31 January 2013

WarNa..

4:12 PM 14

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Siapa ada koleksi warna kegemaran..sila angkat tangan!!..syukran..ok turunkan tangan..jangan angkat tangan lama lama..jiran sebelah pengsan nanti..semua orang ada warna kegemaran..paling tidak pun hitam atau putih..macam zaman dulu dulu..hitam putih..bersyukurlah walau sekadar hitam dan putih..itu pun warna jugakan..walaupun ada antara kalangan kita ni buta warna..tu sekadar pada pandangan mata kerana tidak dapat membezakan warna..tapi tetap ada pilihan warna kegemaran..

biasanya kita aplikasikan warna kegemaran melalui koleksi barangan kesayangan..warna ini juga kadangkala dijadikan sebagai satu kaedah rawatan terapi untuk minda dan emosi seseorang....melalui warna kegemaran juga dijadikan solusi untuk mentafsir peribadi seseorang..ada orang suka sangat warna pink..jambu you..so sweet gitu..jadi segala apa barangan peribadinya pasti berwarna pink..pakaian,perhiasan,kenderaan..ermm sampaikan pasangannya juga mesti yang suka warna pink..aauww..sanggup berbelanja besar demi memenuhi keinginan.. kalau la boleh di ubah warna mata putih itu,,kulit yang cantik mulus tu..haii memang pink la jawabnya ye..eh tu dah macam pink panter la pulak ye..

ada pulak yang suka warna biru..setiap hari suka mendongak melihat langit..bila tanya kenapa kerana langit biru..tenang katanya..sampai bengkak tengkuk..pantang ada masa terluang pergi tepi pantai..kerana warna air laut biru.luas terbentang..mendamaikan..betul..tapi jangan duduk tepi pantai merenung lautan sampai termenung dan mengabaikan solat..warna ini biasanya mempunyai difinisi tersendiri mengikut penggemar warna tersebut..

ada orang suka warna oren sebab suka makan buah oren katanya..eh..ada orang suka warna kuning sebab nakkan aura diraja pulak..wah ni memang bersemangat..silap silap setiap hari keris terselit di pinggang..kalau tak pun parang kontot..pantang ada yang datang..asyik bersilat saja kerjanya..pengabisnya tertikam ibu kucing bunting tengah tunggu hari nak beranak..semua itu terpulang pada masing masing nak pilih warna apa..hak memilih hak kita..jangan la marah kalau sahabat kita juga suka warna yang kita suka..apa salahnya share warna kegemaran..

tidak salah kita mempunya warna kegemaran..dan kegemaran kegemaran yang lain..Baginda Rasulullah SAW juga ada warna kegemaran baginda**Annas bin Malik mengatakan,,Rasulullah SAW suka akan warna hijau..Imam Al Ghazali dalam Inya`Ulumiddin berkata,,yang amat disukai oleh Nabi SAW ialah warna putih..menurut sahabat Nabi pula..adakalanya Nabi SAW sekali sekala akan memakai serban bewarna hitam apabila hadir ke masjid..begitu juga adakala Nabi memakai pakaian bewarna merah hati**..namun Nabi SAW tidak pernah berlebih dalam setiap perilaku,tindakan dan percakapan baginda..ini lah yang perlu kita contohi dan adabtasikan dalam kehidupan seharian kita..kitakan sayang Nabi SAW..perbuatan Nabi itu sunnah yang sunat untuk kita praktikkan..

dalam fanatik terhadap sesuatu itu biarlah bersederhana dan cukup ia sekadar sampingan dan bukan terlalu obses..kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara itu sememangnya sangat baik namun jika melebihi batasan ia akan bertukar menjadi suatu beban..Allah tidak suka kepada hambanya yang melakukan sesuatu itu keterlaluan ..

Wassalam

29 January 2013

YanG mANA leBIh..

2:07 PM 12

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tahun baru Islam dah pun kita lalui..tahun baru 2013 juga telah pun merangkak menuju ke hadapan..betul tak?ke hadapan la ye..kalau mundur tak la kita bertukar tahun..umur pulak semakin muda..maka tak adalah azam baru..matlamat baru..semangat baru..pendek kata semuanya nak baru..awas jangan semua nak berganti baru hingga capai target syaitan dan iblis membawa kita kegarisan pembaziran dalam melakukan sesuatu tindakan..ingat tu..ini amaran..jangan sesekali tertewas dengan hasutan syaitan dan iblis..tendang dan sepak hasutan mereka ini jauh jauh..sejauh yang mungkin..

kita mesti kuat daripada mereka ni..lawan,,lawan,,lawan,,jangan terpedaya..jangan jadi follower tegar atau friendster tetap..tak payah nak add bagai..ramai lagi shabat sahabat kita yang baik baik boleh di jadikan kawan,boleh dijadikan sahabat baik..setuju?hehehehe J..terima kasih..senyum sikit..ok dah pun sedekah..pahala pun dan masuk dalam akaun belah kanan..nak masuk syurga tak?ok kalau nak masuk syurga kena berusaha bersungguh sungguh ye..bukan belajar sahaja perlukan kesungguhan,,nak syurga Allah pun kena usaha bersungguh sungguh kerana bila kita mula berniat untuk melakukan sesuatu yang baik,betul dan menuju keredhaan Allah,,maka beserta itu juga dugaan dan ujian akan datang daripada pelbagai cara,,sudut dan keadaan..

bagaimana untuk kita menangkisnya..hanya kita yang tahu,,jiran kita,sahabat baik kita atau kucing kesayangan kita pun tidak tahu..jadi sentiasalah mohon kekuaan daripadaNYA selalu..terlalu mudah lidah yang tidak bertulang untuk mengucapkan kata kata manis untuk merubah juga berubah..namun kadangkala kita mudah tergelincir bila hati tidak selari dengan apa yang diungkapkan..

semakin ramah atau masih sombong,,masih panas baran atau sudah menjadi penyabar..bukan semakin labuh kain yang di pakai tapi semakin singkat..bukan semakin besar baju yang di pakai tapi semakin kecil,bukan semakin labuh berhijab tapi semakin kecil tudungnya..mungkin tanda tanda akhir zaman..bila ramai orang dewasa lebih suka memakai baju atau kain budak kecil atau remaja belasan tahun..adik adik tengok pon geleng kepala sampai gugur rambut..ketawa guling guling atas lantai kat shopping complex..kenapa kakak tu atau makcik tu,abang dan pakcik tu suka pakai baju saiz budak kecik macam saya..nampak comel sangat ke..fesyen ke..atau baju lain masih basah bersidai di ampaian belakang rumah ke..

justeru itu di mana yang lebih pada diri kita  sebenarnya..lebih berubah kepada kebaikkan atau sebaliknya..atau langsung tiada niat untuk berubah ke arah kebaikkan walau sedikit..sudah tertutup rapatkah pintu hati untuk merasi nikmat Jannah Allah..selami diri dan hati kita sedalam dalamnya cari di mana kelemahan dan kekuatan diri itu..di mana landasan harus kita berdiri dan arah mana harus kita tuju agar tidak samar dalam mencari identiti diri dan membina sahsiah mulia sebagai mukmin juga mukminah sejati..kita bertanggungjawab membawa maruah agama,diri,keluarga dan bangsa..tiada istilah dosa masing masing,,kubur asing asing kerana jenazah kita kelak akan diurus oleh orang lain..

wassalam