~~siLaP TeMPaT~~


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah minggu lepas kami sempat dan dapat pulang ke kampung..rasa hati sangat girang..lalalala..thank you Allah kerana memberi kami peluang dan ruang..tanpa izinMU..mana mungkin kami dapat pulang dengan selamat..kita hanya merancang dan usaha..selebihnya dengan izinNYA..gembira tak terkata..gembira sangat..tak tahu macam mana nak gambarkan..seronok tengok maharaja lawak..tapi seronok lagi dapat balik kampung..itulah kata orang,,tempat jatuh lagi di kenang,,inikan pulak tempat berdating..eh..bukan..tempat tumpah darah..hehehehe..

musim buah pun dah tinggal hujung-hujung sahaja..ermmm tapi satu perkara ni tak kira musim..musim hujan daa..alhamdulillah kawasan rumah ibu bapa kami tidak banjir..kalau tidak..risau juga..sesiapa yang ada kampung pastinya tahu apakah perasaan yang kami rasai..so rajin-rajinlah balik kampung ye..refresh minda,,renew jiwa..rawat segala yang cedera..

salah satu cara untuk kita merawat jiwa melalui pandangan mata adalah dengan melihat wajah kedua ibu bapa selain melihat masjid dan alam sekitar atau tumbuhan hijau..pahala kita dapat selain ketenangan jiwa..selalunya kami bertolak pada waktu malam bila balik kampung..sangat jarang..bukan pakai baju jarang..ishh..merepek pulak..dosa tu nampak aurat..sangat jarang balik pada waktu siang la..dan bila waktu siang ni pemandangan kita akan lebih luas dan bebas melihat sekeliling..jadi macam-macam ragam pemanduan kita boleh nampak..

dapatlah tambah ilmu yang baik..mana yang tak berapa baik tu..abaikan sahaja.. itu pun kalau tidak tertidur semasa dalam perjalanan..Ada yang berhenti di pinggir lebuhraya kerana tayar pancit..tak kurang yang berhenti kerana menjawab panggilan telefon..sangat bagus..ini mesti ingat orang-orang yang tersayang..dan yang paling agak mengecewakan adalah apabila ada segelintir penunggang motosikal yang yang menungganh motosikal secara berkumpulan..sempat dan boleh bersembang antara mereka sewaktu sedang berada di lebuhraya..

cewah boleh ketawa gembira..gurau senda lagi....sememangnya sangat berbahaya dan menganggu kelancaran kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan..nak kena kaunseling agaknya baru sedar ni..hehehe..kalau ya pun tidak salah andai berhenti di kawasan rehat dan rawat yang telah disediakan..lebih selamat untuk diri sendiri dan pemandu lain..mesyuarat di lebuhraya la mungkin..

adakalanya kita perlu bijak bertindak dan perlu lebih perihatin di mana kita berada ketika itu..kita mesti peka terhadap kesan yang bakal menimpa bukan pada kita semata-mata,,malahan kepada orang lain..jalanraya bukan litar untuk kita berlumba,,bukan warung tempat kita jalan beriringan bersembang,,bukan tempat bereksperimen..justeru itu berhati-hatilah dalam segala tindakan dan perbuatan..Allah tidak suka kepada hambaNya yang lalai..

Wassalam ^_0
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. wah seronoknya , bgi pic real lgi bestkan ,leh bayang lebih hehe , untunglah dia ada kampung =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah seronok sangat..aahkan..insyaAllah masa akan datang..mana tau adik dapat jodoh yang ada kampung..ha masa tu boleh balik kampungkan..

      Padam
Terbaru Lebih lama