Taubat Dan Berhenti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TAUBAT DAN BERHENTI || Bumi mana tidak ditimpa hujan..kalau dahulu Tanah Suci Mekah agak mustahil untuk menerima titisan hujan..dengan izinNya banjir boleh melanda.Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak sesuatu itu berlaku.Begitu jugalah resamnya kita ini sentiasa menjadi pendosa.Kecil atau besar..berat atau ringan sahaja beza timbangan dan nilainya disisiNya.Setiap ketika,ya mudah sahaja untuk kita lakukan dosa kalau tidak betul-betul dijaga.

PELUANG DAN RUANG SENANTIASA ADA.Di dunia kerja serta berpendidikkan yang baik-baik..bergaji atau berpendapatan tetap dan besar itu menjadi sebahagian cita-cita.Itu di dunia.Dari zaman tadika pun tiga cita-cita utama..fuhhh tidak mahu kalah..ibaratnya menang dengar kalah macam dah pasti..bersihkan kutu harimau..hebatkan cita-cita begitu..😉.Manakala di akhirat cita-cita yang paling didamba adalah mahu menjadi penghuni syurga selama-lamanya..mahu menjadi lebih cantik daripada semua bidadari syurga yang ada.Kuncinya adalah kasih sayang Allah SWT.


ALLAH SWT cipta dan sediakan syurga untuk didiami semua.Penuhi syarat,maka dipersilakan.Peluang dan ruang senantiasa ada untuk kita perbaiki diri.Taubat dan berhenti.Buka lembaran baru dengan kisah yang pertama semula..

MENJAUHI UNTUK MENDEKATI.Keberanian menjauhi apa yang kita suka tetapi Allah benci itu bukan senang ya.Tidak ada pada setiap kita.Keberanian untuk berubah dan mengubah.Bukan kerja mudah.Tidak semudah alif ba ta..1 2 3..ada saatnya penyatuan itu perlu untuk lebih ampuh..pada sesetengah bab,kita sangat perlu menjauhi untuk mendekati.Tidak kerugian andai menjauhi jika berganda impak positif yang boleh kita terima lantaran mendekati.

Taubat itu umpama penukul besar yang mampu meruntuhkan benteng penghalang daripada hajat tertunai.Ringan pada bibir belum tentu ringan jasad mempraktikalkannya..selagi nyawa dan roh belum tiba dileher..teruslah taubat dan berhentilah..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. taubat dan berhenti.
    taubat tu mudah.
    berhenti tu yg susah. kena istiqomah. kuatkan diri.
    in shaa Allah.

    BalasPadam
  2. Betul kata aida dkt atas. Nak taubat senang je nak istiqomah tu yg susah. Tp kalau tak cuba, tak kan berjaya kan.

    BalasPadam
  3. sentiasa lah bertaubat selalu. meski terkadang kita hanya merasa tidak bnyk dosa.. smoga kita ambil segla ikhtibar.. amin

    BalasPadam
  4. Moga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.Moga terus istiqomah..thanks PC sharing

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat PC..moga kita sentiasa istiqomah dalam taubat.. tak putus doa moga sentiasa di ampuni segala dosa2 :(

    BalasPadam
  6. TAUBAT PENYESALAN TANDA BERJIWA HAMBA

    BalasPadam
  7. benar... taubat senang dilakukan, berubah sukar diusahakan... smg diri ini kuat mengubahnya, jika tidak siapa lagi yg mahu mengubahnya jika tdk diri sendiri...

    BalasPadam
  8. Sentiasa takut dengan setiap perubahan pelik yang berlaku tanda akhir zaman.. Setuju sangat dengan statement AIDA.. Semoga taubat kita sentiasa diterimaNya.. Amin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama