29 November 2012

=*=JaRum dEngan BenANg=*=

10:13 AM 0

Bismillah..
salam sayang buat semua reader dan follower saya..

saya sentiasa menghargai kalian semua..syukran..alhamdulillah Ya Allah kerana masih lagi mengizinkan kami menumpang di bumiMU ini..semoga kami menjadi insan yang sentiasa bertaqwa kepadaMU..amin..Allah suka kepada hambaNYA yang bersatu padu..bekerjasama..saling membantu..aape yang penting..kerjasama..cewah macam wonderpet la pulak ye..tapi kita jadilah wonder caliph..tak gitu *_+ ,,,kerana di situ ada nilai keberkatan dan jalinan silaturahim yang kuat dan utuh..

tidak semudah membilang 1,2,3..atau membaca A,B,C untuk menjalin satu jalinan dan menyimpul satu ikatan persaudaraan sesama kita..lantaran setiap orang daripada kita ini ada hati,perasaan,pendapat dan personaliti yang sangat berbeza..*_* kesepakatan itu agak sukar terjalin kecuali dengan adanya sifat dan sikap saling menghormati,bertolak ansur dan sabar..alangkan saudara seibu sebapa pun ada yang bertelagah juga bermasam muka tidak bertegur sapa..inikan pula dari latar belakang berbeza..tidak seibu..apatah lagi sebapa..

sememangnya sukar mencari titik sejahtera itunamun dengan izin Allah tiada apa pun yang mustahil..dan apabila sesuatu yang kita ingin lakukan itu di niatkan kerana Allah insyaallah semuanya pasti akan berjalan lancar..apa pun yang kita mahu lakukan andai perkara itu suatu yang baik dan membawa manfaat kepada orang lain..maka niatkan kerana Allah..kadangkala apa yang kita hajati itu walaupun baik..menjadi sebaliknya..menjadi perselisihan faham..menjadi pergaduhan dan sebagainya..semua ini adalah ujian Allah untuk menilai keimanan dan sebijak mana kita menggunakan akal yang Allah kurniakan..

tidak ada satu pun ciptaan Allah di bumi ini sia-sia..semuanya ada gunanya dan memberi manfaat kepada kita..Allah itu Maha Mengetahui..cuma kita harus bijak mengambil tindakan sewajarnya..andai tercetus salah faham  di kalangan saudara mara,rakan-rakan,jiran tetangga dan sesiapa saja yang kita kenali..bantulah mereka..nasihati mereka,tenangkan hati dan perasaan mereka,buat mereka gembira..andai mereka telah renggang,,rapat semula mereka,sememangnya tidak mudah menyatukan apa yang telah terlerai,,berdoalah,berusaha dan bertawakkal kepada Allah..

lagi satu aspek yang penting dan utama adalah dalam kita mencari kawan dan berhati-hati semasa membuat kebaikkan..tidak semua orang boleh terima segala kebaikkan kita kerana ada yang menganggap kita pesaing mereka..begitu juga rakan-rakan..tidak semuanya ikhlas menerima kita sebagai rakan..seperti mana peribahasatalam dua mukaataugunting dalam lipatan’atauapi dalam sekam’..bukan niat untuk menuduh mahupun bersangka buruk..namun sewajarnya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada..namun untuk mendapat redha dan rahmat dariNYA,,sewajarnya kita sentiasa bersangka baik..

kita hidup di dunia ini sekadar  seusia yang ada saja..bakinya untuk menetap selamanya di sana(akhirat)..seperti jarum dan benang khidmatnya untuk mencantum apa yang terkoyak..menyatukan apa yang terlerai..merapatkan apa yang jarang..besarnya jasa jarum dan benang hingga kita boleh menutup aurat dengan pakaian yang dicantum menggunakan jarum dan benang..sekadar perumpamaan..moga kita aplikasikan ia dalam kehidupan seharian..

Wassalam O_0

27 November 2012

~~{}{}{} mOGa cIntA tidAK bErtEPuk seBelAh tAnGan {}{}{}~~

1:55 PM 0

Bismillah..assalammualaikum..
salam sejahtera.. *_*

tiada kata seindah bahasa,tiada wajah seindah rupa,tiada ibu bapa tiadalah kita..dengan izin Allah melalui ibu kita lahir ke dunia..alhamdulilllah..sayangi ibu bapa kita ye,,tidak kira sama ada mereka masih ada di dunia ini atau sudah tiada lagi..bagi yang sudah ketiadaan ibu bapa,,jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka..moga kita akan bertemu mereka di syurga..

jangan lupa ucap syukur kepada Allah Maha Pencipta ye..kita sebagai manusia tidak kira siapa dan di mana,,semuanya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..bukan saja berjaya dalam bidang pekerjaan..malahan termasuk jugalah berjaya dalam percintaan..betul tak?..betulkan?ala jangan nak malu-malu..baik mengaku..jujur la..hehehe,,

murid-murid tadika pun dah pandai nak cari kawan..biasalah mana taukan boleh jadi teman sehidup semati..tak mustahilkan berkawan dari zaman ribena..hingga ke jinjang pelamin..berpisah..bertemu..bergaduh kemudian berbaik semula dan akhirnya menjadi teman perkongsian segala suka duka dan pahit manis..tiada apa yang mustahil dengan kehendakNYA..

ada juga yang brcinta berpuluh kali tapi masih belum berjaya mengakhiri status bujang..belum jodoh la tu..usaha lagi ye..bercinta ini indah dan manis..terlalu manis jika sentiasa indah..dan akan menjadi terlalu pahit jika sentiasa bergelora di landa badai..sesiapa pun akan berasa kecewa andai dilukai,,andai disakiti ..andai didustai..lebih-lebih lagi sakitnya andai cinta tidak dihargai..frustnya la hai sampai menangis bengkak mata..guling-guling atas katil..tulis berjela-jela dalam diari ..sambung lagi luahkan perasaan dengan kawan-kawan..begitulah adatnya kita ni sebagai manusia meluahan rasa kecewa di hati..

besederhanalah dalam segala tindakan termasuk dalam soal perasaan..agak sukar kita ingin melihat seseorang itu menangis dan berduka  takut kalau Allah tak terima cintanya..tak terima amalannya,tak sudi nak pandang wajahnya..payah sangat kita nak lihat orang tersedu sedan menangis memikirkan bagaimana hubungannya dengan Allah..

adakah cintanya disambut..adakah rayuannya didengari ILAHI..payah dan terlalu sukar..sikap manusia yang mudah lupa menyebabkan kita kurang sedar betapa kita wajar menadah tangan kepada Allah dalam setiap keadaan dan situasi..tidak kira ketika susah atau senang..suka atau duka dan sihat atau sakit..sewajarnya  kita mencintai dan menyayangi PENCIPTA kita terlebih dahulu sebelum menyintai dan menyayangi ciptaanNYA..

wassalam

26 November 2012

//*//BilA nIaT dAn sEmAngAt lAwAn AlArM//*//

8:42 PM 0
//*//BilA nIaT dAn sEmAngAt lAwAn AlArM//*//

Bismillahirahmanirrahim,,
assalammualaikum reader yang amat disenangi..

diharap semua berada di zon ketenangan dan di lindungi Allah selalu..amin..terima kasih kerana sudi singgah melihat entry kali ini..yang baik itu daripada Allah,,yang lemah dan serba kekurangan itu tentunya daripada saya sendiri..sekadar mencoret..mengarang dan berkongsi sedikit  idea..sesungguhnya segala idea itu datangnya daripada Allah dan dengan izinNYA juga..alhamdulillah..

kalian pastinya sedar tentang kepesatan lahirnya teknologi canggih terutama dalam sektor telekomunikasi..bagai cendawan tumbuh selepas hujan,,bermula daripada zaman model 3310 kemudian 3315,,butterfly,,sabun(maaf jika saya silap..saya pun dengar adik-adik sebut begitu bila sembang pasal model telefon bimbit dan model yang saya sebut pun sezaman dengan saya mengenali telefon bimbit..) dan hingga kini lebih sanggih dengan smart phonenya,,galaxy tabnya dan pelbagai lagi..

saya senarai setakat mana yang saya tahu saja..hehehehe *_*.. Semakin lama semakin canggih..semakin up date,semakin ranggi,,dan banyak lagi la semakinnya….alhamdulillah untuk kegunaan yang lebih memuaskan dan lebih berkualiti..bukan lagi satu kehendak tapi dah jadi satu keperluan..

bagi yang mampu harga tidak menjadi masalah..bagi yang kurang berkemampuan cukup sekadar seadannya yang penting ia berfungsi dengan baik..sudah memadai..yang penting boleh buat dan terima panggilan..boleh hantar pesanan ringkas dan yang paling penting ada alarm..hehhe,,betul tak??

beberapa hari yang lalu..keluarga datang berkunjung dan bermalam  di rumah kami..alhamdulillah..sangat kami alu-alukan..kami sangat gembira dan riang ria..maklumlah dah lama tak kumpul beramai-ramai..macam-macam cerita,telatah dan emosi..huhuh..rasanya semuanya ada handphone..

zaman sekarang ni kalau orang tu tak ada handphone..orang akan pandang pelik je kan..ishh tak baik la macam tu..tu kan hak peribadi..tak gitu??part yang paling seronok bila waktu pagi..pelbagai tune alarm ada,,ayam berkokok..lagu arab,,lagu korea..bunyi burung pun ada..sekali bunyi serentak..dah macam pertandingan alarm tune la pulak..hehehebiasalah bila ada program masing-masing memang kena set alarm..sebelum tidur semua dah dapat amaran..sapa lewat bangun kena tinggal..garang tak??

hihihi..yoyoyo..yang menang tu biasalah siapa yang terus bangun bila dengar bunyi alarm yang pertama..dah tentulah tuan setiap pemilik handphone akan bangun,,paling tidak pun nak offkan alarm..huhu..macam mana pun alarm ni tak hebat lagi..alarm yang paling hebat adalah berkumandangnya azan subuh..nah..di sinilah bermula semuanya..siapa yang  gagah imanya,siapa yang rapuh taqwanya..

perkara ini nampak seakan mudah dan remeh tapi hakikatnya perlukan niat dan semangat yang kuat..kalau tidak ada niat yang lurus dan semangat yang kuat tidak mustahil kita akan tewas..syaitan dan iblis sentiasa menghasut kepada kemungkaran..dan hasutan itu mudah diikut lantaran jalan dan arah yang dipandu  oleh makhluk yang dilaknat Allah ini banyak memudahkan kita..semuanya short term..jalan singkat..

biarlah di dunia ini kita bersusah sedikit mencari redha Allah asalkan di akhirat nanti kita tidak sukar meniti di titianNYA..tiada maknanya andai selesa di dunia namun sengsara di akhirat kelak..semuanya harus diseimbangkan..ingat,,walaupun alarm tu volumenya tahap maksimum,,bunyi kuat hingga bedengung telinga..kalau semangat kita tidak kuat pun tak boleh juga..seeloknya sebelum tidur,niatkan dalam hati agar esok kita boleh sedar awal supaya tidak tambah hutang dengan Allah..solat okey.. *_^

wassalam