Masih Belum Mencukupi..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MASIH BELUM MENCUKUPI.. || Tiada istilah miskin tapi lebih tepat berkecukupan.Seandainya yang melihat itu agak berada..pasti yang kurang punya itu ditafsir miskin.Begitulah andai yang melihat itu dari golongan biasa-biasa atau sederhana..yang memiliki lebih itu akan dikatakan kaya..hakikatnya masing-masing berada dalam kecukupan ditahap masing-masing.Dan...dan...dan lazimnya,rasa belum mencukupi itu buat kita sentiasa berusaha.Asal betul cara dan niatnya...silakan😄

MENDENGAR DAN MELIHAT.Sedia maklum,setiap hari ada sahaja berita-berita yang kita dengar dan lihat.Di media sosial,di media cetak.Melapangkan dada..atau menyesakkan jiwa dengan duka..semua dikongsi untuk tatapan umum.Kita mendengar dan melihat sumber daripada pihak kedua dan seterusnya.Bukan secara langsung kita berada ditempat kejadian.Justeru bataskan diri untuk mencampuri dengan terjemahan sendiri.Kejadian apa sekalipun disekitar kita..

BEZAKAN SITUASI.Kalau berhenti makan sebelum berasa kenyang itu sunnah Rasulullah SAW.Amalkanlah.Dapat sihat,dapat pahala.Tetapi kalau berasa cukup dengan sedikit amal kebaikkan itu silap.Ada sesetengah perkara kita harus segera berasa cukup.Ada sesetengah perkara lainnya mesti sematkan dalam jiwa dan minda masih belum mencukupi.Mahu lagi dan lagi...

Hati kita..akal kita milik DIA..minta agar DIA sentiasa membawa ke arah yang membina bukannya membinasa..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Previous
Next Post »

18 comments

Write comments
Sheila Adziz
AUTHOR
June 17, 2017 at 1:20 PM delete

banyak sangat la yang belum cukp ni... erm... betul sgt.

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
June 17, 2017 at 4:25 PM delete

SELALU MERASA KEKURANGAN SEGENAP SUDUT

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
June 17, 2017 at 6:16 PM delete

Kalau beramal dengan banyak
Itu lebih baik..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 17, 2017 at 7:08 PM delete

Bagi orang beriman dgn ikhlas pasti semakin bnyk amal kebaikan, semakin bnyk rasa kekurangan.. Allahuakbar.

Reply
avatar
Cik Nadyya
AUTHOR
June 17, 2017 at 9:26 PM delete

iyaa. tak tercukup lagi.

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
June 17, 2017 at 11:15 PM delete

Sama2 kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik..nice sharing PC

Reply
avatar
June 17, 2017 at 11:35 PM delete

Wkmsalam.
Lumrah manusia, takkan pernah cukup dengan apa yang ada.

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
June 18, 2017 at 7:43 AM delete

muhasabah diri kita

Reply
avatar
Abam Kie
AUTHOR
June 18, 2017 at 10:37 AM delete

Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
June 18, 2017 at 11:26 AM delete

Memang betul semuanya ni. Tq utk peringatan

Reply
avatar
nadhie wueen
AUTHOR
June 19, 2017 at 7:27 AM delete

Yup setuju dengan ayat yang digunakan & entri ini. masih belum mencukupi lebih sesuai daripada dikatakan miskin. Yup kadang2 yg lebih berada pasti akan merasakan yg kurang darinya miskin, tetapi belum mencukupi sebenarnya atau dia sebenarnya punyai rezeki lebih dari mencukupi :)

Reply
avatar
dorsett pink
AUTHOR
June 19, 2017 at 11:53 AM delete

Yaaa Amal ibadah tak pernah cukup sehingga nyawa ditarik Jibril. InshaAllah akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal ibadah setiap masa. Thanks PC for the reminder

Reply
avatar
Kak Long
AUTHOR
June 23, 2017 at 7:14 AM delete

Benar, jangan merasa cukup dengan amalan.
Terima kasih PC. Peringatan utk diri saya..

Reply
avatar
June 30, 2017 at 10:56 AM delete

Kadang tu ramai yang berpegang sangat dengan peribahasa besar periuk, besar kerak. Apa pun pendapatan kita, tu semua dari Tuhan. Syukur membuat kita rasa cukup insyaAllah.

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
July 2, 2017 at 12:40 AM delete

Berlapang dada dengan setiap kurniaanNya..

LZ selalu terfikir jalan hidup kita ini telah dirancang, perancanganNya sempurna..

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
July 3, 2017 at 9:54 AM delete

insyaALlah ingatan utk saya juga

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
July 4, 2017 at 1:11 PM delete

ibadat dan bekalan akhirat rasanya memang sangat tak mencukupi lagi ni.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon