Bergurau Jangan Sampai Mempersenda

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

bergurau-jangan-sampai-mempersenda
Google image 

BERGURAU JANGAN SAMPAI MEMPERSENDA || Bergurau itu perlu dalam kehidupan seharian kita..Rasulullah SAW sendiri bergurau dengan isteri baginda.Bergurau ni boleh mengeratkan ukhuwah..bukan sahaja hubungan sosial..dengan rakan-rakan..malahan dengan ahli keluarga juga..adik beradik..suami isteri..anak-anak..tak adalah asyik mengadap situasi muka ketat sentiasa..kalau begitu yang stress bakal berlipat ganda stress-nya..

LETAKKAN HAD.Ingat sentiasa,apa pun yang kita buat mesti ada hadnya.Jalanraya pun ada had kelajuannya..begitu jugalah dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari.Kalau kita ingat hukum insyaAllah kita boleh menjaga had atau batasan..tak apalah..hari ini mula sikit..esok sambung lagi...kan lama-lama jadi insan yang lebih baik..daripada terus langsung tak berubah..betul tak..

AGAMA.Zaman PC kecil-kecil..kalau ikut nama pergi dengar ceramah agama..tak pun ceramah agama di sekolah..ustaz atau ustazah undangan...omak oiiii...serius sungguh la muka..padat dengan fakta..kalau 2 jam...2 jam tulah sendat dengan input..yang bosan mulalah asyik la ke tandas..berbeza sekarang..di surau..di masjid atau di mana pun majlis ilmu penceramah lebih bijak menarik perhatian penonton atau pendengar dengan menyelitkan sedikit jenaka asal tidak mempersendakan agama dari mana-mana bab pun..hiburan emosi dan santapan rohani..seiring..kadang tak sedar masa berlalu..

FIZIKAL.Kalau kawan kita gemuk..kita panggil atau main ejek-ejek..eee gemuk..eee gemuk macam badak...kalau kurus...eeee kurus...macam lidi...PC melalui zaman begitu..bagi PC itu lumrah..sama-sama tak baligh lagi...sama-sama tak mummaiyez pun juga masa itu..ibaratnya lap hingus pun guna hujung lengan baju..kalau merajuk pun mungkin 5 minit..huhu..kemudian gurau semula...itu budak-budak..mungkin saat itu tahu hukum sekadar tahu tapi belum begitu memagami..dan tatkala ini..si dewasa diharap sentiasa peka pada sebarang bentuk gurauan..mungkin akan menyinggung perasaan orang atau lebih parah komplen ciptaan Allah SWT secara tidak langsung.

MARUAH.Kucing kalau diherdik depan tetamu pun sedih mukanya..tak percaya cubalah..inikan pula manusia..bergurau itu pemanis kehidupan..namun ianya akan bertukar pahit jika terheret hingga menyebabkan jatuhnya maruah seseorang itu..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Tag : Santai
20 Komen untuk "Bergurau Jangan Sampai Mempersenda"

betul2, kadang bergurau dah tk ingat batasannya

Kadang2 boleh jadi salah faham dan akhirnya bermasam muka.

Unsur jenaka dalam ceramah bagus untuk attrack anak2 muda ke majlis2 ilmu. Walaupun ada pendebatan tentang unsur jenaka dala ceramah ni, bagi kak ana as long tak melepasi batas2 yg ditetapkan dan dpt beri manfaat byk kepada org why not kan. Tgk saja pengaruh UAI dulu. Berapa ramai anak muda dtg ke majlis2 ilmu beliau. Kak ana pun prefer ceramah yg ada unsur jenaka. Kita tak jadi bosan.

Betul3..kena sentiasa hti2 dgn kata2 wlupun bergurau.ad benda yg boleh diguraukan ad benda yg x bleh..berpada2lah kn😇

Itu yang bahaya...gurau ni macam api dan air...kecil kawan..besar lawan...jadi kena hati...

Betul..walaupun sahabat baik sejak kecil yang kononnya dah tahu luar dalam..dah faham sangat perangai...jangan lupa kawan kita...sahabat kita...adik beradik kita...jiran kita..manusia biasa..ada perasaan..itu yang selalu diabaikan.

Betuk Sis...PC setuju...memang ada yang tak suka dalam ceramah agama disertakan...diselitkan unsur jenaka..tapi bagi PC tak salah..sama jyga kaedahnya dalam kita berjenaka selitkan ilmu ilmu akhirat yang bermanfaat..dua dalam 1 jadinya...dunia dapat...akhirat dapat..fitrahnya manusia suka hiburan..jenaka itu hiburan..asal tidak mempersenda ilmu..dan perkara-perkara sensitif melibatkan syariat dan syarak..

Betul..jangan pukul rata...semua perkara dibawa bergurau..bahaya sangat...baik-baik nak gembira takut duka jadinya nanti..

Kadang tu ada yg jenis dia gurau dengan kita takpe. Tp bila turn kita nk gurau ngn dia. Dia sentap lak

Btol tu kadang2 bergurau smpai tak ingat batasannya langsung...

Setiap perkara ada hadnya. Setuju sangat kak. Kalau terlebih dari had, boleh bawa padah juga. Jaga-jaga :D Salam Jumaat kak :)

Waalaikumussalam kak. betul tu, gurau boleh tapi jangan go over the limit. Disekeliling kita ada perasaan orang yang perlu kita jaga. Haritu masa sekolah menengah ustaz dari palestine dekat sekolah dia cakap "joke is haram". Sebab time tu ada budak yang bergurau terlebih sangat.

Walaupun bergurau asalkan jangan lebih2 sampai menyentuh peribadi.. boleh sentap pulak jadinya nanti.

Jenis macam ni yang susah sebenarnya...dan jenis rasa sentiasa betul..itu yang tak seronoknya.,dan akhirnya diri dia sendiri akan dipulaukan kawan-kawan..

Hujungnya timbul perselisihan faham...pergaduhan..

Apa pun kalau lebih had kesannya kita tanggung..sebab sekarang pun tidak semua boleh terima kebaikkan orang lain tanpa prejudis Siqah..itu yang sedihnya...

Sebab benda yang berlebih-lebih ni impaknya luar jangka..boleh jadi baik..boleh jadi sebaliknya..tu yang sederhana itu lebih baik dalam segenap hal..

Betul bunda..gurau sekadar mengeratkan ukhuwah ok..tapi kalau nak bergurau buat orang terasa hati..elakkanlah..

kalau kwn rapat tu boleh bergurau senda sambil bertepuk tampar. kalau kwn biasa tu jgn bergurau lebih2 ok?

bergurau terlebih memang kekadang bw kemudaratan.
ketawa berlebihan membawa kepada kealpaan...
kena ada limit.

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top