Cak..Cak Ba..Sila Lupakan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


CAK..CAK BA..SILA LUPAKAN || Kalau tidak kita diagah..mesti kita yang mengagah...ber-cak-cak-ba...tepuk amai-amai..begitulah bila si dewasa cuba mahu berkomunikasi dengan anak jecil atau lebih teoat mahu menarik perhatian si kecil.Tersenyum si kecil,berjaya la kita..menangis si kecil,bukan kita tidak bagus tapi sila usaha lagi dan lebih kreatif.

Kreatif itu bagus.Inovatif juga baik.Menjana penjenamaan bermula dari diri sendiri hinggalah di mana bumi dipijak dan langit dijunjung.Tapi berjaga-jaga, jangan sampai kreatif dan inovatif itu merosakkan apa yang telah dicipta cukup sangat terbaik dan sempurna.


Mengubah itu wajar pada hal yang sepatutnya.Namun tidak semua perkara ada kewajaran untuk diubah mengikut selera kita.Niat tidak pernah menghalalkan cara..tetapi cara akan terpandu oleh niat yang baik-baik. 

Cak..Cak Ba..Sila Lupakan
Maksudnya : Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (Surah Al Mulk : Ayat 14)

BERATKAN DAN RINGANKAN IKUT KETETAPAN.Islam itu indah kalau benar-benar dihayati.Alhamdulillah atas nikmat agama dan iman yang Allah pinjamkan.Syukur.Jaga elok-elok.Jangan cak..cak ba pada apa yang disyariatkan..sila lupakan andai ada rasa begitu..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bersederhana dalam semua perkara yang kita lakukan...
    Kreatif sampai melanggar norma norma manusia biasa susah juga...

    BalasPadam
  2. Saya setuju sis, contohnya cukur kening sampai hilang kening dan lukiskan balik... kreatif kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sia-siakan...Allah dah cipta dan beri cantik..cukur kemudian lukis semula ditempat dan rupa yang sama,.

      Padam
  3. apa saja keputusn kita brtaklik kpd-Nya tidak boleh sesuka rasa mnghalalka cara

    BalasPadam
  4. Sama macam tudung. Beberapa tahun lepas ada satu tudung yg design dia sama nampak rambut yg di dandan. Salah satu contoh bila kreativiti di salah apply.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang mereka kena hati-hati...yang membeli apatah lagi...

      Padam
  5. moga irda terlindung dari kreatif dan inovatif sampai membelakangkan ALLAH swt..ALLAHU,kita boleh mengingatkan dan kita akan beringat,tapi irda manusia yang lemah kdg2 lupa pada perkara yang diingatkan..moga kita sentiasa dalam kasih syg ALLAH..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...begitu juga kak PC Irda...risau,dalam pada kita mengibgatkan...jangan sampai kak PC sendiri lakukan...nauzubillahiminzaliq...moga Allah pelihara kita ya...amin..

      Padam
  6. bahasa baharu ke..

    cak cak ba..

    tetapi ianya menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ada celup....ba...macam PC suka sebut cak baa...biasanya sekadar untuk buat baby ketawa atau senyum...huhuhuhu...tapi dalam entri ini PC cuba sampaikan jangan main-mainkan hukum Allah..jangan persenda.

      Padam
  7. W'salam PC..
    Perkongsian yang baik.. Mana yang baik kita ikut.. Perkara sia-sia jangan diamalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak LZ...selagi baik dan bermanfaatnya berterusan..ikutlah..

      Padam
Terbaru Lebih lama