Semakin Lama Semakin....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEMAKIN LAMA SEMAKIN... || Jeruk,tidak pun halwa,bila semakin lama diperap atau diperam semaki sedap rasanya kerana semakin sebati rasanya.Begitu juga hidangan atau makanan lain yang rasanya lebih enak melalui kaedah perapan.Sebatian itu manghasilkan aroma dan rasa yang istimewa dan tersendiri.Begitu jugalah dalam kehidupan.Ada yang berpendapat bau ketiak suami atau isteri itu ubat stress..tapi ada juga yang jadi lebih stress bila bau ketiak..

Semakin Lama Semakin....
Google image

SAYANG
Hidup berkasih sayang tidak merugikan.berkasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih tetapi lebih daripada itu sebenarnya.Pupuklah rasa kasih dan sayang itu sesama insan,malahan kepada haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sekalian alam ini.Tiada keterbatasan dalam berkasih sayang tapi perlu meletakkan had untuk memberi dan menunjukkan perasaan sayang itu. 

BERTAMBAH
Kepada yang berusaha pasti Allah SWT beri apa yagn selayaknya..setimpal dengan apa yang gigih diusahakan.Cuma bila setiap usaha itu menampakkan hasil adalah rahsia DIA untuk kita.Sabar.Usaha lebih dapat lebih dan begitulah sebaliknya.Setiap perubahan dekpertambhan yang erlaku pada diri kita itu rezeki.Namun ingat,bukan suka-suka Allah SWT izin sesuatu itu berlaku..melainkan pasti ada alasannya.

RAPAT DAN ERAT
Memyemai benih ukhuwah itu mudah namun membajai dan memeliharanya agar kekal dan sentiasa subur itu yang sukar.Akan sentiasa ada dugaan dan ragamnya yang kadangkala kita tewas untukpertahankannya.Lantaran teknologi dihujung jari,manfaatkan sebaik-baiknya.Berjamaah dalam memviralkan isu-isu yang positif agar sama-sama semakin rapat dan erat.

SEDAR DIRI
Seiring waktu yang tidak pernah menunggu  kecuali terus meninggalkan cuba tanya pada diri di mana kita saat ini dan bagaimana kita akhirnya nanti.Di dunia permulaan kita dengan tidak mengerti apa-apa..sedang di sana nanti kehidupan kitabermula dengan apa yang sedang kita usahakan saat ini.Untuk mengubah diri sendiri bukan perkara yang mudah apatah lagi untuk mengubah orang lain.Namun bila setiap daripada kita sentiasa sedar diri insyaAllah hidayah Allah itu pasti mudah mendekati.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
April 3, 2017 at 10:21 AM delete

Hiduplah dengan berkasih sayang asalkan berlandaskan batas-batas yg di tetapkan

Reply
avatar
April 3, 2017 at 10:54 AM delete

Sentiasalah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Reply
avatar
raihanah
AUTHOR
April 3, 2017 at 11:09 AM delete

kita sendiri kena berusaha untuk jadi lebih baik

Reply
avatar
April 3, 2017 at 11:46 AM delete

Semoga kita sentiasa berukhwah dalam media sosial ye kak

Reply
avatar
April 3, 2017 at 12:47 PM delete

jgn dilupa doa supaya kita dapat menjaga silaturrahim dgn ibu bapa,suami,anak saudara dan kawan2

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
April 3, 2017 at 2:06 PM delete

rapat-rapatkan dan erat-eratkan hubungan sesama ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan-kawan, saudara seIslam dan juga dengan nonmuslim. sayangi juga flora & fauna, mereka juga makhluk ciptaan Allah

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
April 3, 2017 at 4:39 PM delete

Setuju sis, akan banyak dugaan dan cabaran dalam mengekalkan apa yang kita ada...

Reply
avatar
April 3, 2017 at 9:31 PM delete

Assalam kak pc ,terima kasih sudi singgah blog yana

Reply
avatar
April 3, 2017 at 9:31 PM delete

maaf sebab lama tak singgah :)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 6, 2017 at 6:56 PM delete

Sikit2 lama2 jadi bukit.. usaha yg istiqamah pasti sebati menjadi ibadah kebaikan buat diri, in shaa Allah... aamiin.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon