07 January 2013

`~`BilA AzAN bErKumANdaNg`~`


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Setiap hari,,lima kali sehari,,seruan kebesaran berkumandang..isyarat,,tanda,,peringatan,,amaran,,panggilan yang begitu merdu,,teramat syahdu..segar  umpama rumput terkena titisan embun yang suci di waktu pagi,,bagi hati-hati..jiwa-jiwa yang masih hidup..yang masih takutkan seksaan Allah..bergegas..tanpa seribu alasan,,tanpa sejuta keluhan..menyucikan diri..melengkap rukun berwudhuk..alhamdulillah dan bersyukurlah masih punya qalbu yang masih bernyawa,,merah dan bukan dipenuhi titik hitam noda dunia.. 

punya talian dengan seruan mendirikan tiang-tiang agama..Allah Maha Besar,Nabi Muhammad pesuruh Allah.marilah menunaikan solat.marilah menuju kejayaan..tiada Tuhan selain Allah..burung yang sedang berkicau pun berhenti bersiul riang,,angin yang bertiup kencang juga reda menjadi sepoi-sepoi manja..lembut..tapi terasa kedinginannya..semua hormat pada kalimah memuji Allah dan kebesarannya..

subhanallah..ketika ini,,saat ini,,tatkala kata-kata pujian dilaungkan..tiada apa yang lebih besar  melainkan Allah..tiada apa yang lebih sempurna melainkan bergegas mendirikan rukun Islam kedua ini..kalau anak-anak berlumba-lumba berlari bila mendengar loceng ais krim bermotor Pak Kobis..selepas ini kita berharap agar anak anak ini berlari lebih laju merebut saf yang paling hadapan untuk berjemaah di surau mahupun masjid..sama sama kita beri galakkan..

andai sebelum ini kita asyik lalai bersembang ketika azan berkumandang..selepas ini berhenti seketika kerana menghormati azan..kalau takut terlupa apa yang nak dicakapkan..catat..mesti tak lupa..tak gitu J tapi kalau gosip..lupa pun tak rugi..sebaliknya kita akan jadi muflis bila semua pahala kita menjadi milik mangsa gosip..berhati-hati..walaupun apa yang kita sembangkan itu perkara betul betul berlaku..dosa tetap dosa walau biji mata kita sampai juling semasa bercerita..alahai..

ingat kita nak kejayaan..bukan sahaja di dunia,,malahan di akhirat juga..itu yang paling utama..kalau haiwan yang tidak punya akal itu boleh menghormati puji pujian Allah,,mengapa kita ini sesempurna dan sebaik-baik kejadian bersikap sambil lewa..selagi ada nafas ini bermakna kita masih berpeluang untuk berubah dan mengubah..
tidak kira pada diri sendiri atau insan di sekeliling kita..nak menasihati dan menegur pun biar kena pada tempatnya,biar kena pada masa dan ketikanya,,biar berpada-pada..jangan sampai ada adegan tarik tarik rambut..kalau yang di tarik rambut palsu tak apa..tapi kalau rambut asli boleh rabak kulit kepala nanti..pastikan setiap hujah kita itu berpaksikan Al Quran dan Hadis..kerana apa?kerana kita sama-sama nak masuk syurga Allah..

terutama kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja dan remaja yang sedang meniti kedewasaan..terlalu banyak persoalan di minda mereka..teramat banyak kemusykilan dihati mereka..kekusutan itu perlu kita lerai dengan fakta bukan auta..dengan ulasan bukan alasan..asasnya bermula dengan menghormati azan berkumandang kerana akhirnya pasti menuju kejayaan..

wassalam

2 comments:

  1. betol,,jangan bercakap masa azan,jangan baring masa azan,dah dengar azan tu cepat2 ambik wuduk solat :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..