Bukan Sekadaran Tema Hendaknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BUKAN SEKADARAN TEMA HENDAKNYA || Setiap tahun..1 Mei dikenali sebagai hari buruh..hari pekerja..makanya bercutilah kakitangan,,anggota..yang sewajarnya boleh bercuti.Kenapa yang sewajarnya?..kerana tidak semua pekerja boleh dan dapat bercuti hari ini..ada yang memenuhi tuntutan tugas tidak mengira waktu..subhanAllah moga lipat ganda ganjarannya yang bukan hanya sekadar di nilai pada gaji di dunia saja.

KREDIT : SUMBER

TEMA."PEKERJA KREATIF PENCETUS INOVASI".Setiap tahun berlainan tema.Tahun 2017 inilah temanya untuk dijadikan semangat.Persoalannya berkesankah atau sekadar tema yang bersilih ganti setiap tahun.Tanya diri,renung-renung dan bertindaklah mana sewajarnya.Kalau-kalau rasa tidak wajar untuk dilakukan..tinggalkan..abaikan.

Kreatif itu perlu untuk mencari kelainan dalam persaingan yang sihat memenuhi tuntutan kerja..tidak salah..dari situ kelainan akan tercipta..namun biarlah kreatif yang disemai,diasah dan dibangunkan itu berada dalam suasana yang bersih dan sihat...
PEMANGKIN PAHALA.Ada macam-macam badan bukan kerajaan diwujudkan untuk membela nasib yang kurang bernasib baik.Ada kumpulan sokongan juga di setiap sektor pekerjaan..namun satu yang yang mungkin perlu setiap organisasi perlu diwujudkan iaitu kumpulan pemangkin pahala kendiri.

Letakkan pangkat itu ditempat kedua..cantas habis rasa macam bagus..padam terus bintik hitam dihati..tutup telinga pada hasutan..kalau setiap yang berkerja itu ada rasa *aku kerja kerana DIA bukan kerana manusia"..insyaAllah semuanya baik-baik sahaja..biarpun melunaskan tugas yang sama..ditempat yang sama..percayalah kualiti dan kuantiti pahalanya dan impaknya tidak sama kerana berbalik pada hati yang berniat..
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡Ramadhan kian mendekat  
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
I am LZ
AUTHOR
May 1, 2017 at 12:39 PM delete

Betul PC..
Sis setuju, jangan tema hanya sekadar tema. Apa yang penting penghayatan dan dapat direalisasikan.. Amanah dan tanggungjawab memang cabaran yang patut digalas setiap pekerja. Jangan hanya harapkan imbuhan..

Nice sharing as always.. ;-)

Reply
avatar
Yatie Owner
AUTHOR
May 1, 2017 at 1:10 PM delete

Selamat Hari Buruh PC :)

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
May 1, 2017 at 4:07 PM delete

SELAMAT HARI PEKERJA PC

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 3, 2017 at 7:49 AM delete

Betul tu.. klu tema shj, apalah gunanya.. negara pun susah nak membangun..

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
May 3, 2017 at 8:13 AM delete

tapi memang biasa pun camtu, sekadar tema shj

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
May 3, 2017 at 3:18 PM delete

skang ni, bekerja memang kena lebih kreatif.
kalau dlm working environment aida lah kan.
sebab kami byk trima masalah.
masalah negara yg mesti diselesaikan segera.
kreatif amat diperlukan!

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon