..hindustan ke..atau dengar lagu nasyid ke..atau tengah raut lidi kelapa nak buat penyapu tu..ada tak terfikir pasal masa depan..apa yang akan berlaku mungkin 10 tahun akan datang..tu pun kalau panjang umur la..ada tak..ada tak rancang atau buat plan tindakan untuk merealisasikan harapan atau impian tu bersunguh sungguh bukan buat ala ala batuk semput di atas tangga..nak tak nak..acuh tak acuh je gitu..

ke duduk kat tangga sampai terlelap..mungkin mereung jauh sangat sampai ke dasar hati..tu yang tidur sekali..nak melewati hingga ke alam mimpi la katanya..untung untung dalam mimpi tu boleh jupa si kiah anak pak akob tempe..atau masih lagi berada di takuk lama..cuma terasa hati dan sentap sendiri bila melihat kejayaan dan kecemerlangan orang lain..hhaah ini cuma diri sendiri yang tahu..tapi jangan buat buat lupa..Allah pun tahu juga la..habislah.. 

Baik beristighfar sekarang..cepat cepat.. J..nak merangka atau buat rancangan memang mudah..sehelai kertas kajang..sebatang pen..catatlah seberapa banyak impian dan rancangan tu..kalau malas nak tulis..setkan saja dalam handphone pun boleh..kalau tak pun nak lagi cun ukir di batang pokok..lagi hebat dan lain dari yang lain..nak lagi best..ukir kat pokok getah..dah siap ukir segala impian tu..jangan lupa tadah getah susunya..tunggu beku..boleh jual..haaaha..boleh tak??mesti bolehkan..jangan ukir impian tu kat batang pokok puding..takut tak sempat pakai selipar nak belari..batang puding tu sibuk cari punggung nak zass sikit..sekadar ingatan je tu..haa serik tak?insaf tak?takut tak?dan sakit tak?jadi jangan ulangi lagi..

kan pokok puding tu ibu kita baru tanam 2 minggu lepas..biarlah ia membesar tumbuh dengan baik..sebagaimana juga impian,harapan,angan angan dan cita cita..ia mudah untuk diucap namun tidak senang gapainya kalau sekadar dibibir tanpa usaha yang luar biasa..nak jadi orang yang hebat mesti usaha yang luar biasa..lebih gigih,lebih bersungguh sungguh..begitu juga untuk kita memantapkan hati dan keimanan kita sebagai muslim dan muslimah sejati..kita perlu juga bekerja keras dan berusaha bersungguh sungguh menuju ke arah matlamat tersebut..

kalau sebelum ini cuma solat 5 waktu sehari semalam..sekarang boleh ditambah dengan solat sunat pula..kalau sebelum ini cuma berpuasa di bulan ramadhan sahaja..sekarang boleh mula amalkan puasa sunat juga..kalau sebelum ni bertasbih dan berzikir ketika selepas solat sahaja..lepas ini berzikir dan bertasbihlah bila saja ada kelapangan..kita boleh iri hati..iri hati kepada insan insan soleh dan solehah yang suka kepada melakukan amalan kebaikkan..yang sentiasa berusaha mendakatkan dirinya kepada Allah..yang sentiasa taat setia kepada suruhan dan larangan Allah..kita boleh iri hati kepada mereka..kerana mereka akan menyumbang ke arah kebaikkan pada kita..

boleh tak kita iri hati kalau nampak orang lain bermegah megah dengan harta dan kekayaan dunia??,,buat istikharah..minta petunjuk Allah..adalah lebih baik ONE STEP AHEAD itu kita lancarkan untuk mendekatkan diri pada ILAHI juga kepada aura kebaikkan yang mendatangkan manfaat..kerana di sana nanti kita akan mengadapnya..dalam keadaan kaya atau fakir..kita tentukan sendiri bermula di dunia lagi..

wassalam

5 comments:

  1. Memotivasikan diri sendiri dgn banyak cara. Mencari yg lebih baik dari hari-hari yg telah ditinggalkan. Tak kiralah dalam apa jua hal sentiasa mencari yg lebih baik dan bermanfaat, apa lagi kalau ianya melibatkan bekalan di dunia yg kekal abadi kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..Allah sangat suka kepada hambanya yang sentiasa suka memuhasabah dan memperbaiki diri untuk menjagi insan bertaqwa..moga kita sentiasa istiqomah menjadi hamba yang cintakan perkara2 baik.. :)

      Delete
  2. thanx kak.. selama ni, zizie lebih amalkan concept follow the flow.. bila baca entry ni, zizie nak buat anjakan paradigma la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah akk pun..going with the flow..niatnya tak nak stress..tapi kalau kita tak berubah Allah pun tak bantu kita nanti..sebab kita sendiri tak bantu diri sendiri..buat mana setakat terdaya..kalau dah mmg tak boleh..redha,,pasrah dan menyerah..Allah maha mengetahuikan dik :)

      Delete
  3. astgfirullah ,,,, tenangkan hati dan sucikan hati =)
    bertaubatlah sebelum terlambat ,tenang je ni dgr lagu lailahillah muhamadurasullullah =)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..