Jangan Hanya Sehari Dan Sekali

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN HANYA SEHARI DAN SEKALI || Menghargai itu bukan dan jangan hanya sehari dan sekali.Belajarlah menghargai kerana setiap orang akan rasa bermotivasi apabila dihargai.Sesiapa pun pasti berbunga-bunga hatinya bila nampak bernilai di pandangan.Kita akan bahagia bila membahagiakan..tak bahagia???..cepat-cepat semak diri.

Menghargai...merai..pada insan-insan yang kita sayangi,hormati..tidak dan jangan hanya sehari dan sekali..sentiasa dan berpanjangan..majlis mungkin mudah dilupa..hadiah ada nilai susutnya...tapi doa tiada bandingnya..saat mintanya dahi menyapa sejadah..sedang permintaannya diangkat ke langit..subhanAllah..betapa tingginya nilai doa itu...

16 MEI.Tarikh istimewa buat para guru.Setiap tahun pada tarikh ini akan disambut dan diraikan dengan pelbagai aktiviti guru dan murid..satu masa dulu dua tiga hari sebelum tarikh ini,PC la yang paling sibuk...sibuk minta mama dengan babah bungkuskan hadiah.Prinsip PC mudah..biar harganya sederhana tapi semua cikgu dapat..hihihi..dan pada hari tersebut PC minta babah hantar awal ke sekolah sebab nak susun hadiah di meja cikgu..oleh kerana hadiahnya sama..slumber lala PC letak..huiii..

2 hari sebelum... ☝

MINGGU KEDUA.Minggu kedua di bulan Mei yang jatuh pada 14 Mei meriah dengan ungkapan,ucapan,sambutan hari ibu..ada beberapa ulasan dan bahasan daripada ulama' mengenai kewajaran atau sebaliknya dalam kita merai sambutan hari ibu..PC sendiri masih cuba mencari solusi yang terbaik dan sahih.

Sebelum ☝..ada lagi la...2 hari juga sebelumnya..

12 MEI.Sambutan hari jururawat sedunia...doktor dan jururawat umpama tangan kiri dan kanan..kaki kiri dan kanan..bulan Mei boleh dikategorikan bulan meraikan ni...alhamdulillah..tidak kurang yang menyambut ulangtahun di bulan ini..kan...kan..

Siapa pun kita..kita ada tanggungjawab masing-masing yang telah Allah amanahkan..kita tetap makhluk yang bergelar manusia yang wajib taat pada suruhanNya..dan menjarak pada setiap laranganNya..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 
Tag : Santai
10 Komen untuk "Jangan Hanya Sehari Dan Sekali"

assalamualaikum. terima kasih pc. perkongsian terbaik. bagi jm hari-hari ibu, hari guru, dan sebagainya.

banyak tarikh istimewa kan bula nie..

betul tu PC. setiap hari perlu dihargai

Hari-hari tertentu hanya sebagai 'penanda' sahaja...sedangkan penghargaan itu tidak perlu waktu tertentu. Ucapan terima kasih dengan suara yang lunak pun sudah merupakan satu hadiah yang tidak ternilai harganya... :)

penghargaan itu kena berterusan sebagai terima kasih dan juga sebagai penggalak kepada sesiapan saja. lumrah manusia happy bila di beri pujian dan penghargaan.

selamat hari guru untuk cikgu pembaca blog cikkak PC nih., ;p

Penghargaan tu kena sentiasa diberikan. Kalau buat orang2 yang takde disediakan hari sambutan untuk mereka pun, kita kena hargai jugak. Pendek kata kena hargai semua orang. :)

Setiap hari adalah anugerah kehidupan buat kita semua.. Allahuakbar

Wkmsalam.
Sambutan diadakan sebagai salah satu cara untuk kita mengingatinya.

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top