Warna Warni

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


WARNA WARNI || 10 SYAWAL 1438H.Alhamdulillah syukur atas setiap limpahan nikmat.Kepada yang masih bercuti,selamat bercuti.Atau yang baru mula bercuti,selamat pulang ke kampung.Apa pun situasinya,sentiasa sabar dan berhati-hati.

LEBIH MENJAGA.Sebut berhati-hati bukan sekadar ketika memandu(keselamatan).Malahan lebih juga menjaga ketika berkata-kata..sembang memang seronok tapi jangan sampai terlajak.Lama tak jumpa amboi dijamaknya cerita..tidak salah pun,asal berpada-pada.Dalam bab makanan juga wajar diambil perhatian.

DIMATA DAN DIHATI.Mata yang melihat warna warni warna mahunya tidak girang hati kan...kan..boleh jadi terapi..tenang..damai..warna yang kita lihat itu untuk layanan mata..namun warna dihati itu jangan dibiar dan terbiar.Boleh menjadi ia gundah..tidak mustahil ia menjadi cantik dan indah.

SYAWAL INI....1438H..2017

Hari ke-21 atok meninggalkan kami kembali menemui Pencipta.Sampai saatnya rela atau tidak..janji waktu tidak terhenti.tetap pergi..tetap memenuhi fitrah hidup itu pasti hujungnya mati.Moga indah saja singahsana di sana.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Syawal PC... sekejapan sahaja sudah 10 Syawal hari ini. Entah kita akan bertemu atau tidak Ramadan dan Syawal akan datang, hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syawal untuk akak juga..bila melihat insan-insan yang paling hampir pergi menghadap Ilahi..terdetik pada hati..bagaimana akhirnya PC nanti..subhanAllah..

      Padam
  2. Kak PC miss youuuu...!! Selamat hari raya kak PC... Maaf zahir dan batin.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss you tu Lea..salam aidilfitri kembali Lea sekeluarga...kikikiki..

      Padam
  3. Innalillahiwainnahirojiun... smg atuk PC berada bersama hambaNya yang bertaqwa... Salam syawal juga PC....

    bab menjaga makan di hari raya, memang fail lagi, tak leh nak tahan lagi nafsu ni... yg lain leh control bila bab makan balk kg lak hancus juga...

    kena puasa sunat la gamaknya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...salam syawal kembali untuk akak juga ya..
      Betul la kak...PC sendiri kecundang..lagi balik kampung...baba mama...mertua...selagi tak nampak anak dan mntu makan...selagi tulah asyik suruh makan je...huhuhu...bertabahlah...berat badan jangan cakap kak...nangis.

      Padam
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga atok PC di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.

    Selamat hari raya PC :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Sis...
      Aminnn...harapnya baik-baik sahaja atok di sana..

      Padam
  5. selamat hari raya PC..walau luaran warna-warni, cuba memastikan hati kekal putih. ;) Semoga sentiasa dalam lindungan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Sal..betul tu...yang dihati tu kena jaga molek molek..

      Padam
  6. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin ye PC..

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah buat atuk PC.
    Perginya di bulan mulia.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Selamat hari raya, maaf zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...amin...amin...begitulah harapnya Pakcik WP..
      Salam Aidilfitri juga.

      Padam
  8. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman... aamiin. Al Fatihah.

    Salam Aidilfitri PC, maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...aminn..amin...itulah doa kami ahli keluarga..
      Salam lebaran juga ya Bro KK..

      Padam
  9. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Takziah diucapkan buat PC serta seluruh ahli keluarga.
    Selamt hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mrs ...
      Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kembali ya..

      Padam
Terbaru Lebih lama