Serba Tidak Kena Jadinya..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SERBA TIDAK KENA JADINYA || Sesiapa pun berhak bersuara mengutarakan pandangan peribadinya.Dan jangan pernah menaruh harapan yang tinggi pandangan kita akan bulat-bulat diterima kerana orang lain juga berhak untuk menolak.Terimalah hakikat dan jangan berhenti memberi pandangan.

PENERIMAAN DAN PENOLAKKAN.Perkara biasa bila satu komuniti itu bersidang.Di mana-mana pun ada yang menyokong tidak kurang yang membangkang.Dalam keluarga sendiri pun situasi sebegini boleh berlakukan..mudahnya,untuk kawal keadaan cuba hormati prinsip orang lain..dengar apa yang ingin disampaikan..tapis betul-betul..jangan cepat melatah dan bertindak melulu dan terus meluru.Tidak pasal-pasal mendapat tumbukkan padu😲

JANGAN SIMPAN LAMA-LAMA.Hidup kita warna warni.Bercampur baur.Warna,rasa dan iramanya.Diri kita sebahagian daripada orang lain,begitu juga orang lain sebahagiannya adalah kita.Saling memerlukan.Bercakap itu memang percuma tapi yang sering terlepas pandang adalah akibat daripada percuma itu.Oleh itu seandainya terdengar bicara-bicara yang tidak enak..jangan simpan dalam hati dan fikiran,serba tidak kena jadinya nanti.

Masalah tidak pernah habis.Sama ada berpunca daripada diri sendiri mahupun daripada pihak lain..Sebaik-baiknya cari punca sedari awal.InsyaAllah ianya boleh dileraikan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan sudah menghampiri 

Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
this ni3za
AUTHOR
May 18, 2017 at 11:01 AM delete

Jom join segmen sy... =)

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
May 18, 2017 at 3:41 PM delete

Pendapat kita tak semestinya betul pada org. Bersedia utk di tolak atau di komen. Baru boleh berjaya dalam hidup.

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
May 18, 2017 at 3:56 PM delete

betul ....kadang bila kita beri pendapat ada yang sentap

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 18, 2017 at 9:20 PM delete

Betul tu.. setiap kita perlu hormati prinsip org lain.. barulah hidup harmoni dan sejahtera.

Reply
avatar
May 18, 2017 at 9:20 PM delete

Wkmsalam.
Kena lebih bertolak ansur.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 18, 2017 at 9:57 PM delete

InsyaAllah :)
Nanti PC singgah ya...tq atas perlawaan..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 18, 2017 at 9:58 PM delete

Bila bagi pendapat kena sedia dari awal..berlapang dada :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 18, 2017 at 9:59 PM delete

Tak setuju tak apa..sentap tu yang tak seronok :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 18, 2017 at 10:00 PM delete

Ameen...sayangnya sukar nak wujudkan situasi begitu..saling hormati prinsip orang lain.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 18, 2017 at 10:01 PM delete

Betul...sentiasa dalam banyak perkara :)

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
May 19, 2017 at 11:49 AM delete

yang penting teknik komunikasi dan diplomasi..asyik nak melenting tak ke mana

Reply
avatar
May 20, 2017 at 11:25 AM delete

betul tu. masalah tak kan pernah habis.. hmm

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
May 23, 2017 at 7:12 AM delete

Kadang tak sedar kalau apa yang kita kata membuatkan orang lain tersinggung. Bercakap memang percuma dan perlu sentiasa beringat..

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon