Tidak Semestinya Memiliki..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI || Harapan sentiasa ada.Cuma peluang yang datang atau dicari berbeza-beza.Bukankah rezeki setiap makhluk Allah itu tidak serupa walau lahir daripada rahim ibu yang sama.Katakan tidak pada sikap dan pemikiran yang sangat suka membeza-beza.

HAJAT.Setiap orang ada hajat.Senang kata impian.Besar peranan dan impian dalam hidup kita..ianya visi dan misi..boleh jadi motivasi..masakan tidak..seandainya sudah disemai hajat atau impian..lapangkanlah waktu dan diri untuk sering mendirikan solat sunnat hajat..bukti Allah kasih tanda Allah cinta hamba walau sering kasih dan cintanya dipandang sebelah mata oleh hamba-hambaNYA yang derhaka.

DIA MAHU KITA BELAJAR.Semak semula diri.Pandang kanan kiri.Kalau apa yang kita minta hingga saat ini tidak lagi dimakbuli..bukan kerana Allah tidak peduli atau benci....tetapi DIA mahu kita belajar.Belajar bahawa tidak semestinya memiliki apa yang kita kehendaki.Adakala setelah memperbaiki baru kita miliki..

Adakala kita mendambakan akan sesuatu tetapi Allah tidak restu.Pasti bersebab yang kita tidak tahu sedangkan Allah mahunya begitu.Kita rasa kita mampu sedangkan Allah itu lebih tahu.Untuk mengecapi nikmat,pada sesetengah hal ianya wajar kita miliki..manakala pada sesetengah perkara yang lain Allah kata........sementara waktu nikmati dulu nikmat-nikmat yang lain.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
14 Komen untuk "Tidak Semestinya Memiliki.."

Apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik tapi apa yang Dia bagi tentu sahaja yang terbaik buat kita...bersyukurlah =)

kita kena redha dan mungkin apa yg kita inginkan bukanlah yg terbaik utk kita..wallahuallam

ALLAH MAHA TAHU APA YG TERBAIK UTK HAMBA2-NYA

adakala kita berkeinginan, bila dah bersedia untuk dapatkan terus ada halangan

Sesungguhnya Allah beri apa kita perlukan dan bukannya apa yang kita berkehendak. Wallahulam.

Tepat...terbaik buat kita dari DIA itu yang sangat berkualiti dan bersesuaian.

Walau redha itu pahit kan kak...tapi itulah hakikatnya..moga manisnya kita kecapi nanti..tak di dunia di akhirat.

Betul kak PI...dan kita usaha sedayanya.

Halangan itu cara Allah lindungi kita dari apa yang sewajarnya..kerana Allah nak beri kita lebih baik.

Betul...betul..betul...cuma kadang nafsu melampau...kecewa bila apa yang diingini menjauh.

redha bersykur setiap apa yg diberi
alhamdulillah

mungkin sebab Allah nak beri sesuatu yang sesuai dengan hamba-Nya.. apa pun bersabar dan jangan mudah terpedaya dengan putus asa

indah sekali...benar kak..bila kita hitung kembali,setiap perkara yang kita inginkan kadang2 ia akan dapat walaupun lambat,mungkin ada perkara ALLAH tangguh dulu.kalau sampai bilapun ia tidak diberi mesti kerana ALLAH maha tahu apa yang terbaik untuk kita

Bukan semua yang kita nak boleh dapat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.. Belum tentu sesuatu yang kita nak baik untuk kita atau sebaliknya. Jadi kena sentiasa berlapang dada dan redha dengan segala kurniaanNya..

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top