Awasi Yang Dihujung-hujung Itu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AWASI YANG DIHUJUNG-HUJUNG  ITU || Kalau sesiapa penggemar buah nenas,pasti tahu dibahagian pangkal itulah yang sering menjadi rebutan.Manis,rangup dan keenakkannya bermula di situ.Kalau difikir,memang wajarlah kerana pangkal itu dekat dengan batang nenas,dan batang nenas sangat dekat dengan tanah..tabur baja,,air..akan ke batang nenas seterusnya meresap ke pangkalnya pula..namun jangan dipandang remeh dihujungnya kerana jambul nenas boleh dijadikan benih untuk hasil seterusnya..

Melihat moleknya permulaan belum pasti cantik dipenghujungnya.Tidak lancar pada awalan,tidak tentu juga akhirannya begitu..justeru mengapa membuat kesimpulan itu pada pengakhiran...kerana di situlah titik baru permulaan sebuah kehidupan yang hakiki.

HUJUNG LIDAH.Zaman Rasulullah ramai sahabat syahid dihujung pedang,,dan ramai juga musuh dilahirkan dan hidup semula (mengungkap dua kalimah syahadah) dihujung pedang.Bukan kerana meraka takut atau terpaksa tapi kerana mereka kagum dan yakin dengan keperibadian Rasulullah s.a.w.Berbeza di akhir zaman,ramai yang mati dan cedera parah kerana hujung lidah sesama sendiri yang lebih tajam daripada sebilah pedang.Berhati-hatilah saat berbicara dan diketika mengungkap kata.

HUJUNG JARI JEMARI.Tidak perlu lagi mesyuarat tingkap,itu oldschool sangat dah..ada tapi bukan trand zaman sekarang,,sikit sangat dah yang menggunakan cara sebegitu.Nah sekarang ada istilah "Mengata versi moden".Dihujungnya jari jemari sahaja.PC tidak menyalahkan kalau ada yang mengatakan begitu tetapi berbalik juga pada diri masing-masinglah.Betul mengendalikannya,baiklah hasilnya dan sebaliknya.Kawal fikiran,kawal emosi insyaAllah baik-baik saja jadinya.Jangan menjadi pembunuh pada jasad yang masih bernyawa.

Ingatlah...setiap daripada kita pasti akan sampai HUJUNG WAKTU.Sedar atau tidak sekarang ini kita sedang menuju ke arahnya.Masa dan hayat.Moga Allah SWT noktahkan dengan kedamaian.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
mrhanafi
AUTHOR
June 14, 2017 at 9:59 AM delete

ramadan pun dah ke pengghujung....

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
June 14, 2017 at 11:33 AM delete

NIKMATI AWAL N HUJUNG RAMADAN YG PENUH RAHMAT NYA

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
June 14, 2017 at 11:45 AM delete

Nantikan 10 malam hujung Ramadhan.. Sedih tapi manis dengan ganjaran pahla yg diberi, in shaa Allah..

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
June 14, 2017 at 1:35 PM delete

Semoga pengakhiran kita di dalam khusnul khotimah. Amin.

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
June 14, 2017 at 2:27 PM delete

Hujung yang boleh menjadi setajam mata pedang dan hujung yang mampu memberi kebaikkan...

Reply
avatar
June 14, 2017 at 2:54 PM delete

utamakan yang awal, tapi jangan memandang remeh yang hujung. gitu ker? 😁

Reply
avatar
Lea Azleeya
AUTHOR
June 14, 2017 at 4:18 PM delete

Moga pengakhiran kite semuanya yang baik-baik sahaja.. Insyaallah..

Reply
avatar
June 14, 2017 at 5:35 PM delete

Betull tu pc.. zaman sekarang moden dah buat dosa di hujung jari.. Allahu

Reply
avatar
aRzMoHa
AUTHOR
June 15, 2017 at 9:20 AM delete

peringatan yang baik PC...selamat berpuasa Salam Ramadhan...ia sudah berada di penghujung 10 malam terakhir

Reply
avatar
aRzMoHa
AUTHOR
June 15, 2017 at 9:22 AM delete

benar hebatnya Zaman Rasulullah...Dari satu makkah menolak nabi akhirnya kesemuanya kembali menerima Islam

Reply
avatar
June 15, 2017 at 11:15 AM delete

Kejarlah fadilat di hujung Ramadhan ini.

Reply
avatar
June 16, 2017 at 11:21 AM delete

tingkatkan amalan yang baik-baik setiap hari. InshaAllah

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 17, 2017 at 7:16 PM delete

Peringatan yg baik buat diri ini.. t kasih PC. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat keberkatan Illahi sehingga ke penghujungnya nanti... aamiin.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon