Ketepikan Untuk Mendahulukan

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KETEPIKAN UNTUK MENDAHULUKAN || Buat baik berpada-padalah..adakala bila kita buat baik,yang tidak suka itu pasti ada..sabarlah...yang suka dan menyokong pun sentiasa wujud..syukurilah.Kalau dalam diri sendiri pun ada rasa tidak puas hati...jadi,fikir dan anggap orang lain juga begitu supaya mudah untuk kita terima dan berlapang dada*bukan dedah dada* pada setiap maklum balas yang bakal diberi dan diterima..

MENYUSUL NANTI.Dulu sering PC dengar.."sikit-sikit tunggu balasan akhirat nanti"...itu dulu...orang cakap..tapi akhir zaman ini...banyak dah Allah SWT  beri tunai di dunia..bila terasa sakit hati jauhkan daripada mendoakan yang bukan-bukan.Bila asyik terkena dan dikenakan..sesiapa pun..PC sendiri pun timbul rasa untuk "membalas"..persoalannya sampai bila..di mana hujungnya.Jadi,kalau boleh bertahan..adakala kita tidak perlu pun menyerang untuk berjaya dan menang..cukup dengan bertahan kita mampu cemerlang..
Sebaik-baik mengemudiankan adalah ketepikan duniawi seketika untuk mendahulukan tuntutan ukhrawi..seburuk-buruk tindakkan adalah mendahulukan kepentingan diri mahupun organisasi namun ketepikan hak peribadi kepada yang berhak..ingat! Allah nampak..Dua penganiayaan berlaku..terhadap orang lain yang kesannya di dunia...dan terhadap diri sendiri yang akibaynya di akhirat.
Ketepikan Untuk Mendahulukan
Google image 
BERBALOI BILA KENA TEMPATNYA.Bertindak bijak dan rasional.Susah tu.Sebab kita sering kali tewas dan tumpas dengan emosi..ya PC acap kalinya begitu..subhanaAllah.Ada ketika jangan fikir dan berasa terkilan bila kita ketepikan  untuk mendahulukan..bila?..bila untuk DIA PENCIPTA serta ibu bapa khasnya..kerana kemudiannya nikmat mendekat berganda-ganda.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Tag : Santai
10 Komen untuk "Ketepikan Untuk Mendahulukan"

kita kenda mendahulukan yg wajib drp yg sunat..

SALAM JUMAAT KILIK AKHIRAT DUNIA MENURUT

salam jumaat PC. sentiasa berbuat baik walaupun org tak suka. insyaALlah bila ikhlas yg tak suka pun akan jadi tertarik dan jatuh cinta kepada kebaikan.

kadang-kadang bile kite terlalu baik, ade je orang yang amek kesempatan.. kalau buat jahat, lagi laa dipandang 'keji'.. takpe laa selalu pesan kat hati, takpe nanti Allah balas..

"seburuk-buruk tindakkan adalah mendahulukan kepentingan diri mahupun organisasi namun ketepikan hak peribadi kepada yang berhak"

Betul tu kak! jangan pentingkan diri sendiri sehingga menzalimi orang lain :)
Good advice, salam jumaat! :)

nice sharing
"ketepikan duniawi seketika untuk mendahulukan tuntutan ukhrawi"

semoga semua perkara yng kita buat kerana Allah jadi rsa ssh tu mudh ditolak ke tepi.Utamakn yg berhak dlu kn.smoga dipermudhkn.

Wow.. Tingginya bahasa Sastera PC

Kalau dulu sy suka membalas sebab kalah dengan emosi, sekarang biarkn ja la. Sampai bila nak macam tu kan.

Betul tu.. sbb tu perkara yg baik mmg menuntut kesabaran.. sabar tu ada kala mmg payah... subhanallah.

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top