26 February 2013

Ooopss..aStarghFiRullaHaLazIM^^

11:06 PM 6

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ingat tak kali pertama melangkah kaki ke sekolah?sekolah tadika la biasanyakan..atau ada yang taknak masuk tadika tapi terus sahaja masuk ke darjah 1??wah hebat..memang hebat la sebab biasanya di peringkat tadika atau tabika ni akan di ajar asas asas penting..ABC,,123..mengeja,mengira,membaca dan menyanyi..tak lupa ada makan makan..haa ni part yang paling suka sekali..layanan superb..thumb up la pendek kata..setiap hari menu yang berbeza..wah..bila orang tanya..suka tak pegi sekolah?sukaaaaa..kenapa suka pergi sekolah..sebab dapat maaakaaaan..hah..bila imbas semula..Ya Allah rupanya niat pergi sekolah sudah jauh menyimpang..dan sekarang bila tanya pada adik adik sepupu juga beri jawapan yang sama..eh copy paste jawapan kita ke awak??hihihihihi J 

oh rupanya kita dulu sebelum mereka dan kita telah lewati apa yang mereka sedang alami kini..kita dah tahupun niat itu silap maka perbetulkan niat adik adik atau anak anak baru mengenal dunia ini ke lorong sebetulnya..pergi sekolah menuntut ilmu kerana ALLAH..bukan kerana extra kuih donot yang aka cikgu beri kerana dapat jawab soalan dengan betul..bukan kerana boleh dapat pemadam hadiah daripada cikgu disebabkan cantik mewarna..kihkihkih.. Di sekolah..guru juga mainkan peranan..dan asasnya adalah ibu bapa di rumah..ok bila dah mengantuk saja semua mesti ada menyanyi pulakan..lagu famous salah satunya..bangau oh bangau..ingat lagi tak.

Oh bangau kenapa engkau kurus,sebab ikan taknak timbul
Kenapa ikan taknak timbul,sebab rumput panjang sangat
Kenapa rumput panjang sangat,kerbau tak makan aku
Kenapa kerbau tak makan rumput,sebab perut aku sakit
Kenapa perut sakit,makan nasi mentah
Kenapa nasi mentah,kayu api basah
Kenapa kayu api basah,hujan timpa aku
Kenapa hujan timpa kayu,katak panggil aku
Kenapa katak panggil hujan,sebab ular nak makan aku
Kenapa ular nak makan katak,dah memang makanan aku

Hati riang tatkala menyanyikan lagu ini..balik sekolah pun menyanyi juga,,lebih kuat..lebih bersemangat..konon bayangkan diri tu artis..mikrofon tajaan dapur sendiri..sudip buruk yang dah kontot..pun boleh..peminat..oh mesti ada walau terpaksa minat..kucing,mainan disusun..pentas..coffe table..5 minit kemudian..melalak bukan nyanyi tapi nangis kena cubit kat betis.. J..sebenarnya melewati usia yang semakin meningkat mengimbas memori dulu mampu dijadikan tauladan dan sempadan hidup kita..baik buruk suatu perkara itu adalah berdasarkan tafsiran diri kita sendiri..

kadangkala dalam hiburan itu ada tersirat seribu makna bagaimana ia berguna tafsiran kita tentukannya..hidup ini indah andai kita memudahkannya..dan menjadi serabut jika sentiasa kalut..setiap orang Allah beri ujian..setiap orang juga Allah beri kebahagiaan..namun cara untuk mendapatkannya juga mengatasinya atas usaha sendiri..justeru itu carilah kekuatan diri dan gilap ia agar tidak dilindungi kelemahan  sendiri..

wassalam

22 February 2013

,,SiKiT-SIkiT^^

10:16 PM 4

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sebelum makan mesti cuci tangan dengan sabun..paling tidak pun memadailah sekadar cuci dengan air mutlak..menghilangkan segala kekotoran dan mengusir kuman kuman yang ada..setuju??..ala kalau guna sudu atau garfu pun kena cuci tangan juga ke??eh mesti..mesti cuci dulu sudu atau garfu tu..boleh??bolehkan..mana tau tadi sudu atau garfu tu..kena langkah dengan cicak ke..kena kentut dengan lipas ke..percaya tak??yelah cicak tak pakai selipar..lipas tak pakai lampin pun..tak gitu?

mencegah itu lebih baik daripada mengubatikan..lepas cuci tangan..sebelum makan jangan lupa baca doa sekurang kurangnya بسم الله الرحمن الرحيم sudah cukup bagi mengelakkan adanya campur tangan syaitan..kalau ikut sunnah Nabi..makan dengan menggunakan tangan kanan..tiga jari..ibu jari,,jari telunjuk dan jari hantu..haa..perut kenyang..pahala pun dapat..suka tak..tapi itulah kita ini manusia yang biasakan..mudah lupa,senang leka payah nak ingat..kena makan kismis lebih ni nampaknya..betul tak?? :) sikit boleh..alololo..

kadang kadang bila perut lapar sangat..bukan setakat irama keroncong,,balada,pop rock,zapin,dikir barat,dangdut,,kuda kepang pun ada..ditambah dengan hidangan yang enak enak terhidang depan mata..waww tak mustahil doa makan bertukar ke doa qunut..itu kira alhamdulillah nampaknya doa semakin panjang..walau salah..kihkihkih..tak mustahil juga langsung tak baca..haaaa terus ngap menyuap ke mulut saja..

