19 October 2012

~~SayANg…tapi~~



Assalammualaikum sahabat tak kira di mana pn kalian berada semoga bawah lindunganNYA..amin (~,~)..minggu lepas saya keluar bersiar-siar bersama my soulmate(lovely hubby)..keluar menghirup udara segar,melihat langit membiru sebelum tibanya musim awan menangis..bersyukur la kita kerana berada di bumi Malaysia punya iklim khatulistiwa  juga tropika..panas dan hujan sepanjang tahun..ketika sedang asyik membuat terapi mata melihat hamparan ciptaanNYA,,

tiba-tiba hati dipagut rasa sebak dan sayu yang paling dalam..entah mengapa bila sepasang mata kurniaan Allah ini melihat remaja yang seagama dan sebangsa juga sejantina tanpa segan silu menghembus asap ke udara..kalau kereta keluar asap dari ekzos,,kapal pula dari serombongnya..manusia pulak dari mulut dan hidungnya..kenapa ye?..tafsirlah sendiri..cara berpakaian pula seolah-olah semua orang tiada deria melihat..padahal hakikatnya seperti kata pepatah sudah terang lagikan mahu bersuluh...perkara ini terlalu klise untuk diulas..

memang itu hak mereka..tapi sayang tersilap memilih tempat untuk pertahankan hak..apa yang dikesalkan,,ada mata-mata lain yang bukan seagama dan tidak sebangsa turut memandang sinis..mereka melihat,berbisik-bisik dan memandang sambil tersenyum seakan mengejek..subhanallah..

saya juga hambaNYA yang serba kekurangan..sedaya upaya memperbaiki diri.. air mata bagai ingin gugur bila perlakuan seperti itu di lihat oleh anak-anak kecil..sebagai orang yang lebih dewasa menjadi contoh anak-anak kecil ini,walau mereka bukan darah daging kita..mungkin sesetengah orang berasa bangga dan sangat bahagia seperti itu tapi kenapa biar orang yang kita sayangi menderita kerananya..

kenapa kita mesti menyumbangkan dosa dan bukan pahala..inilah namanya silence donation dosa..sedangkan mereka yang menjaga kita dari sebesar telapak tangan hingga dewasa..       

sayang kah”..kata-kata sayang tidak bermakna tanpa usaha untuk melakukan kearahnya..kerana sudah cukup umur(baligh)boleh lalukan apa saja kerana sudah tanggung dosa sendiri??begitukah....tidak sebenarnya..selagi belum bersuami segala dosa yang kita lakukan turut ditanggung oleh bapa kita..bagi yang sudah bersuami pula,,suamilah yang bakal tanggung semuanya..termasuk dosa..begitukah tanda sayang.. 

tanpa sedar rupanya darah daging  membina highway menuju ke nerana untuk ayah,suami,abang dan adik lelaki sendiri..jika tidak membantu ,,jangan membantut,,

wassalam

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..