Tengok Dulu Sebelum Pukul Rata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TENGOK DULU SEBELUM PUKUL RATA || Kalau sebut purata...itu keseluruhan...matematiknya,ditambah semua kemudian dibahagikan..maka dapatlah bahagian masing-masing.Masa tu puas hati tak puas hati bertabah dan senyum sembelit sahajalah ya..kerana rasa tidak puas dan rasa tidak cukup itu ada pada diri bergelar manusia.

MEMBERI HAK KEPADA YANG BERHAK.Adil..memberi hak kepada yang berhak dan selayaknya.Adil mengikut keperluannya.Oleh kerana hati kita ada masa berbolak balik..maka buatlah keputusan pada saat telah mantap dan teguh pendirian supaya tiada isu bangkit membangkit kelak.Sebab itulah sebolehnya,jangan beremosi saat berbicara..ya mungkin kita yang bercakap lupa apa yang diperkatakan..tapi tidak bagi yang mendengar.Kalau dulu bukti bertulis (catatan) boleh dikatakan hilang atau habis dimakan gegat..tapi tidak semudah itu memberi alasan sama untuk mengelak sekarang kerana teknologi perakam ada di mana-mana.

SELAMATNYA SEKETIKA.Beralasan untuk selamatkan diri.Sifat suka pukul rata ini sering digunakan terutama untuk melindungi pihak yang mungkin dekat.Biar pun alasannya tidak mahu ada jurang atau ketara kelihatan pilih kasih kononnya..tapi itu bukan solusi yang terbaik.Tanpa sedar....ianya penganiayaan kepada pihak lain.Niat tidak pernah menghalalkan cara..tapi cara itu akan terpandu dengan niat yang baik.

MELULU ITU RUGI.Sebiji kelapa itu tua..tidak bermaksud keseluruhan pada tandannya adalah kelapa tua juga..begitu juga dalam kehidupan kita..satu yang diketahui tidak boleh merumuskan semuanya sama..yang tersilap dan yang benar tidak wajar dirumuskan semua tersilap atau semua benar..kerana ianya akan lebih mengelirukan..adalah lebih baik,mengambil pengajaran daripada segenap sudut..baik itu ditauladani..buruk itu dihindari..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ eh Ramadhan la..
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
May 24, 2017 at 1:22 PM delete

betul tu PC,tak bolehlah nak asal boleh je,kena banyak kaji dulu sebelum apa-apa tindakkan

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
May 24, 2017 at 1:23 PM delete

Rasa tidak puas hati memang ada. Cuma jgn terlalu ikut nafsu.kena sentiasa berlapang dada. Kalau melulu, rugi diri sendiri jawabnya.

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
May 24, 2017 at 3:17 PM delete

Itulah ragam manusia, kadangkala kita terlalu mengikut emosi bila berbicara tanpa memikirkan akibat di kemudian hari...

Reply
avatar
May 25, 2017 at 8:39 AM delete

Betul tu, Amy setuju sangat.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 27, 2017 at 5:45 PM delete

Menjadi peringatan yg baik buat renungan semua. T kasih atas perkongsian ini PC.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon