Tertunda

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERTUNDA || Alhamdulillah..hari Sabtu..19 Zulkaedah.Masih lagi kita di sini.Di muka bumi Allah menikmati apa yang cuma diusahakan.SubhanaAllah.

BANTUAN ALLAH SWT.Luas.Luas yang melebihi keluasan alam ini yang melingkungi langit dan bumi.Bantuan yang super banyak melebihi isi keseluruhan kerajaan dilangit dan dibumi.Kalau kita berasakan seronok menerima bantuan dari orang..sebenarnya orang lain itu sekadar perantara.Jika kita berasa sakit disakiti itu juga dari perantara.Semuanya dengan bantuan Allah..

Hikmah itu banyak.Ada yang mudah dirasakan..ada juga yang merasai nikmat hikmah setelah puas berasa sakit..dan keperitan..
KENAPA??!?.Bila apa yang diharap meleset.Persoalannya pasti KENAPA..Mempersoalkan itu wajar untuk kita lebih berasa puas,lebih-lebih lagi pada hal yang ingin sangat diketahui.Tanya dengan Allah SWT dalam setiap doa pasti Allah isyaratkan jawapan dalam pelbagai versi yang DIA ingini.Bagi kita,tidak berjaya mendapatkan sesuatu itu gagal.Tapi hakikatnya Allah tunda kerana Allah tidak akan menolak setiap doa-doa hambanya.. 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
6 Komen untuk "Tertunda"

Great post! Semoga kita sentiasa berada didalam perlindungan-Nya

Betul tu kak Perdu. Kadang2x terfikir juga kenapa doa kita tidak dimakbulkan. Rupa2xnya ada hikmah di sebaliknya. Yang pastinya, sama-samalah kita sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan sesama kita agar kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNyA. InsyaAllah. Aamin.

Amin..insyaAllah....bila kita doakan orang akan hal kebaikkan..kebaikkan itu akan datang semula pada kita...Allah tangguh pasti bersebab...

Betul kak PC. Bukan kita gagal. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Dan mungkin masih belum tiba masanya...

Moga kita tergolong dikalangan org2 yg sentiasa dimakbulkan doa serta diberkati selalu... aamiin.

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top