Ada Banyak..Pandai-pandailah Bezakan Ya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

ADA BANYAK..PANDAI-PANDAILAH BEZAKAN YA || Rambang mata..suka dan pantang melihat apa yang kena dijiwa..dirasa seolah-olah mahu dibelinya semua..selagi berpada-pada itu tidak mengapa asal tidak berhubungan rambang.Itu berbahaya.Banyak hal perlu dinilai sebaiknya.Walau kita tiada upaya untuk menepis banyak perkara, namun ikhtiarkan.

TEGURAN DAN NASIHAT.Biar kena dengan situasinya.Biar sedikit namun berkesan.Daripada hati pasti terkesan juga hingga ke hati.Berhati-hati menggunakan apa pun kata...biar manis jangan sinis.Andai teguran dan nasihat yang diberi itu berjela asal tidak merimas itu boleh-boleh sahaja.

MARAH.Marah lazimnya berkait rapat dengan gangguan emosi dan akal yang tidak terkawal juga tidak seimbang.Ada yang saja-saja marah..tidak kurang dia marah sebab tengok orang lain marah...sia-sia sebenarnya jika jadi nasi tambah kalau tiada manfaat..ada yang marah sebab dia lebih dulu sudah di marahi..nak lepas geram kaedahnya la tu....dan orang yang hebat niat marahnya kerana Allah kerana mahu mendidik..kalau baik niatnya..matlamatnya insyaAllah sampai.

SENYUM.Senyum itu sedekah.Sedekah yang bagaimana.Hati-hati.Ada yang sedekahnya untuk bekalan akhirat.Ada juga untuk menarik perhatian.Tidak kurang yang bersedekah dengan matlamat tertentu..atas tiket sedekah serampang lebih dari tiga mata..begitu juga senyuman..ada yang sinis mengguris..ada yang meleret terseret..ada yang kerana DIA untuk ukhuwah.Murah senyuman itu bagus..pastikan senyuman itu berkualiti bukan senyuman murahan.

BANTUAN MENCIPTA KAWAN.Kalau ada niat untuk membantu tidak kira kepada siapa harus dihulur bantuan itu.Sesama kawan sedia mengenali..atau tidak dikenali.Bantuan itu ada ketika mencipta kawan.Ada masa juga menganiaya teman.Susah untuk mentafsir orang kerana hatinya tersembunyi akalnya terselindung.Hati-hati saat berteman.Berkira-kira ketika menghulur salam.Bukan bukan belangkas sahaja dua alam..tidak juga sekadar talam dua muka..manusia juga ada yang pintar bermain kata.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sedekah paling mudah ialah dengan memberj senyuman. Dengan senyuman tu setidaknya dapat sebarkan positive vibes pada org sekeliling kita. Besar juga pahalanya tu kan PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...sangat mudah dan berkesan Sis...cuma kadang ianya berat untuk dilakukan...

      Padam
  2. Balasan
    1. Sama-sama Yui..moga ada yang baik boleh diambil.

      Padam
  3. yang penting apa pun yang kita buat,jangan berlebih-lebih.yang boleh menimbulkan perkara negatif dalam diri

    BalasPadam
  4. terima kasih atas nasihat dan ilmu ini...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Nieyl...baik ambil...kurang baik jentik jauh-jauh.

      Padam
  5. Kita dah mumayyiz maksudnya dah tahu membezakan diantara yang baik dan yang buruk. Tetapi kadangkala nafsu lebih mengawal emosi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Pakcik...kadangkala tersasar..moga pada setiap tersasar itu menjadi pedoman..

      Padam
  6. Biar sedikit namun berkesan<< Saya setuju sis... jangan banyak cakap nanti boring orang nak dengar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab sesetengah orang lebih dulu mahu melihat bukti...dan sesetengah yang lain suka mendengar penjelasan dulu.

      Padam
  7. terima kasih atas peringatan ini...

    BalasPadam
  8. GV suka ayat biar sedikit namun berkesan sebab mmg mendalam maksudnya. GV setuju ngan pendapat akak. Kalu nasihat itu positif dan membina, mmg akan memberi kesan positif juga. Terbaik la kak Perdu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih GV..impak baik yang sangat kita harapkan pada setiap tindakkan..untuk dunia dan untuk akhirat.amin.

      Padam
  9. terima kasih,bait nasihat yang disusun cukup indah..ya ada manusia pandai bermain kata,ia talam dua muka.Ada yang senyum dengan kita,kadang-kadang ada maksudnya yang tersirat.benar sekali hati terselindung,akal kita tak tahu,berhati-hatilah dengan sesiapa ya kan kak..alhamdulilah perkongsian yang menarik sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Irda...justeru kena sentiasa hati-hati...terkena..mengena itu lumrah...minta Allah lindung...

      Padam
  10. pilih dgn mata hati bkn dgn mata kasar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebaik-baiknya Cikgu AK...amin.InsyaAllah.

      Padam
  11. Kena pandai bezakan yg mana penting..yg mana dulu kena diutamakan.. dan pilih yg sebaik2 nya..:)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama