29 October 2012

“”,,,DaHan YaNG rApUh,,,””


Bismilahirahmannirahim..selawat dan salam buat rasul junjungan Muhammad SAW..smile!!!! Alhamdulillah..semoga anda yang membaca entry ini sentiasa sihat sejahtera..bagi yang kurang sihat,pergilah dapatkan rawatan di mana-mana klinik atau pun hospital sebelum ianya semakin berlarutan..Allah suruh kita usaha..mendapatkan rawatan juga satu usahakan??..jangan takut dengan doktor sebab dia pun manusia macam kita...

tetapi jika kesakitan itu sememangnya yang kita sendiri cari dan lakukan,,fikir-fikirlah ke mana harus di tuju untuk mendapatkan perlindungan dan pembelaan..saya jadi takut bila melihat berita di tv,hampa dan kecewa bila membaca berita yang dipaparkan pada setiap dada akhbar,,sayu dan pilu mendengar hebahan maklumat di stesen-stesen radio..marah dan geram apabila para sahabat yang perihatin tag info-info berkenaan di laman muka buku..bukan marah sahabat saya tapi bila melihat apa yang mereka kongsikan kepada saya saja..

perasaan yang saling bertingkah,bercelaru dan berkecamuk..amboi ngalahkan orang putus cintun la gitu..ahak..hukhuk..hati merintih Allahuakbar..syukur kerana negara kita bebas dari peluru tidak bermata,nuklear tidak berpeta dan bom tanpa kompas iaitu peperangan..tetapi lain pula kisahnya..isu pembuangan bayi,pembunuhan bayi baru lahir,,kes penderaan,merempit

setiap hari semakin menjadi-jadi dan berleluasa..pelbagai langkah dan tindakan telah di ambil ..telah dilaksanakan namun sepertimencurah air didaun keladi”..walau apa pun usaha yang dilakukan jika si pelaku tiada rasa takut kepada Allah,,ianya tidak akan ke mana..asas yang kukuh menjadi benteng pemisah antara dosa dan pahala..syurga dan neraka,,baik dan buruk serta membezakan manusia ataupun haiwan..inilah hakikatnya..KALIMAH SYAHADAH yang gitu,iman yang teguh,menjadikan Al-Quran sebagai peta dan kompas hidup insyaallah bukan sahaja kita mendapat dunia malahan juga mendapat akhirat..

umpama sebatang pokok..ada batang yang tinggi,besar dan tegap,ada daun yang sangat lebar dan hijau,banyak bunga dan tunas,buah yang sentiasa masak ranum tetapi rantingnya mati..di mana daun,buah tunas itu hendak tumbuh dan bergantung...

hiasi peribadi dengan ilmu dan keimanan..barangkali apa yang berlaku dan menimpa kita bukan atas kehendak dan kerelaan hati juga diri kita sendiri justeru itu aplikasikanlah akal yang telah Allah kurniakan sebaik-baiknya untuk membuat penilaian dan melakukan tindakkan..manusia adalah sebaik-baik kejdian,,jangan kita campakkan maruah sendiri kerana termakan hasutan iblis dan syaitan..sebagaimana sebaris ayat Al-Quran
نتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)
 wassalam 

No comments:

Post a Comment

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..