Apa Yang Akan Diperolehi..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


APA YANG AKAN DIPEROLEHI || Menyediakan perancangan itu perlu.Soal berjaya atau sebaliknya bukan urusan kita.Itu urusan DIA yang Maha Mengetahui.Agar tidak melulu melakukan sesuatu tanpa hala tuju..perancangan itu jadikan panduan.Ibarat seorang arkitek yang melukis plan seperti apa yang dibayangkan..melukis dan terus melukis..dalam setiap garisan yang dicantum sertakan tawakkal.

Gerak hati,rangsangan minda..memacu apa yang dirasa-rasa.Sebelum terus mengemudi rentak dan gerak pertimbangkan terlebih dulu sekadar yang perlu..apa yang akan diperolehi nanti.

BERBICARA.Berbicara tidak semudah disangka.Sebenarnya.Kalau ada yang mengatakah berbicara atau bercakap itu mudah....pasti dia hebat gerangannya..sama ada benar-benar hebat kerana bicaranya penuh hikmah atau sebaliknya..waima pemidato hebat pun..pasti pening mencari frasa indah..kosa kata yang berada ditengah-tengahnya zon paling selamat.Siapa yang mendengar tidak sakit telinga..siapa yang dituju tidak terasa hingga merobek jiwa.

FIKIR.Fikir kemudian bertindak itu lebih berbaloi daripada bertindak dahulu kemudian baru mahu berfikir.Tetapi tidak mengapa kerana selagi ada rasa untuk berfikir itu tandanya masih lagi ada pertimbangan dan kewajaran dalam menggunakan akal.Alhamdulillah.

SATU PER SATULAH.Tamak itu sering merugi dan membinasakan.Satu persatu itu bagi sesetengah orang lambat dan lewat..tetapi itu lebih baik berbanding yang dikejar tidak dapat malahan yang digendong keciciran..hujungnya termenung sendiri..fikir apa yang akan diperolehi..sudah terlambatkah..jawabnya belum selagi masih bernyawa...silakan mula semula.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
5 Komen untuk "Apa Yang Akan Diperolehi.."

LZ suka buat perancangan sebagai panduan sebelum melaksanakan sesuatu.. Andai plan A tidak menjadi boleh fikir plan B.. Selepas itu berdoa semoga setiap urusan kita dipermudahkan..

Fikir sebelum berbicara, jadi takde laa orang kata cakap tak guna akal.. huhuhu kasar sangat bahasa tu kann PC..

NK BERCKP PUN KENA FIKIR BNYK KALI DULU

Terperinci mcm mana pun perancangan kita, Allah yang menentukan. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Kena terus berusaha.

Sha sentiasa merancang.. Akan ada back up plan.. Selebihnya bertawakal..

Teringat dgn kata2.. gagal merancang adalah merancang untuk gagal. T kasih atas perkongsian ini PC

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top