Ruang Yang Terbuka

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

RUANG YANG TERBUKA

Alhamdulillah Ahad muncul lagi
Bertambah cerita itu ini
Bawa berkelah anak bini
Berhati-hatilah awasi diri

Pergi gerai pesan Milo
Milo suam kurang manis
Jauh dekat hello..hello
Erat ukhuwah berkata manis

Duduk diserambi diwaktu petang
Sambil makan cengkodok pisang
Ada baiknya tetamu bertandang
Dosa-dosa kecil hapus terbang

Ramadhan semakin mendekati
Kurma sudah kelihatan di sana sini
Jangan juadah berbuka sibuk difikiri
Tumpulah pada ibadah untuk diri

Menonton wayang dihujung minggu
Tidak sedar waktu berlalu
Kalau mahu kecukupan waktu
Luangkan dulu waktu untuk DIA yang satu

Rambut kerinting banyak kutu?
Eh,,eh jangan cakap begitu
Selamat beristirehat sahabat blogger ku
Moga kalian sejahtera selalu
Tag : Pantun
21 Komen untuk "Ruang Yang Terbuka"

selamat berhujung minggu PC. kak ana berhujung minggu di rumah mak. menguatkan ukhwah katanya.

hai kak pc! selamat berhujung minggu. :)

Selamat berhujung minggu Sis Ana :)
Tu yang seronok sangat...

Hai eeca :) selamat bersantai..

Alhamdulillah terima kasih LH :)

selamat berhunung minggu kak...best seloka ni..hehe

seronok pulak membaca pantun...sambil tersengih sendirian pulak

Banyak penghayatannya PC.. Terima kasih kerana mengingatkan....

selamat bercuti hari ini mkcik PC tuuuh., ;p

selamat hujung minggu pC, cuti extra hari ni

haha sedap pula baca akak punya pantun ni.
Semalam pergi pasaraya memang nampak banyak dah kurma.
Sy suka chocodate tu yang salut coklat. fuhh.

selamat bercuti PC..sedap betul pantunnya. hihi

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top