[]+[] Tik Tok..DinG DoNg..KiAn TiBa []+[]


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Cepatnya masa berlalukan..ke kita yang terlalu fokus melakukan sesuatu sampai tak sedar masa berlalu..cepat masa berlalu ini bergantung pada difinisi masing-masing..bila masa ni kita gunakan atau isi dengan perkara-perkara yang berfaedah..maka cepat saja berlalu..seandainya kita berlengah dan banyak rehat daripada melakukan banyak perkara atau berfaedah,,macam lambat sangat masa tu nak berlalu..

lagi satu,kalau satu hari banyak perkara yang seronok dan gembira berlaku dalam hidup kita..rasanya cepat ia berlalu..kejap dah malam..kena tidur walaupun belum puas nak bergembira..tapi kalau kesedihan yang mendatangi kita..lambatnya masa berputar..kalau boleh kesedihan itu biarlah cepat-cepat la berlalu pergi..betul tak?rsanya semua orang rasa macam tubukankah setiap orang ada peruntukan masa 24jam..7 hari  seminggu..12 bulan dalam setahun..siang dan malam bersilih ganti..mungkin perasaan kita yang perasan..hehehe..

masa berlalu terlalu cepat mungkin terlalu lambat..sepanjang minggu lepas saya dan suami kerap keluar mencari dan membeli barangan peribadi..dari pusat membeli belah,kedai buku dan seterusnya kedai makan..bila dah jalan-jalan,,perut pun lapar..jadi osomm sapa yang kena belanja..saya atau suami..macam biasalah,,siapa lagi kalau bukan suamitaaraaa..alhamdulillah terima kasih beloved hubby..hujung tahun ni memang popular la dengan YES..Year End Sale..di mana-mana sahaja..boleh dirumuskan kali ini kami lebih terhibur bila melihat macam-macam gelagat pembeli dan pengguna..masing-masing sudah mula giat memanaskan enjin semangat bershopping bukan untuk diri sendiri tetapi keperluan sekolah untuk anak-anak pada sesi 2013 yang tidak lama lagi akan bermula..

macam-macam ragam..ada ibu bapa yang lebih bersemangat nak beli itu dan ini..anak-anak tukang tolak troli dan pikul bakul..ada pulak anak-anak yang terlebih excited beli segala kelengkapan sampai penuh troli..ibu bapa sekadar menurut sahaja kerana anak-anak yang nak bersekolah dan nak guna keperluan tersebut..hehehehesetiap sen yang di keluarkan adalah sangat bermakna dan mesti ada nilainya..walaupun sekadar satu sen yang dikeluarkan..harus digunakan sebaiknya..

dalam berbelanja jangan sampai ke arah pembaziran..sebaiknya sebelum keluar berbelanja,,sediakan senarai keperluan terlebih dahulu..utamakan keperluan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan kehendak..didik anak-anak berjimat dan berbelanja secara berhemah sedari kecil lagi supaya kelak mereka mampu mengawal keinginan tanpa menyusahkan ibu bapa dan diri sendiri..mahal atau murah,barangan berjenama mahupun biasa-biasa sahaja bukanlah satu ukuran..menuntut ilmu itu satu ibadah dan apa yang paling penting keberkatan dalam kita mencari dan menuntut ilmu itu lebih utama..

Wassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama