Tidak Dinafi...Benarlah..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK DINAFI..BENARLAH || Dalam hidup kita,ada hal boleh dibantah..ada perkara jangan berani-berani cuba untuk diubah.Pendapat?..boleh,tapi sila juga berwaspada kerana hukum yang telah Allah SWT tetapkan itu tidak boleh diubah.Setiap boleh dan tidak boleh yang telah ditentukan itu bersebab.

TEPAT.Bantuan Allah SWT itu tepat pada tempat dan ketikanya.Kita tidak dapat merasainya sehinggalah beberapa hal yang berlaku buat diri mula sedar dan diharap segera mensyukuri.Tiada yang tanpa sebab dan alasan.Marah,sedih dan kecewa yang mungkin dirasai pada awalnya bertukar nikmat bila sedar akan hikmahnya.

PANTULAN.Bagaimana keseluruhan luaran kita,saat kita berdiri dihadapan cermin,begitu jugalah yang akan kita lihat.Sopan pakaian kita,sopan jugalah apa yang terlihat dicermin.Begitu juga dalam kehidupan.Bertindak saat ini umpama menyemai benih,,bakal menjadi sebendang sawah padi atau berekar lalang.

Kebaikkan yang kita beri,,kebaikkan juga yang kita dapat.InsyaAllah.

GUDANG NIKMAT.Di akhirat,gudang nikmat adalah syurga Allah SWT.Bagi PC,di dunia doa ibu bapa itu gudang nikmat.Redha Allah selepas redha ibu bagi seorang anak.Tidak percaya..cubalah.Hambar tanpa doa ibu bapa.Ada majisnya pada setiap ungkapan dan butir bicara ibu ayah kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu PC. Dekat dunia ni redha Allah terletak pada redha ibu bapa / suami. Tak bahagia hidup kalau takde redha Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Sis...semua kena saling menjaga dan bekerjasama..

      Padam
  2. moga cermin diri memantul citra kita yg sebenar

    BalasPadam
  3. Susah hidup kalau tiada keredhaan.. t kasih atas peringatan nasihat ini PC.

    BalasPadam
  4. betul tu PC. doa ibu bapa tu seglanya..

    BalasPadam
  5. Setuju sis PC, sesekali cermin balik apa hasil yang telah kita tuai selama ini... baik atau buruk hasilnya... jika buruk, cantikkan ia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan itu yang penting sebagai sandaran dihari perhitungan kelak.

      Padam
Terbaru Lebih lama