Segera Luruskan Anggapan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEGERA LURUSKAN ANGGAPAN || Hari ini 6 Ramadhan 1438H..1Jun 2017.Setengah tahun bakal berlalu.SubhanaAllah.Apa pun,pahit manis,suka duka yang terlakar pada episod usia kali ini,teruslah mensyukuri tanpa berbelah bahagi.Kalau rasa mengapa kejayaan itu menjauh,fikir..mungkin kejayaan itu buat kita gagal..maka Allah jarakkan seketika.Kalau dirasakan mengapa kegagalan itu sering mendekat,mungkin satu detik kita menjadi insan yang paling berjaya.Bersangka baik padaNYA.Cuba ya.

MEMBALAS JASA.Mencari dan mengumpul material itu tiada salahnya.Tapi jangan sampai menjadi materialistik.Sesetengah orang beranggapan tidak dinamakan membantu atau membalas jasa selagi ianya tidak diberi atau ditunjuk dalam bentuk kebendaan.SubhanaAllah.Bagi sesetengahnya itu lambang untuk kemegahan,atau mungkin sangat berjasa dan bertanggungjawab.Benarkah..sedangkan ada lagi hal yang lebih utama wajar di highlights..


Budi itu tidak akan pernah mampu untuk dibalas.Kerana keikhlasan itu ada harga yang tersendiri.Dalam budi itu ada tanggungjawab..dalam budi itu ada rasa ikhsan.Mampukah untuk disukat?..Seiringnya waktu,kebendaan itu bakal terhapus..kecuali kebaikkan-kebaikkan yang menyambung kebahagiaan di alam berikutnya.

BERUBAH.Sokongan dan dorongan.Sesiapa pun yang ingin berubah,pasti mangharapkan sokongan dan dorongan.Jangan diperkecil-kecilkan niat baik mereka.Jangan disalah tafsir.Awas,yang memberi sokongan dan dorongan pula jangan ikut sedap dan selera sendiri.Sila tapis banyak kali.Jangan kerana sahabat baik cipta hukum sendiri.Tidak boleh dibolehkan tanpa alasan dan hujah yang kukuh.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
June 1, 2017 at 12:18 PM delete

Bila kak ana rasa kecewa atau sedih atas sebab tertentu, cepat2 kata kat diri sendiri yg semua tu dengan izin Allah. Org atau perkara yg buat kita sedih tu hanya asbab je. Mungkin Allah nak bg rezeki yg lebih baik kan.

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
June 1, 2017 at 2:56 PM delete

SETIAP SESUATU YG BERLAKU MESTI ADA HIKMAHNYA

Reply
avatar
June 1, 2017 at 3:58 PM delete

Betul.. mencari rezeki dan harta tidak salahnya cuma jangan jadi materialistik. Leka diri dan dunia..

Reply
avatar
June 1, 2017 at 11:35 PM delete

Bila saat kita bersedia, pasti Allah bagi kita kejayaan itu kan :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon