27 December 2013

::..Tunggu-tunggu..nanti-nantI..::

11:00 AM 14
tq Mr Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semangat setia kawan yang tinggi sanggup tunggu walau pun lewatnya bukan berminit-minit..tapi berjam-jam..naik bengkak kaki ye..maklumlah pakai higheels..kata nak shopping kan..aduh..tak apa asalkan kawan tu datang..itu janjinya..maklumlah penampilan mesti dijaga..ibaratnya you jump..i jump..i berenang you tenggelam kelemasan..bukan tak nak selamatkan..tapi tak sempat..hehehe..di dunia yes beribu alasan boleh kita beri..tidak di akhirat..ingat tu..wah statement garang @_@ pagi Jumaat..

Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya..cuma kadangkala caranya seolah ada yang tidak kena..anak-anak kian membesar bagai johan dan dewasa..sedikit sebanyak citarasanya juga berubah..kalau dulu citarasa mak ayah itulah citarasa kita..on saja..tak pandai membantah..sekarang??terlalu banyak input dan info..cuma perlu bijak menafsir dan memilih..bahagia dunia..sengsara akhirat..atau bahagia dunia dan akhirat..jelas??alhamdulillah..macam cikgu pulak..

Hari ini Jumaat yang terakhir..untuk tahun ini..panjang umur kita bertemu lagi pada tahun hadapan..bersyukurnya kita kerana masih lagi dibangkit pagi tadi..alhamdulillah..yang telah berlalu tercatat menjadi memori..apa yang sedang kita lalui saat ini adalah hakikatnya..bukan cubaan..esok..tidak diketahui apa yang bakal terjadi..

Sekali kita minta..orang akan tersenyum..kali kedua kita minta..sedikit hambar senyumannya..dan andai kita ulangi permintaan itu berkali-kali..takut lain pula jadinya..kerana sikap pemurahnya kita manusia ada batasnya..tapi Allah sangat suka dan cinta pada hamba NYA yang sentiasa dan sangat suka meminta-minta padaNYA..nak hidayah Allah minta..nak rahmat Allah minta..jangan cipta 1001 alasan andai diri sendiri mahu menafikan..setiap kebaikkan dan perkara bermanfaat itu perlu kita cari dan gilap..agar terus bersinar terang cahayanya..jangan sesekali kita bertangguh dalam melakukan amal kebaikkan kerana Malaikat juga tidak pernah bertangguh untuk mengambil nyawa kita tatkala tiba masa dan ketikanya..wassalam J

25 December 2013

::..Bukan mulut tempayaN..::

7:24 PM 13
sumber : Google

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Diam tapi suka tersenyum..diam tapi bila berlawak..boleh buat kawan berkejar ke tandas..nak buang air kecil..maklumlah ketawa guling-guling..ceria dan baik hati..walaupun banyak cakap..tapi tak suka sakitkan hati orang..maksudnya apa yang dia cakap fakta..bukan auta..kisah pedoman bukan cerita direka-reka..alhamdulillah..ermm tapi ada pulak yang payah nak dengar suara..sekali berbicara..cili padi pun mengaku kalah..pedas..panas..pekat melekat kesumat dalam jiwa..aduh..sentap..bertemu pulak sahabat karibnya yang berhenti bercakapnya hanya waktu tidur saja..itu pun kalau tak mengigau..untung sangat..mulut anugerah Allah..mesti dijaga sebaiknya agar tidak membinasakan diri sendiri..J

Nak menilai orang..kita boleh juga lihat apa yang cuba diperkatakan..bahasanya,,pertuturannya..intonasinya..wah dah macam petua mencari bakal calon menantu la pulak ye..kadangkala kita lihat..dia cantik..lengkap serba serbi..tapi keseorangan..tiada kawan yang sama-sama mahu bersembang mesra..bergurau senda..berbanding lagi sorang tu..biasa-biasa saja..tapi ramai sangat yang cuba menghampiri..tak jemu nak bersembang..mungkin cara kita beramah mesra itu meletakkan kita dalam situasi sebegitu..

Yes semua orang boleh bercakap,,boleh meluah rasa..namun tidak semua orang boleh mengawal kualiti percakapannya..secara tidak langsung merosakkan keamanan telinga yang mendengar..berdesing..cuma asap saja tak nampak keluar berkepol-kepol..hehe J..kata-kata manusia itu lebih tajam daripada pedang..ia mampu mencantas semangat,,mematikan niat dan memadamkan hajat..Zaman Rasulullah SAW sedang berdakwah sekalipun..terlalu ramai yang menghina,,mencaci dan mengkeji..namun mereka itulah akhirnya menjadi sahabat dan penyokong terkuat Rasulullah SAW..bagaimana??..buat baik pada mereka..sentiasa..

Pedang itu mampu menjadi senjata untuk memusnahkan lawan..namaun ia juga boleh menjadi senjata mempertahankan diri daripada serangan musuh..semuanya terpulang pada kita di mana dan bagimana untuk menghalakannya..jalan kebaikan yang bermanfaat..atau lorong yang gelap akhirnya membinasakan..basahkan ia dengan kalimah yang indah memuji Allah..wassalam

24 December 2013

::..Bohong??..jangan..jangaN..::

8:42 PM 9
sumber..GOOGLE

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kadangkala tak payah tanya pun kita boleh tahu dan dapat agak keadaan seseorang itu..kalau tengok asyik dok menguap sakan sampai berair biji mata tu..sembab kelopak mata..sah-sahlah sedang mengalami sindrom mengantuk tahap gaban..cuba bagi bantal..zaaaass terus mimpi sampai afrika..tapi bila di tanya..mengantuk ke??eh taklah..saja je buat senamam muka tu yang buat stail menguap..adoi..niat baik nak cover..maklumlah big bos ada depan mata tengah buat perbincangan..faham..J..kita sebagai kawan belajarlah memahami sahabat kita..jangan buat telahan negatif..sebaliknya bertanya dulu..ok..

Awak ke yang lubangkan seluar Comat..hehehe..bukan..dia..dia..dan dia..iyelah susahkan kita nak mengaku bila buat silap..hebatlah bagi yang berani mengakui kesilapannya secara tulus dan ikhlas..itu bermakna kita bohong pada orang lain juga pada diri sendiri..motif..nak pelihara kewangian dan kesucian maruah diri..tapi ingat..niat itu tidak sesekali menghalalkan cara..jangan ulangi..

Bangkai gajah kalau ditutp dengan apa pun pasti kelihatan juga..lagilah kalau tutup dengan daun pisang 2 keping..alahai..seksinya walau sudah tidak bernyawa..begitulah juga andai kita melakukan suatu perkara dan mendustainya..lama-lama pasti diketahui juga..kalau tidak di dunia..di akhirat pasti..semuanya terakam indah..tiada satu pun yang tercicir..tapi andai kita menyesalinya dan bertaubat nasuha..Allah akan tutupi keaiban kita..bak bayi yang baru lahir..bersihsuci dan harum mewangi..

Teringat dulu zaman sekolah masa belajar bab munakahat(nikah kahwin)
Ustaz:Apa hukum berbohong?
Pelajar perempuan:Senyap..**bengkak je hati..
Pelajar lelaki:Doooosaaaaa ustaz..***sambil gelak-gelak..
Ustaz:Ada tak kita berbohong??
Pelajar lelaki:Ada..bila nak selamatkan diri..contoh nak kawin lain..
Ustaz:Wah..sorang pun belum dah fikir tiga..hebat..hebat..
Pelajar perempuan:Senyum..***seklah lagi dah tunjuk belang,,
Pelajar lelaki:Bohong sunat ustaz..
Ustaz:ada sesetengah pendapat..bohong sunat ini umpama kita menyusun strategi..terutama ketika dalam peperangan untuk mengaburi pihak musuh..jadi lebih baik kamu fikir baik-baik kerana bohong itu boleh jadi bahana dan tidak mustahil kamu terpaksa bersunat kali kedua..
Pelajar perempuan:**senyum perlikita tidak boleh menidakkan apa yang telah Allah tetapkan dan halalkan..namun kita boleh berusaha dan berdoa..

Wassalam..