masyaAllah..tak pandang kanan kiri atas bawah dah..jangan risau..tak ada siapa nak rebut pun..paling tidak cuma si comot tu ha dari tadi asyik usha ikan goreng ketumbar dalam pinggan..kihkihkih..ada orang mati kerana tak makan..dan ada juga orang mati kerana makan..kalau makan tergesa gesa sampai tercekik tulang pada tekak..ha tu kan..banyak sangat makan makanan tak seimbang..ha boleh megundang macam macam penyakit juga..

ada juga di timpa penyakit bukan sebab makan..kan,,kan,,kan,, walau apa pun..jangan gusar..sakit itu penghapus dosa dosa kecil yang kita lakukan..selain Allah menyuruh kita bertaubat..dengan memberi sakit juga salah satu cara Allah meringgankan tanggungan dosa kita..baikkan Allah supaya kita tidak lama menjadi penghuni neraka kelak..

kalau kita banyak bersabar dengan ujian Allah juga dosa kecil kita akan gugur sedikit demi sedikit kerana tidak semua insan mampu bersabar dengan ujianNYA..jadi banyakkan bersabar ye..nak pahalakan..apabila ditimpa musibah jangan sampai kita buta mata dan terpejam mata hati hingga bersangka yang bukan bukan..kerana Allah sedang meringankan dosa dosa kita..selesai makan jangan lupa cuci tangan..takut tidur malam ada 10 jari tangan..bangun pagi tinggal 7..

wassalam :)

21 February 2013

JoM..OnE StEp AHeAd>>>

11:41 AM 5

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bila duduk sorang sorang..sambil dengar lagu jawa ke..hindustan ke..atau dengar lagu nasyid ke..atau tengah raut lidi kelapa nak buat penyapu tu..ada tak terfikir pasal masa depan..apa yang akan berlaku mungkin 10 tahun akan datang..tu pun kalau panjang umur la..ada tak..ada tak rancang atau buat plan tindakan untuk merealisasikan harapan atau impian tu bersunguh sungguh bukan buat ala ala batuk semput di atas tangga..nak tak nak..acuh tak acuh je gitu..

ke duduk kat tangga sampai terlelap..mungkin mereung jauh sangat sampai ke dasar hati..tu yang tidur sekali..nak melewati hingga ke alam mimpi la katanya..untung untung dalam mimpi tu boleh jupa si kiah anak pak akob tempe..atau masih lagi berada di takuk lama..cuma terasa hati dan sentap sendiri bila melihat kejayaan dan kecemerlangan orang lain..hhaah ini cuma diri sendiri yang tahu..tapi jangan buat buat lupa..Allah pun tahu juga la..habislah.. 

Baik beristighfar sekarang..cepat cepat.. J..nak merangka atau buat rancangan memang mudah..sehelai kertas kajang..sebatang pen..catatlah seberapa banyak impian dan rancangan tu..kalau malas nak tulis..setkan saja dalam handphone pun boleh..kalau tak pun nak lagi cun ukir di batang pokok..lagi hebat dan lain dari yang lain..nak lagi best..ukir kat pokok getah..dah siap ukir segala impian tu..jangan lupa tadah getah susunya..tunggu beku..boleh jual..haaaha..boleh tak??mesti bolehkan..jangan ukir impian tu kat batang pokok puding..takut tak sempat pakai selipar nak belari..batang puding tu sibuk cari punggung nak zass sikit..sekadar ingatan je tu..haa serik tak?insaf tak?takut tak?dan sakit tak?jadi jangan ulangi lagi..

kan pokok puding tu ibu kita baru tanam 2 minggu lepas..biarlah ia membesar tumbuh dengan baik..sebagaimana juga impian,harapan,angan angan dan cita cita..ia mudah untuk diucap namun tidak senang gapainya kalau sekadar dibibir tanpa usaha yang luar biasa..nak jadi orang yang hebat mesti usaha yang luar biasa..lebih gigih,lebih bersungguh sungguh..begitu juga untuk kita memantapkan hati dan keimanan kita sebagai muslim dan muslimah sejati..kita perlu juga bekerja keras dan berusaha bersungguh sungguh menuju ke arah matlamat tersebut..

kalau sebelum ini cuma solat 5 waktu sehari semalam..sekarang boleh ditambah dengan solat sunat pula..kalau sebelum ini cuma berpuasa di bulan ramadhan sahaja..sekarang boleh mula amalkan puasa sunat juga..kalau sebelum ni bertasbih dan berzikir ketika selepas solat sahaja..lepas ini berzikir dan bertasbihlah bila saja ada kelapangan..kita boleh iri hati..iri hati kepada insan insan soleh dan solehah yang suka kepada melakukan amalan kebaikkan..yang sentiasa berusaha mendakatkan dirinya kepada Allah..yang sentiasa taat setia kepada suruhan dan larangan Allah..kita boleh iri hati kepada mereka..kerana mereka akan menyumbang ke arah kebaikkan pada kita..

boleh tak kita iri hati kalau nampak orang lain bermegah megah dengan harta dan kekayaan dunia??,,buat istikharah..minta petunjuk Allah..adalah lebih baik ONE STEP AHEAD itu kita lancarkan untuk mendekatkan diri pada ILAHI juga kepada aura kebaikkan yang mendatangkan manfaat..kerana di sana nanti kita akan mengadapnya..dalam keadaan kaya atau fakir..kita tentukan sendiri bermula di dunia lagi..

wassalam