Salam Perkenalan..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SALAM PERKENALAN || Matlamatnya sama,namun caranya berbeza.Berjaya atau gagal,biar gigih berusaha semua ditentukan olehNya.Bukan bererti diusahakan hari ini,hasilnya juga dapat dinikmati hari ini..ya pada sesetengah hal..tidak begitu bagi sesetengah hal lainnya juga.

TEKNIK.PC ambil kisah yang sangat dekat dengan kita.Dulu zaman emak ayah kita bercinta *logik sikit PC oi..awak belum lahir macam mana boleh tahu cerita pulak😅..tahu daripada pengalaman saudara mara😊*..tidak secanggih zaman ini.Bezanya banyak,dan diantaranya teknik berhubung itu.Dulu surat berjela-jela perantaranya kalau berjauhan,tapi sekarang boleh Skype bila-bila masa..paling tidak pun video call.Dulu daripada awal kenal terus bercinta dengan keluarganya tapi sekarang lepas kahwin masih ada yang tidak kenal satu sama lain ahli keluarga..*tidak semua ya..tapi ada*..eh tidak mengapalah..ambil masa dan kenali.

LAIN,KERANA DIA ISTIMEWA.Jambangan bunga itu cara manusia.Teruja namun seketika.Kata-kata manis itu juga dambaan manusia.Seiring waktu tidak mustahil dilupa.Kejutan mewah,sederhana atau apa adanya pun impian manusia.Bahagia namun adakala terluka sedikit dihapus dilupa.Salam perkenalan DIA lain..kerana DIA istimewa.tahu luar dan dalamnya kita.Mengikut dan memberi seiring gerak rasa dijiwa.Ujiannya mungkin pahit tapi tidak buat kita patah hati untuk terus meminta-minta.Saat kita menjauh DIA tarik kita untuk mendekat.DIA HEBAT.Ada cara tersendiri menyedarkan kita daripada tersesat.SubhanaAllah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


Tag : Santai
7 Komen untuk "Salam Perkenalan.."

Bila cerita tentang perhubungan orang dulu-dulu dalam percintaan memang sangat menarik. Dahlah pasangan hidup majoriti diperkenalkan oleh ibubapa, jarang berjumpa tapi berkekalan hingga kini. Itulah restu orang tua tapi tak pula mereka membantah.

Berbeza sekarang, sendiri cari, sendiri suka tapi tak berkekalan lama (tak semua) walaupun dapat restu ibubapa.. Adakah itu takdir? Hurrmmm menjadi persoalan..

Sorry PC terbawa-bawa selepas memikirkan kes perceraian semakin hari semakin meningkat..

PERTEMUAN PERKENALAN ADALAH TAKDIR ALLAH

Semoga berkekalan jodoh yang Allah anugerahkan kepada kita semua.

Sesungguhnya DIA yang paling dekat dengan kita. DIA tahu apa yg terbaik utk kita. Ujian tanda sayang dan utk naikkan darjat seseorang hamba tersebut.

Ketika manusia bercinta kerana sebab dan bersyarat, Allah mencintai hambaNya setiap masa.

Percintaan yang kekal abadi adalah kepadaNya Ya Waddud... skang akak pun baru paham semua tu... antara cinta manusia dan cita Allah. Thanks for sharing

Perhubungan berlandaskan keredhaan Allah diberkati sentiasa

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top