15 December 2012

~~ QaLbU Ini..,.. sEnTiaSa mEnCEmbuRui ~~


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa khabar semua reader juga follower yang amat dihargai..walau kita tak pernah bersua..coretan ini wakil daripada hati sanubari berbicara..semoga Allah memberkati kita..semoga Allah pelihara kita daripada segala dosa..agar hidup kita sentiasa peroleh keberkatan daripadNYA..selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda..semoga kita peroleh syafaat baginda..amin..

suburkan rasa kasih dan sayang kita terhadap baginda..kita sayang Nabi Muhammad SAW..betul tak..walau tidak mengucapkannya pada bibir..buktinya boleh dikatakan rumah setiap daripada kalangan kita pastinya ada hiasan kalimah Allah dan Muhammad selain ayat-ayat suci Al Quran seperti ayat Kursi,Seribu Dinar dan Empat Qul..ini cukup membayangkan betapa Allah dan Nabi Muhammad itu terlalu dekat di hati kita..subhanallah..pastikan ianya bukan sekadar hiasan semata-mata tetapi menjadi amalan seharian juga untuk kita sentiasa berzikir,berdoa dan mengamalkannya..

kita amalkan kita dapat..jiwa sentiasa membara dan bersemangat apabila tibanya sambutan maulidulrasul..menyambut hari kelahiran Nabi kita Muhammad SAW..harapnya semangat kasih sayang kita bukan sekadar hari tersebut sahaja..bolehkan..pasti boleh..senyum sikit *_* alhamdulillah..kita biasa mendengar kata-kata in..``kata orang..disebalik kejayaan seorang lelaki itu,dibelakangnya pasti ada seorang wanita yang hebat bersa-sama dengannya``..ini bermakna susah senang bersama,jatuh bangun bersama dan meniti ranjau kehidupan ini tanpa ada rasa keluh kesah..wanita yang berasal dari tulang rusuk kiri seorang lelaki ini jika betul lenturnya mampu menjadi tulang belakang yang tegak dan lurus..yang kuat dan kukuh..

bertuahnya lelaki bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH ini..KHADIJAH BINTI  KHUWAILID.. FATIMAH BINTI MUHAMMAD..dua wanita ini sangat dekat dihati baginda..juga sewajarnya kita mencemburui wanita-wanita ini..wajarkah..ya..sangat wajar kita mencemburui dan menjadikan mereka ini idola..KHADIJAH BINTI KHUWAILID,,adalah wanita pertama yang memeluk agama Islam juga isteri pertama Nabi Muhammad SAW..beliau sendiri yang meminang Nabi Muhammad SAW lantaran berasa senang dan yakin terhadap budi pekerti yang dimiliki Nabi Muhammad SAW walaupun pada ketika itu usia beliau 40 tahun manakala usia Nabi Muhammad baru sahaja 25 tahun..ini adalah perkawinan ketiga bagi KHADIJAH manakala yang pertama bagi Nabi Muhammad SAW..

penyatuan dua jiwa ini,,Baginda Rasulullah dan Khadijah dikurniakan lima orang cahayamata..Baginda sangat menyayangi Khadijah,,lantaran Khadijah merupakan satu-satunya isteri Baginda yang tidak pernah dimadukan semasa hayatnya kerana Baginda Rasulullah hanya berkahwin semula setelah kewafatan isterinya Khadijah yang pada ketika itu berusia 50 tahun..wanita bernama Khadijah ini adalah seorang yang penyabar dan berhati mulia..kekayaan,kemewahan dan segala harta yang dimilikinya digunakan bagi membantu suaminya mengembangkan dan menyebarkan agama Islam..subhanallah..betapa tinggi kecintaannya kepada Allah,Agama Islam dan dorongan tidak berbelah bahagi kepada suami tercinta..begitu tulus hatinya..

semuanya kerana agama Allah..tanpa rasa ragu,,wanita ini jugalah yang menenangkan Nabi dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu pertama di Gua Hira`..sewaktu nabi pulang..dalam keadaan ketakutan dan kesejukan,wanita ini mendakap lembut sambil menyelimutkan tubuh suaminya..begitu besar khidmatnya kepada suami..

**ayahandanya seorang Nabi dan Rasul..bondanya seorang serikandi Islam namun dia tidak pernah menggunakan pengaruh ayahandanya untuk menjadi seorang yang sombong dan zalim..darah yang mengalir dalam tubuhnya melambangkan keperibadian mulia yang diwarisi daripada ayahanda dan bondanya..itulah FATIMAH BINTI MUHAMMAD,,puteri bongsu Baginda dan Khadijah..puteri kesayangan Nabi ini lahir pada 20 Jamadil Akhir(Jumaat) 5 tahun sebelum ayahandanya menjadi Rasul..

Assiddiqah(wanita terpecaya) ini merupakan isteri kepada Saidina Ali yang juga merupakan sahabat Nabi..mewarisi sifat bondanya,Athahirah Al Mubarakah(wanita suci yang diberkati Allah )bongsu ini sangat-sangat menyayangi ayahandanya..punya jiwa yang besar dalam menyokong dan menbantu ayahandanya menyebarkan agama Islam,,Fatimah pernah menyaksikan sendiri halangan dan rintangan dihadapi ayahandanya perjuangkan Islam hinggakan ketika Nabi dihina,dimaki hamun,malah diletakkan najis binatang semasa Nabi SAW sedang sujud menyembah Allah,dengan tangisan sedih Fatimah membersihkan tubuh ayahandanya dari kotoran yang ditabur kaum Qurais..

Fatimah Azzahra(bunga yang mekar semerbak) seorang wanita yang menjadi pujian  tiga lelaki yang amat mengasihinya..Rasulullah pernah bercerita tentang kearifan Fatimah kepada Salman,,``wahai Salman,ketahuilah bahawa Allah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan``..Saidina Ali berkata,,``Demi Tuhan,hingga akhir hayatnya,tidak pernah aku berasa kecil hati dengan perlakuannya atau memaksanya..begitu juga tidak pernah dia berasa marah terhadapku atau tidak mentaati ku,,saat aku melihat Fatimah,hilanglah duka dari seluruh jiwaku``..seorang isteri dan ibu yang ideal dan bertanggungjawab ini juga mendapat pujian daripada anakandanya Al Hassan,,``ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad..

Allah..Allah..Allah..walau mereka ini telah meninggalkan kita namun cantiknya akhlak mereka sewajarnya kita jadikan ikutan..kita juga mahukan tempat teristimewa sepertimana mereka di sana nanti..berselawatlah keatas Baginda Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepadanya..bukan mengingati sekadar pada 12 Rabiul Awal sahaja..amin..

wassalam

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..