07 October 2012

,,.,,keKaSih kiTa SaMa,,.,,



Suatu hari ,,malam setelah selesai majlis ijab dan qabul,,(“,^) sepasang suami isteri yang sangat bahagia berbual mesra..

Suami : Assalammualaikum sayang..terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang..abang ini insan yang banyak kekurangan..

Isteri : saya juga nak ucapkan terima kasih kerana abang sudi terima saya seadanya....

Suami : Sayang,tidak manis rasanya kalau abang terus berahsia..

Isteri : (diam membisu hanya mendengar..sambil merenung manja ke arah  syurganya..)

Suami : dengan hati yang jujur dan ikhlas abang mahu beritahu sayang bahawa di dalam hati abang telah ada DIA sebelum sayang dan abang akan terus menyayangi,, mencintai DIA lebih daripada sayang malah lebih-lebih lagi daripada abang sayang pada diri abang sendiri..

Isteri : ( masih lagi mendiamkan diri..tetapi tersenyum sopan memandang suami yang berbicara lembut disisinya..)

Suami : sayang tak marah abang?sayang tak cemburu?tak sedih?ini malam pernikahan kita tapi abang memberitahu sesuatu yang boeh membuat sayang rasa terluka dan teraniaya..(dalam debaran suami menanti reaksi isterinya)

Isteri : tiada sedikit pun rasa yang tidak menyenangkan dalam hati saya setelah abang berterus terang..kerana saya redha..(redha dan tawakal sifat terpuji),,,.abang,,kini abang adalah syurga saya..saya juga berlapang dada mahu memberitahu abang satu rahsia..sebenarnya...hati saya telah DIA miliki sebelum abang..saya juga seperti abang sanggup meninggalkan apa yang saya suka dan sayang kerana DIA..tidak terkecuali abang juga akan saya lepaskan seandainya abang menghalang  hubungan saya dan DIA..maafkan saya abang..

Suami : (mata suami berkaca seperti hendak menitiskan air mata namun senyuman dibibirnya semakin melebar) abang bersyukur dan faham sayang..abang redha..abang sangat gembira..(sambil tersenyum,,suami membelai tangan isteri tercinta)..

Isteri : abang boleh terima saya dan DIA?(Ya Allah aku bersyukur Kau beri aku seorang imam yang soleh detik hatinya)

Suami : sepenuh jiwa raga tanpa ragu sayang..(setelah beberapa minit berlalu),,,

Suami & Isteri : adakah DIA yang kita maksudkan ALLAH sayang?(mereka serentak bertanya antara satu sama lain)mereka tersenyun bersama sambil mengangguk sedikit tanda memberi jawapan pasti..mereka sangat bersyukur kerana Allah mereka bersatu dan biarlah kerana Allah juga mereka berpisah..mereka menadah tangan berdoa moga keimanan ini kekal hingga hujung nyawa..aminn..

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..