Tak Usah Dirampas..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TAK USAH DIRAMPAS || Selamat berhujung minggu semua..ada yang cakap.."eh..Ahad dah,rasa macam semalam baru Isnin.."..selamat memulakan tugas juga dihari pertama minggu bekerja..12 Rejab dah hari ni..syukur alhamdulillah..yang mana sedang qada puasa,,teruskan.Ramadhan terus menghampiri..bezanya ada rezeki kita untuk menemuinya atau tidak..itu percaturan Allah SWT..doa yang baik-baik sahaja.

WAKTU.Dalam Al Quran sendiri ada surah khas yang menyentuh soal peri pentingnya waktu itu..DEMI MASA!..yang disebut dalam surah Al 'Asr..setiap kita Allah SWT pinjamkan 24 jam sehari semalam..7 hari seminggu..alhamdulillah rezeki tu.Sama setiap kita yang membezakannya bagaimana pengisiannya setiap daripada kita.Masing-masing jagalah waktu masing-masing..hormati waktu orang..dan sekiranya memerlukan orang lain meluangkan masa untuk kita atas asbab yang tidak dapat dielak,jangan buat-buat koma nak ucap terima kasih.

ZAMAN KANAK-KANAK.Kalau sekarang tanya kanak-kanak..apa yang menggenbirakan mereka..pastinya dapat bermain permainan yang digemari,dapat makan apa yang diingini..yang agak advance sikit berangan nak cepat besar..hehe..sabar ya insyaAllah waktunya akan tiba..cuba tanya pula kepada yang dewasa,pasti rindu zaman kanak-kanak..*biarpun mungkin segelintirnya ada yang cuba mahu mengikis dan memadan memori zaman kanak-kanak dari minda..*..berilah peluang dan hak mereka menikmati zaman yang indah sebaiknya untuk dikenang..

HAK YANG BUKAN MILIK.Kita jaga hak kita..dan kita jaga juga hak orang sekiranya diminta dan diamanahkan begitu dengan jujur dan sebaik-baiknya.Dasarnya setiap yang ada pada kita saat ini bukanlah hak milik kekal.Ada yang punya yang bila-bila masa boleh diambil semula.Bersediakah atau tidak diri kita untuk melaluinya..Allahu..redha itu berat dan sakit..seribu kali suka kalau bukan hak kita,,jangan diambil..sejuta kali kita memerlukan bukan hak kita bila meminjam,sila pulangkan..

Jagalah sebaik-baiknya hukum dan syariat yang digalas..moga ianya memendekkan waktu hisab kita di akhirat kelak..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  

Tag : Santai
4 Komen untuk "Tak Usah Dirampas.."

Selamat berhujung minggu kak PC. Yup sama macam adik saya yg masih bersekolah rendah tu , teringin sangat nak besar cepat. hihi. Sedangkan kita ni harap sangat masa berjalan dgn perlahan. Apapun terima kasih mengingatkan tentang ramadhan , kena cepat-cepat ganti puasa yang masih berbaki lagi :)

Skrg ni susah nk cr org yg amanah. Hak yg sepatutnya di jaga di gunakan utk kepentingan peribadi 🙈

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top