Cantik Itu Dari Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ahad ini di bulan Syaaban
Tidak lama lagi pula Ramadhan
Selamat bercuti rakan taulan
Riadah bersama keluarga dan rakan

Riadah bersama keluarga dan rakan
Rezeki lebih sama-sama meraikan
Apa adanya jangan dibeza-bezakan
Sama ertinya seolah mempertikai Tuhan

Betapa indah aturan Tuhan
Adakala terjadi di luar jangkaan
Doa dalam sujud dinanti-nantikan 
Langit terbuka membawa hajat insan

cantik-itu-dari-hati
Google image 

Langit  indah ciptaan Tuhan
Mendonggak kita kagumi ciptaan
Tebalkan jiwa dengan keimanan
Moga merasai nikmat hidup berTuhan

Sungguh nikmat hidup berTuhan
Tidak asyik mencari kesalahan
Banyak cara kukuh pertahanan
Mulakan dulu dari dalaman

Cantiknya dalam tidak kelihatan
Bila terpamir baru ketahuan
Benda elok lazimnya tersimpan
Kepada yang berkelayakkan Allah pertemukan


Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
paridah
AUTHOR
April 30, 2017 at 3:02 PM delete

SALAM SYAABAN BERSIHKAN HATI JERNIHKAN JIWA

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
April 30, 2017 at 4:48 PM delete

selamat bercuti PC. terima kasih atas nasihat dalam pantun. kak ana tak pandai nak balas pantun

Reply
avatar
May 1, 2017 at 10:17 AM delete

Mendalam ayatnya.. Happy holiday PC

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 3, 2017 at 7:50 AM delete

Moga Allah sentiasa memberkati kita semua dengan kejayaan dan keberkatanNya di dunia dan akhirat... aamiin.

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
May 3, 2017 at 2:19 PM delete

Semova kita semua me dapat keberkatan

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon