Wahai Anak Muda

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


WAHAI ANAK MUDA 

Dulu dirimu sebesar telapak tangan
Didakap ibu di timang ayah
Disisir rambutmu serapinya ditatang bagai minyak yang sangat penuh
Pantang bibirmu menyebut sepantas itu ibu bapamu cuba memenuhi

WAHAI ANAK MUDA

Itu dahulu
Dahulu yang kian menjarak yang bakal meninggalkan dan ditinggalkan
Janji yang dirimu semai adakan menjadi dan bercambah ada juga yang rebah lemah

WAHAI ANAK MUDA

Siapa dirimu,dari mana asal usulmu,dari DIA yang menghidupkan dirahim ibumu
Bangkitlah,sedarlah,bergeraklah lakukan anjakkan bukan sekadar untuk dirimu malah untuk agamamu yang satu

WAHAI ANAK MUDA

Setiap inci jasadmu sangat berguna dan ada fungsi mengapa Allah menciptakannya
Tidak usah dipersia,jangan buang masa dengan laghanya dunia 
Semuanya hiasan semata,istimewanya seketika cuma

WAHAI ANAK MUDA

Saat ini bersuka ria bukan lagi waktunya
Saat ini ketika wajarnya dirimu dipersiapkan dengan ilmu berguna
Dekatilah TUHANmu..kenalilah DIA kerana kekuatan itu akan mendekat
Bukan kekuatan tenagamu..tidak juga kehabatan auramu tapi keteguhan imanmu itu menggerunkan musuh-musuhmu

WAHAI ANAK MUDA

Hidupkan sunnah kekasih TUHANmu Rasulullah SAW
Tegakkan dan hidupkan wahyu yang diwariskan
Isilah setiap ruang kehidupanmu dengan tauhid
Moga nanti di sana jasadmu kekal mewangi

Wahai Anak Muda
Google Image

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi



Tag : Motivasi, Santai
14 Komen untuk "Wahai Anak Muda"

Sedap pula baca ayat2 dekat atas ni PC. Terima kasih atas perkongsian. ❤

Indahnya kata-kata ni.. moga anak muda yang ada menjadi generasi cemerlang dunia akhirat :)

baru followed your blog PC ~

thanks reminder ni tapi saya not so young juga

salam. thanks peringatan kak pc . inshaallah :)

InshaAllah kak. Kerana anak muda itulah bakal pemimpin di masa hadapan.

alhamdulillah..terima kasih kak Ana :)
sama-sama kak Ana..

alhamdulillah..terima kasih..ameen..anak muda moga menjadi pejuang agama pada landasanNYA..
terima kasih follow blog PC..alhamdulillah PC dah follow semula..salam ukhuwah :)

sama-sama..tak apa asal perjuangannya itu tulus dan lurus..insyaAllah.. :)
PC pun dah tua ni..

Waalaikummusalam...sama-sama.. :)

ameen Ana..anak-anak muda inilah yang bakal menghidupkan negara dengan agama jika Allah lanjutkan usia.. :)

indahnya ayat-ayat ni PC 😍 dalam keindahannya ada ketegasannya. dalam ketegasannya, ada moral values di sebaliknya

Terima kasih atas perkongsian.

Salam dari anak muda. :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top