mEnGGunuNG >> MelANgiT..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa khabar semua..sihat sejahtera hendaknya ye..bila sihat banyak aktiviti kita boleh lakukan..aktiviti-aktiviti yang sihat dan mendatangkan faedah pada diri sendiri dan juga orang lain..bukan aktiviti yang memeningkan kepala dan menyakitkan hati orang lain..contohnya merempit  malam-malam bila mana jiran tetangga sedang tidur..bila dah bising saja susahlah mimpimimpi indah nak masuk..kesian la hai..baru nak rasa jadi angkasawan dalam mimpi..dah
 terbantut..baru nak rasa terbang melayang seperti burung punai dalam mimpi dah tak jadi..

bila kita menganggu keselesaan atau ketenteraman orang lain,,secara tidak langsung kita buat orang lain marah..dan seperti biasa..kita telah melabur saham pada buku akaun kiri..boleh tak ia di ubah??boleh..dengan syarat kita berubah dan tidak ulang kesilapan yang serupa..kalau memang terlalu fanatik terhadap perlumbaan permotoran ini..carilah saluran yang betul..

banyak lagi aktiviti bermanfaat boleh kita atau sesiapa saja lakukan..di negara kita malahan di dunia ini ada banyak gunung ganang..bukit bukau..apa lagi..jom kita pergi mendaki gunung..kita ada Gunung Kinabalu,,Gunung Titiwangsa,,Gunung Angsi..nak jauh lagi Gunung Everest..wah banyak nih..pilih saja mana yang berkenan di hati..amboi macam pernah mendaki gunung je cara cakap ye..sebenarnya belum pernah sekali pun mendaki mana-mana gunung..

tapi dulu masa zaman ribena pernah la juga terlangar busut,,maklumlah masa tu tengah kemaruk menunggang basikal BMX..tu pun roda tiga..maka bertempiaranlah segala bodyguard yang setia..botol susu,,teddy bear selaku pembonceng dan tali rapia selaku safety belt..terlanggar busut punya hal..demam terkejut tiga hari nasib tak ada mimpi yang pelik-pelik..

sebaliknya semangat nak terus belajar itu semakin marak..mana boleh tahan bila tengok kawan kawan lain berdesup kayuh basikal lalu lalang depan rumah..siap buat tarian naga lagi..mau tak berdarah hati..berbintang anak mata hitamku..hehehe..baba dan mama sentiasa menggunung serta melangit harapan mereka memberi semangat bukan kerana iri hati dengan orang lain tapi untuk keperluan masa mendatang..

 dan setelah masa semakin berlalu..rupa-rupanya harapan yang menggunung dan melanggit itu ada pada setiap ibu bapa..sentiasa mahu melihat anak-anaknya berjaya..anak-anaknya gembira..jadi tidak hairanlah mengapa ibu bapa ini terkadang one step ahead(selangkah ke hadapan) dalam merencana masa depan anak-anak mereka..

Allah telah mempersiapkan naluri itu daripada azali lagi..tidak kira manusia atau haiwan..apabila menjadi ibu dan bapa pasti akan menjadi pelindung pada anak-anaknya..tidak mengira waktu..mungkin ada segelintir anak-anak tidak begitu menyetujui cara sebegitu kerana ia seakan berupa satu kongkongan kerana semua diatur ibu bapa,,namun percayalah mereka terlebih dulu makan garam daripada kita dan kita sendiri dibesarkan oleh mereka..

mana yang baik dan bersesuaian dengan kita kita aplikasikan..dan mana yang kurang selesa cukup sekadar kita diamkan sahaja..andai kita tahu begitu menggunung dan melangitnya impian mereka..jangan pula kita menarah dan menghakisnya dengan rakus kerana mungkin satu masa nanti kita sendiri tertimbus dengan debuan
 sengsara..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. suka bce entry wak ni...byk nasihat berguna¬

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulillah..terima kasih banyak sudi singgah dan luangkan masa baca entry saya..kita sama sama berusaha menjadi insan kesayangan Allah..

      Padam
  2. harapan yang terlalu tinggi kadang kala menyesakkan dada dan akhirnya bila gagal sakitnya tak terhingga =.=

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..setuju..adalah lebih baik kita wasatiyyah dalam segala urusan..ukhwah terpelihara,,jiwa tidak sengsara..amin..

      Padam
  3. huhuh jangan tinggi sangat takut tak tercapai...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la kak mia..yang sedand-sedang saja eh kak..hehehe..

      Padam
  4. entry penuh nasihat....yaya pernah ada impian tinggi tp kecewa xcapai

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar ye adik..tak semua apa yang kita inginkan kita perolehi..tapi percayalah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dan indah..

      Padam
  5. Mengutip manfaat.
    Buat bekal akan datang.
    Jazakillah.

    Moga Allah kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama kita kutip ilmu dan saling memperbaiki diri..amin

      Padam
Terbaru Lebih lama